Ingin mencari produk pemutih wajah yang berkesan untuk kulit muka? Kenalpasti kulit wajah anda dan teliti isi kandungan sesuatu produk terlebih dahulu. Perhatikan label pada setiap produk belian anda terutamanya yang berkesan untuk mencerahkan kulit wajah. Produknya haruslah bebas dari merkuri dan sebarang bahan kimia merbahaya serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pakai Secara Konsisten, Kulit Muka Boleh Cerah

1. Nivea Radiant and Smooth Cream 100ml

Krim pelembap ini juga berkesan untuk menghapuskan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata. Ianya menyerap pantas ke dalam lapisan kulit sambil membekalkan lembapan pada wajah anda sepanjang hari tanpa meninggalkan sebarang residu melekit. Kulit menjadi lembut, segar dan berseri jika anda gunakannya secara konsisten.

Pakai Secara Konsisten, Kulit Muka Boleh Cerah

2. Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml)

Produk Halal daripada Wardah ini juga mencerahkan kulit dengan berkesan tanpa menyebabkan wajah anda menjadi iritasi atau merengsa. Kandungan utama dalam pencuci muka ini ialah AHA yang digunakan untuk menghapus sel-sel kulit mati pada kulit wajah.

IKLAN

Terutamanya bagi anda yang memakai makeup, pencuci muka ini dapat membersih wajah anda tanpa menyebabkan kulit menjadi iritasi atau merengsa. Ditambah pula dengan bahan surfaktan yang ringan, pembersih wajah ini akan membuatkan kulit anda terasa lembut bak sutera!

Pakai Secara Konsisten, Kulit Muka Boleh Cerah

3. Sendayu Tinggi Whitening Bar Soap

IKLAN

Sabun ini berkesan untuk memudarkan parut atau pigmentasi pada kulit serta dapat menghilangkan jeragat. Ia juga mampu mengembalikan tona wajah tidak sekata serta menggantikan sel kulit lama. Dengan mengandungi ekstrak Alpha Arbutin dan Morus Root, ianya dapat mencerahkan kulit dengan selamat dan serta-merta.

Risau kulit jadi kering? Tak perlu risau. Sabun ini akan mengekalkan kelembapan wajah anda. Gunakannya secara konsisten 2-3 kali seminggu untuk mendapat hasil kulit wajah yang diidamkan.

IKLAN
Pakai Secara Konsisten, Kulit Muka Boleh Cerah

4. Nivea For Men Extra Whitening Moisturiser 40ml
Krim ini dapat mengekalkan kehidratan kulit anda sepanjang masa. Dirumus daripada Whitinat Vita Complex Plus dapat melembap serta membantu untuk melicinkan kulit anda. Krim ini juga mampu untuk menghilangkan cela-cela kesan parut yang ada di wajah anda.

Pencuci muka ini juga dapat menutup liang pori yang terbuka sambil melembutkan kulit wajah. Ianya tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi atau kemerahan selepas mencuci dengan pembersih wajah ini. Malahan kulit anda akan tampil segar, sihat dan bermaya. Bukan hanya sesuai untuk lelaki tetapi perempuan juga boleh gunakan pelembap ini.

Pakai Secara Konsisten, Kulit Muka Boleh Cerah

5.The Face Shop White Seed Brightening Lotion
Dengan mengandungi 4 bahan ekstrak utama seperti White Seed Complex, White Willow, Niacinamide dan v-PGA yang bertindak untuk mencerah serta menguatkan pertahanan kulit sambil mengunci lembapan. Ianya akan membuatkan kulit wajah anda tampil hidrasi sepanjang hari.

Tidak membuatkan kulit wajah anda terasa melekit atau 'greasy' selepas memakainya, krim ini menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan berkesan. Ianya juga memberi sensasi dingin pada kulit. Losyen pencerahan ini menyediakan pakej yang lengkap untuk penjagaan kulit anda daripada A – Z.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI