Setiap pasangan yang lepas berkahwin tentu sahaja ada impian untuk membeli rumah dengan lebih awal. Jika takde tabungan yang dibuat lebih awal ataupun anda dan pasangan tidak mempunyai simpanan, alamatnya harapan untuk membeli rumah awal masih lagi jauh.
Ketika merancang untuk berkahwin, kebiasaannya yang mewah-mewah selalu kita impikan padahal kita tak pernah membayangkan hidup selepas berkahwin itu. Hakikatnya bukan semudah yang kita fikirkan jika kita baharu sahaja selesai majlis kahwin kerana yang pasti majlis kahwin memerlukan sejumlah wang yang besar.
Lagipun bukan senang nak mulakan hidup dari zero untuk menjadi hero kepada pasangan kita. Masa itulah, segala keperluan diperlukan. Lagi-lagi buat pasangan yang memang merancang untuk membeli rumah terus selepas berkahwin. Pakar Hartanah, Azizul Azli Ahmad berkongsi panduan menabung yang menjimatkan yang boleh anda praktikkan sekali gus membantu anda dan pasangan membeli rumah awal selepas kahwin.
Panduan buat pengantin yang nak beli rumah awal lepas kawin
1. Kad kahwin jangan tempah yang mahal, kita saja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ketepi.
2. Kenduri buat sehari baik lelaki atau pihak isteri. Sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.
3. Baju kahwin lebih murah sewa dari tempah buat, lebih hebat kalau baju kahwin boleh pakai pergi kerja. Joyah Vages dah pernah buat ini.
4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak, pakat dengan calon suami dia bagi 5 kita balas 7 dengan berus giginya sekali.
5. Hantaran sebaiknya benda yang tak ada lagi macam mesin basuh, peti sejuk dan tilam saiz king. Ambil gambar atau letak voucer saja. Minyak wangi, kasut, beg tangan semua dah ada dan biasa!
Ads
Semua orang nak kawin di atas kayangan. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kahwin itu lebih berkat dan disayangi.
6. Tetapkan jumlah tetamu, kawan ofis, sedara dan jemaah surau dah memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Kita bukan calon pilihanraya.
7. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andam kata semua dah penuh tempahan, itu jadi mahal. Cari tarikh hujung minggu saja.
8. Guna bunga plastik bukan dosa, takyah bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan lepas kahwin.
9. Buat bajet dulu baru survey katering, jika tidak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan grand.
10. Cenderahati bagi Yassin bercetak nama kita sudah cukup, tak perlu botol kaca ada ikan di dalamnya. Janganlah hipster sangat dik!
Ads
11. Buat origami pandai, takkan hantaran nak mintak orang gubah. Pakai iphone belajar la di Youtube berlambak ada.
12. Buka satu akaun khusus untuk Projek Kahwin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih. Jangan guna kat kredit sama sekali. Baru jadi lelaki seksi.
13. Jangan hadir pameran perkahwinan, nanti daripada nak kahwin sederhana jadi majlis kahwin macam kitalah anak raja ghurka.
Tawaran mereka boleh buat kita rasa rugi tak terima, ayatnya “Alah kahwin sekali ni saja, apa salahnya”
14. Jangan guna DJ atau set karoke. Pasang lagu Opik atau Maher Zain dan buat tetamu rasa cair telinga.
Ads
15. Masuk pertandingan bagi menang pakej honeymoon. Saya dulu menang pakej Berjaya Hotel, dapat honeymoon percuma ditaja.
16. Jangan buat pinjaman peribadi, semua yang pernah buat menyesal tak sudah. Depa malu la nak cerita, nanti orang kata padan muka.
17. Mak bapak mungkin tak setuju cadangan kita, tapi didiklah pasangan kita bagi faham tuntutan agama. Buat yang wajib saja.
18. Tak guna kahwin ‘grand giler’ tapi lepas kahwin menumpang rumah mertua. Mana ada ‘raja’ duduk rumah sewa deposit pun tak ada.
19. Buang rasa malu, kahwin sederhana itu sunnah. Kita bukan nak berlumba dengan anak Kak Mah.
20. Rancang duit hantaran sebagai deposit rumah, itu lebih bijak daripada habiskan sehari bayar khemah dan makan sahaja.
Benar, walau sekecil-kecil majlis pun memerlukan duit. Tapi jangan sesekali bebankan ibu dan bapa. Kalau rasa-rasa nak kahwin, kumpul duit jangan bebankan ibu bapa untuk keluarkan duit mereka melainkan mereka sendiri yang tawar hati untuk membantu…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa adalah satu jenis permintaan kepada Illahi. Hakikat doa untuk menzahirkan kefakiran dan perasaan rendah diri serta pengharapan seorang manusia yang menyedari bahawa Allah yang menyusun atur kehidupan di dunia ini.
Allah juga menyatakan adanya golongan yang doa mereka akan dikabulkan.
Dari Ibnu ‘Abbas R.anhuma bahawa Nabi SAW mengutus Mu’adz ke negeri Yaman lalu bersabda: “Takutlah (berhati-hatilah) kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara doanya dan Allah tidak ada apa-apa penghalang” (HR Bukhari, No. 2268)
Kita percaya bahaawa Allah itu Maha Adil dan segala perkara yang dilakukan di dunia tidak akan terlepas daripada pandangan Allah. Dan percaya bahawa keadilan Allah boleh berlaku dalam pelbagai cara.
Doa Orang Yang Dalam Perjalanan (Musafir)
Waktu musafir adalah waktu yang paling istimewa di sisi Allah, hinggakan diberi keringanan solat dan juga berbuka puasa, malah menerima doa-doa yang dihajatkan.
Jadi selepas ini, jika perjalanan anda itu jauh ambil kesempatan untuk beristighfar dan berdoa kepada Illahi.
.
Doa Ibu Bapa Untuk Anaknya
Jika ibu bapa masih hidup ambil lah peluang yang sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka, dan minta doa-doa yang baik daripada mereka.
Sentiasa meminta keampunan kepada ibu bapa, berlaku baik dan mendoakan kesejatheraan mereka. Dalam diam, doa ibu bapa yang tersemat di dalam hati itu didengari Illahi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita sering kali bimbang apabila bertambahnya usia lebih-lebih lagi apabila mencecah usia 30-an. Kononnya wajah mereka akan mula menampakkan garis-garis halus yang akhirnya membuatkan wajah kelihatan tua.
Wanita sering kali bimbang apabila bertambahnya usia lebih-lebih lagi apabila mencecah usia 30-an. Kononnya wajah mereka akan mula menampakkan garis-garis halus yang akhirnya membuatkan wajah kelihatan tua.
Namun jangan bimbang! Setelah membaca alasan-alasan ini pasti anda akan tersenyum bangga dan rasa diri bertuah menjadi wanita di usia tiga siri.
1. Percaya pada diri
Kajian oleh House of Fraser terhadap 2,000 wanita menemukan bahawa wanita biasanya lebih bahagia dan percaya diri pada usia 30-an sehingga penampilan fizikal mereka kelihatan lebih menarik di mata lelaki. Kesan daripada rasa bahagia dan percaya diri inilah membuatkan wanita terlihat seksi di mata lelaki.
2. Tampak lebih seksi
Pada usia 34 tahun, wanita merasakan diri mereka paling seksi. Walau bagaimanapun hasil kajian oleh House of Fraser mengatakan wanita tidak memerlukan lelaki untuk merasakan diri mereka menarik dan seksi, sebaliknya akan rasa seksi apabila mereka dikelilingi oleh sesama wanita hebat dengan gaya yang hebat.
Kajian ini dipersetujui oleh wanita bahawa rasa seksi itu tidak hanya terletak pada penampilan semata-mata. Seksi digambarkan daripada segi bagaimana seseorang wanita itu mampu mengendalikan hidupnya dan 84% mengatakan bahawa perasaan bahagia dan menerima diri sendiri seadanya merupakan kunci keseksian seseorang wanita.
3. Punya hubungan percintaan yang lebih baik
Kebanyakan wanita dalam usia 30-an berada dalam hubungan jangka panjang ataupun sudah berkahwin. Hubungan jangka panjang ini secara tidak langsung akan meningkatkan kepercayaan diri mereka. Dalam kajian terhadap responden wanita berusia 30-an, 34% mengatakan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan percintaan yang lebih baik.
4. Pengalaman hubungan intim
Wanita yang sudah berkahwin dan menjalinkan hubungan jangka panjang ketika usia 30-an ternyata memiliki pengalaman hubungan intim yang lebih baik. Kajian menemukan 26% wanita lebih percayakan diri mereka saat melakukan hubungan intim. Malah 1 daripada 10 responden wanita mengaku bahawa dorongan seksual mereka meningkat di usia 30-an.
5. Yakin dalam komunikasi intim
Saat mencapai usia ini, wanita dikatakan lebih berani untuk mengungkapkan keinginan terhadap pasangan saat melakukan hubungan intim. Mereka juga lebih terbuka untuk membincangkan tentang hubungan intim bersama pasangannya. Eksplorasi terhadap aksi hubungan intim yang lain dari kebiasaan bersama pasangan akan menjadi lebih mudah kerana komunikasi anda berdua semakin lancar dan terbuka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktiviti yang padat dan tugas yang bertimbun membuatkan otak perlu bekerja maka jarang anda tidak merasa kelaparan di tengah malam. Padahal, perut sudah diisi dengan makanan yang secukupnya.
Mengisi perut yang berkeroncong di malam hari tidak ada salahnya. Tidak usah merasa berdosa ketika anda perlu makan di waktu itu. Tapi, lebih baik anda mengambil makanan yang sewajarnya dimakan di malam hari. Ini antaranya.
Walau tak berdiet hindari makanan berlemak seperti rendang atau lontong
Mungkin anda bukan orang yang terlalu mementingkan penampilan. Anda pun tidak kisah dengan berat badan tapi tidak ada salahnya juga kan menjaga kesihatan dengan menjaga apa yang anda makan di malam hari.
Caranya cukup sederhana, memadai dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan zat akan membuat perut anda tidak mudah lapar. Makanan yang kaya dengan zat dan vitamin sebenarnya mudah untuk didapati. Cara memasaknya saja yang perlu anda perhatikan agar menjadi enak untuk dimakan.
Makan sandwich daripada roti gandum kerana ia lebih enak dan membuatkan anda kenyang sampai pagi.
Ketika sedang asyik mengerjakan tugas yang perlu disiapkan keesokan harinya, tiba-tiba perut berkeroncong. Rupanya tugas yang bertimbun membuatkan otak bekerja keras sehingga memerlukan tenaga yang lebih. Tak perlu cemas, anda boleh mengisinya dengan roti gandum. Gandum banyak disarankan oleh ahli kesihatan untuk diambil sebelum tidur. Alasannya, gandum dapat membuatkan kita tidur lelap dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah kerana gandum dapat meningkatkan kadar triptophan yang mendorong produksi serotonin dalam tubuh.
Supaya roti gandum tersebut dapat anda nikmati dengan sebaiknya, anda boleh mengolahnya menjadi sandwic. Ini yang anda perlukan:
Dua keping roti gandum
Tomato dan timun yang dipotong mengikut cita rasa
Daging merah / dada ayam / tuna / salmon (sesuai dengan cita rasa)
Madu / yogurt
Pertama, rebuslah daging yang sudah anda siapkan. Susun semua bahan. Sebagai pengganti mentega, gunakan madu atau yogurt tawar.
Makan salad buah-buahan yang segar
Buah-buahan segar juga boleh membantu anda mengalas perut yang sedang lapar di malam hari. Kalau anda bosan dengan buah yang begitu-begitu saja, anda boleh mengolahnya menjadi salad buah yang lebih membangkitkan selera makan. Siapkan buah-buahan segar sesuai dengan cita rasa. Potong kecil-kecil buah-buahan itu. Letak madu dan yogurt menjadi satu. Setelah rata, tuangkan adunan madu dan yogurt ke atas potongan buah. Campur semuanya sampai rata. Salad buah siap untuk dinikmati di malam hari.
Kalau malas makan salad, buah-buahan boleh dijadikan jus segar
Selain salad, anda juga boleh makan buah dan sayur dengan membuatnya menjadi jus yang segar agar tidak bosan. Campurlah sayuran seperti brokoli, lobak merah atau tomato dengan buah-buahan yang memiliki rasa manis seperti epal, pisang atau betik untuk mendapatkan rasa yang nikmat. Anda juga boleh menambahkan daun mint ke dalam jus agar rasanya jadi lebih segar.
Segelas susu rendah lemak akan membuatkan perut kenyang dan tidur lebih lena
Minum susu di tengah malam juga tidak dilarang. Pilihlah susu rendah lemak yang berprotein tinggi. Ini akan membuatkan perut rasa kenyang tapi dalam masa yang sama, ia tidak akan menambahkan lemak. Tidak dinafikan, kandungan zat dalam susu sangat baik untuk tubuh. Minum susu setiap malam akan membuatkan tidur anda lelap dan daya tahan tubuh anda menjadi lebih kuat.
Makan mi segera di malam hari bukanlah berdosa
Bagi anda yang gemar makan mi segera di malam hari, janganlah cemas kerana ada juga mi segera yang rendah lemak dan kalori. Agar lebih nikmat, anda boleh menambahkannya dengan sayur-sayuran dan rebusan dada ayam. Tubuh yang kurus memang awesome tapi yang paling penting ialah tubuh yang sihat. Jika aktiviti anda padat, tubuh anda memerlukan banyak tenaga. Jadi tidak ada salahnya anda mengisi perut bila-bila masa asalkan dengan makanan yang berzat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!