Bukan mudah untuk mencari calon menantu lelaki yang baik untuk anak perempuan sendiri. Namun, tidak susah jika tahu caranya. Bakal bapa dan ibu mertua pun kena baca. Berdasarkan perkongsian dari Ustaz Badli Shah, ada tip untuk test bakal menantu, samada dia jenis orang yang solat atau tidak. Jika ada kesempatan, boleh tonton dan cuba ikut tips mudah seperti dalam video ini. Santai penyampaiannya. Jika tiada kesempatan, kami ringkaskan seperti di bawah.

Pandai Berbual Dengan Orang Tua, Antara Ciri Calon Menantu Lelaki Yang Cemerlang
.

Calon menantu lelaki yang baik
Dipendekkan cerita, ustaz kata, ajak bakal menantu lelaki itu datang waktu lewat petang. Ajak dia makan malam sekali. Beritahu mula makan jam 8 malam. Minta datang jam 6.30 petang. Sedang-sedang, akan maksud waktu Maghrib. Dan tengok reaksinya. Adakah dia jenis mementingkan sembahyang?

Pentingkan solat

Waktu Maghrib ialah waktu yang semua orang akan sibuk bersiap-siap ke masjid. Jika calon menantu lelaki itu seorang yang mementingkan agama, dia akan sibuk bertanya agar boleh bersedia untuk menunaikan solat Maghrib. Dia akan gelisah. Mulalah lipat seluar untuk ambil wuduk. Semasa berbual-bual ringkas di ruang tamu, dia juga mungkin akan bertanya dimanakah masjid yang terdekat untuk solat berjemaah.
Jika betul ingin mengujinya, hulurkan sejadah dan offer dia jadi imam. Sebaliknya, jika sudah azan Maghrib dan bakal menantu masih buat tidak tahu, mungkin kena consider semula.

Bertanggungjawab

Ads

Kalau dia bertanggungjawab terhadap terhadap agama, rasa-rasa bolehkah dia bertanggungjawab pada anak perempuan kita? Tentu sekali. Orang yang menjaga agama, dia akan menjaga orang-orang yang di bawah tanggungannya.

Boleh baca doa
Jika dia bersolat Maghrib bersendirian, atau pergi ke masjid, bakal mertua mungkin tidak tahu samada dia boleh memimpin jadi imam kepada anak perempuan kita suatu hari nanti. Selepas dia solat, sebelum mula makan, apa kata cuba minta dia baca doa makan. Walaupun nampak mudah, tengok samada dia tergagap-gagap atau tidak. Orang yang kuat pelajaran agamanya, dia akan baca dengan lancar. Kalau doa makan pun sangkut, apatah lagi doa selepas solat.

Pandai Berbual Dengan Orang Tua, Antara Ciri Calon Menantu Lelaki Yang Cemerlang
.

Ads

Tidak liar matanya
Bila berada di meja makan, tengok samada mata calon menantu itu liar atau tidak. Adakah dia sibuk tengok anak kita semasa makan? Tersenyum-senyum. Atau tengok adik beradik perempuan yang lain?

Pandai berbual dengan orang tua
Tak ramai anak muda yang boleh ngam dengan orang tua. Lihat sahaja bagaimana calon menantu lelaki ini cuba blend-in dengan ahli keluarga yang lain. Tengok macam mana dia layan bakal bapa mertua. Lihat juga bagaimana dia melayan adik beradik lelaki anak perempuan itu. Jarang bakal menantu lelaki boleh berbaik-baik dengan adik beradik lelaki. Kalau ada chemistry di situ, itu satu petanda yang baik.

Baik akhlaknya
Cuba tengok baik-baik, jika dia melintas depan orang tua, adakah hormat dengan menundukkan badan dan kepala? Jarang kita lihat zaman sekarang, orang yang masih lagi bersopan santun. Jika benar dia berkelakuan baik sebegitu, tentu sekali diajar dan dididik dengan baik oleh ibu-bapanya. Untung bakal anaknya nanti, akan dididik sebegitu juga.

Ads

Tidak menyentuh
Perasan tak, zaman sekarang, bertunang pun sudah ambil gambar bersama-sama. Tidak salah bergambar. Ada yang siap bertepuk tampar, berpegangan tangan dengan mak ayah masing-masing. Rasa macam hilang rasa malu. Bukankah masih belum halal lagi hubungan itu? Lihat calon menantu lelaki ini, samada dia mudah menyentuh atau tidak. Jika ada lagi halal gap, maka dia mungkin lepas peringkat saringan. Pastinya, lelaki yang baik tidak akan menyentuh perempuan yang bukan isterinya.

Pandai Berbual Dengan Orang Tua, Antara Ciri Calon Menantu Lelaki Yang Cemerlang
.

Sememangnya tiada yang sempurna. Tapi kita berhak mendapat yang terbaik. Ciri-ciri di atas hanya sekadar contoh sahaja. Banyak lagi contoh dan ciri-ciri yang lain yang mungkin lebih sesuai untuk golongan lain. Tepuk dada, tanya iman. Jika dambakan rumahtangga bahagia dibina dengan anak kita, pilihlah yang ada iman.

sumber : The Rohani
gambar hiasan : Tangkap Pictures

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI