Pantang larang dengan masyarakat melayu berpisah tiada. Setiap apa yang kita lakukan, pasti akan berkait rapat dengan pantang larang. Walaupun kita berada di zaman moden, masih ada pantang larang nenek moyang yang masih diamalkan hingga kini.
Setiap pantang larang pasti ada kebaikannya dan ia merupakan satu pilihan. Tidak semestinya anda wajib amalkannya. Perubahan gaya hidup yang serba moden ini pasti buat ramai individu menganggap ia sebagai amalan yang konservatif.
Sumber: Pinterest
Kami ingin berkongsi pantang larang orang dulu-dulu yang berkaitan dengan bakal mempelai. Jom baca!
Nasihat 1
Jangan sesekali keluar dengan bakal isteri atau suami selama 40 hari sebelum akad nikah. Kalau nak keluar, bawa peneman
Sumber: Google
Nasihat 2
Jangan keluar langsung lepas Maghrib atau lewat malam jika tiada hal penting
Ads
Nasihat 3
Jangan tidur atas katil pengantin, tak elok dilihat orang lain (Nampak sangat tak sabar tu)
Nasihat4
Tidurlah secukupnya atau paling baik dapatkan 8 jam tidur yang ideal
Sumber: Google
Nasihat 5
Elak berjemur atau duduk di bawah matahari yang panas terik untuk elak kulit jadi gelap dan kurang berseri
Bakal-bakal pengantin mesti dah tak sabar kan menanti hari bahagia. Pasti macam-macam persiapan telah dilakukan. Ia bagus untuk menyiapkan persiapan awal daripada lambat betul tak. Lebih-lebih lagi untuk perempuan, mereka lah paling banyak nak kena perhati.
Antaranya baju pengantin kerana terlalu banyak pilihan dan sampai rambang mata lah kadang-kadang nak buat pilihan. Suka yang ini tapi tak kena pula dengan kulit, suka yang ini pula tiada size, dan macam-macam lagi.
Kami akan kongsikan kepada anda antara beberapa tips nak pilih baju pengantin biar kena dengan kulit anda. Ya, ini amat penting barulah nampak naik seri pengantin macam tu. Okay jom kita lihat!
1) Hitam manis
Bagi mereka yang memiliki warna kulit ini, mereka kelihatan sedikit gelap dari sawo matang. Mereka akan kelihatan cantik dan menonjol jika memakai busana berwarna solid dan terang seperti merah, jingga, plum atau lavender.
Elakkan dari memakai warna yang cerah seperti kuning atau pastel lembut, kerana ia akan membuat kulit kelihatan kusam.
2) Kuning langsat
Bagi mereka yang memiliki warna kulit seperti ini, kulit mereka kelihatan cerah tetapi agak kekuningan dan tona warnanya adalah dia antara sawo matang dan putih. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih.
Mereka ini sesuai menggayakan busana dengan warna seperti kuning, merah, biru atau hijau. Elakkan dari memakai warna seperti oren, gold ataupun coklat, kerana akan membuat kulit kelihatan kusam.
3) Sawo matang
Warna kulit ini adalah warna yang sering dimiliki oleh kebanyakan wanita asia, warnanya sedikit gelap berbanding kuning langsat. Bagi mereka yang memiliki kulit warna ini, ia sesuai menggayakan busana dengan warna pastel terang atau gelap seperti navy blue, merah hati, ungu atau hitam. Elakkan dari memakai busana berwarna kuning atau coklat gelap.
4) Putih gading
Mereka yang memiliki kulit seperti ini mempunyai kulit yang cerah dan kelihatan sedikit pucat. Jadi, mereka perlu elakkan dari memakai baju warna pastel atau pudar, kerana akan membuatkan mereka kelihatan lebih pucat.
Cari busana yang mempunyai warna yang kontra seperti hitam, navy blue, royal blue atau pink. Ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih cantik dan menarik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak dua menjak ini, selalu sangat melintas lalu di laman FB secara live mempertontonkan tutorial solekan wajah. Ya, beberapa orang wanita menunjukkan cara-cara bersolek di khalayak lalu diminta pula orang ramai yang menonton supaya share ke seluruh pelusuk group FB.
Ada juga disiarkan langsung di Instagram, Twitter, Youtube dan sebagainya.
Maka berpusu-pusulah orang share video live tersebut. Bahkan dijanjikan pula dengan hadiah menarik. Nak bagi hadiah, tak ada masalah. Bagilah. Saya pun mahu. ?
Tapi yang menjadi masalah di sini ialah menyiarkan wajah wanita disolek secara langsung itu.
Apa jua alasan, samaada mahu menjual produk, beriklan, mengajar tutorial dengan mempertontonkan wajah wanita disolek itu adalah ditegah di dalam Islam. Ingat ya, matlamat sesekali tidak menghalalkan cara.
Eh, itukan salah satu marketing berniaga?
Iya, tahu marketing berniaga. Tapi bukankah ramai sifu mengajarkan bahawa marketing itu ada beratus-ratus cara? Kenapa hendak digunakan juga cara yang menyebabkan kita terpalit dosa? Allahu Rabbi.
Saudari-saudari seIslamku, jangan begitu. Mahu buat tutorial, silakan. Tapi cukuplah sesama wanita di tempat terlindung dari mata nakal lelaki. Kenapa disiarkan secara umum begitu. Bukankah laman sosial ini di akses oleh jutaan manusia setiap detik?
Ada anak kecil, ada golongan lelaki bukan mahram, non-muslim, ada lelaki baik, lelaki jahat buaya darat, lelaki tua miang keladi aiskrim yam yam… semua jenis lelaki ada.
Sudah tentu mereka akan menontonnya walaupun terkadang tak sengaja pun nak klik.
Kenapa ditegah?
Sebab ada dalil menyebutkan tentang keharaman wanita berhias atau bersolek berlebih-lebihan ketika di khalayak.
“Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…”
[Surah al-Ahzab: 33]
Ibnul Jauzi di dalam tafsirnya menyebutkan dua penerangan ulama’ tentang makna tabarruj:
Pertamanya Abu ubaidah mengatakan:
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
“Tabarruj: Wanita menampakkan kecantikkannya (di depan lelaki yang bukan mahram).”
Keduanya, az-Zajjaj mengatakan:
التبرُّج: إِظهار الزِّينة وما يُستدعى به شهوةُ الرجل
“Tabarruj: Menampakkan bahagian yang indah (aurat) dan segala yang mengundang syahwat lelaki (bukan mahram).”
[Zadul Masir fi Ilmi at-Tafsir, 3/461].
Justeru, mempertontonkan video tutorial solekan di khalayak itu ditegah dan diharamkan. Wanita bersolek untuk tontonan khalayak pun sudah haram, inikan pula mengajak orang turut melakukan hal yang sama.
Aduhai, berdouble triple dosa. Dosa-dosa lain pun sudah sarat menggunung tinggi, inikan pula mahu ditambah lagi dosa begitu.
Sesungguhnya, tiada guna bisnes juta-juta di mata manusia tetapi miskin maruah, sirna rasa malu dan tak takut dosa. Sia-sia. Hilang keberkatan hidup nanti.
Hawa (Tak kiralah yang berniqab atau tidak), kalaulah hilang rasa malu dalam dirimu. Apalagi yang tinggal? Janganlah biarkan dirimu dieksploitasi oleh anak didik Dajjal yang berleluasa.
‘Door gift’ sudah menjadi benda wajib dalam perkahwinan untuk diberi kepada semua para tetamu yang hadir. Barangan door gift pula terpulang sendiri kepada keluarga pengantin apa yang mereka ingin memberinya.
Kalau kita lihat sekarang memang bermacam-macam jenis door gift yang kita boleh dapat. Jika dahulu biskut-biskut, atau bunga telur, kini ada juga antara barangan yang ‘rare’ anda boleh terima contohnya seperti kicap. Unik sangat.
Namun, bagi anda yang masih keliru untuk memilih doorgift buat tetamu, mungkin tips ini boleh membantu anda.
1. Pilih door gift yang berguna
Pemilihan door gift amat penting kerana ia juga melambangkan sesuatu dalam majlis perkahwinan. Pilih lah door gift yang berguna buat tetamu dan mudah dibawa. Contohnya seperti kipas tangan dan sejadah.
2. Door gift yang ada nilai sentimental
Pilih door gift yang ada nilai seperti pokok yang boleh dijaga dan pasti akan teringat tentangnya.
3. Door gift DIY
Anda juga tahu kalau lakukan sendiri ia lebih menjimatkan, murah, dan ia secara tidak langsung memberi kepuasan kepada diri sendiri.
4. Tempah lebih
Ada bagusnya kita tempah sedikit lebih untuk mengelakkan door gift tidak cukup nanti. Kerana kita juga tidak jangka berapa ramai yang hadir pada majlis tersebut, mungkin di luar jangkaan kita.
5. Buat survey door gift 4-6 bulan awal
Sebaiknya anda lakukan tinjauan di kedai-kedai yang menjual door gift lebih awal kerana masa itu anda boleh buat pilihan dengan bijak dan tidak terburu-buru.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...