Parut wujud setelah berlaku kecederaan pada dermis kulit dan merangsang proses fibrosis serta menjadikan ia parut.

Parut juga sebahagian daripada proses penyembuhan luka dan ia terbentuk akibat penghasilan kolagen yang tidak seimbang di sekitar bahagian luka. Parut melalui pelbagai perubahan di sepanjang proses permatangan, namun ia adalah kekal secara semulajadi.

Jenis parut:
Keloid- tisu parut keras, menonjol dan tidak teratur pada kulit yang sering membesar dari segi saiznya, melangkaui sempadan kecederaan asal. Ia sering kali terbentuk apabila kecederaan penyembuhan atau insisi pembedahan adalah tegang. Lama-kelamaan, ia boleh menjejaskan pergerakan seseorang.

IKLAN

Kontraktur- jika kulit anda terbakar, anda mungkin akan mempunyai parut jenis ini yang menyebabkan kulit menegang dan menjejaskan keupayaan untuk bergerak. Parut kontraktur juga akan masuk jauh ke dalam dan memberikan kesan terhadap otot-otot serta saraf.

Parut Hipertrofik- parut merah dan menggelembung yang lebih kurang sama seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan kawasan yang tercedera.

IKLAN

Parut Artrofik- ia terbentuk di lubang kulit dan akan menutup luka yang tertekan pada kulit. Parut ini sering dikaitkan dengan masalah jerawat dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan.

Sebarang jenis parut boleh menganggu fikiran dan kelihatan tidak cantik. Malah, setiap parut berbeza, memerlukan penjagaan lanjutan yang berbeza dan rawatan. Pelbagai cara rawatan untuk parut termasuklah cara suntikan dan pembedahan.

IKLAN

Namun, keberkesanannya diragui kerana pastut jenis keloid sering terbentuk semula. Pilihan lain seperti terapi x-ray dan pembedahan ‘cyro’ mungkin menyakitkan.

Apa pun, jalan terbaik berjumpalah dengan doktor untuk kenal pasti parut anda dan cara merawat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI