Jika anda pandai uruskan kewangan, tak kira gaji kecil ataupun besar, anda pasti akan mampu menyimpan. Anda kena ingat tindakan kewangan kau sekarang akan beri kesan yang besar dalam 5-10 tahun akan datang.
Bagaimana nak uruskan wang keluarga kau? 7 tips ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak. Jom baca.
1. Merangka, Merekod & Analisa Perbelanjaan
Bila dah berkeluarga, banyak nak pakai duit. Jadi, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.
Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja yang telah dibuat. Barulah tahu ke mana duit telah pergi. Nak beli barang dapur pun, senaraikan barang nak beli. Barulah tak borong satu kedai.
Bila dah sentiasa catat perbelanjaan setiap bulan, anda akan dapat mengesan dan menganalisa cara berbelanja.
Banyak aplikasi yang bagus contohnya My Tabung BNM, Money Manager, Spending Tracker dan sebagainya.
2. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan
Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah;
-Barang dapur
-Belanja makan
-Ansuran rumah
-Ansuran kereta
-Kos bil air & elektrik
-Hiburan
-Perlindungan takaful
-Tabung simpanan
-Tabung pelaburan
-Tabung pendidikan anak-anak
-Tabung kecemasan / luar jangka
-Tabungan bercuti
-Tabung pencen
-Tabung baik pulih kenderan / rumah
Tabungan kecemasan amat penting kalau terjadi sesuatu diluar jangka dan anda ada tunai untuk digunakan. Biar ada 3 bulan gaji dalam tabung kecemasan tu. Boleh simpan dalam Tabung Haji, ASB.
Ads
3. Menyimpan & Melabur
Dapat gaji saja, simpan dulu sebahagian. Paling minimum adalah 10% dari gaji. Kalau dapat simpan 50% gaji, lebih bagus dan sangat digalakkan.
Jika anda berbelanja dahulu, lebihan itulah baru dijadikan simpanan. Kalau tak boleh simpan, takpe. Kalau dapat simpan syukur. Tak boleh macam tu. Simpan RM100 sebulan pun okay.
Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, hartanah, pelaburan emas, ASB Financing, AHB dan sebagainya.
4. Perlindungan Takaful
Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada tv pun asalkan ada perlindungan takaful. Bila dah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula la menggelupur menyesal.
5. Pendapatan Sampingan
Jika anda rasa duit perbelanjaan sentiasa tak mencukupi, anda mungkin perlukan sumber pendapatan sampingan untuk menambahkan kewangan keluarga.
Ads
Cuba cari pendapatan sampingan yang halal dan tidak salah di sisi undang-undang. Seimbang juga dengan luang masa berkualiti bersama keluarga.
Boleh cuba buat Grabcar, Uber, jual online, jadi runner, ambil upah basuh kereta, ejen takaful dan sebagainya.
6. Hindari Hutang Jahat
Apabila dah berkeluarga, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran. Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa. Kawan datang duduk bersila tanpa sofa pun sedap juga bersembang.
Hutang jahat ini adalah hutang yang kau kena bayar setiap bulan tetapi tak menjana pulangan untuk keuntungan anda.
Contoh hutang jahat adalah hutang peribadi, hutang kereta jika ansuran bulanan lebih separuh gaji ataupun hutang kad kredit yang berlambak.
7. Kad Kredit Cukup Satu
Ads
Jika pasangan anda ada dua kad kredit, limitkan kepada satu. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit je. Senang nak uruskan dan jaga kewangan. Kalau anda tak reti kawal penggunaan kad kredit, tidak wajib ada.
Sumber : Amir Syahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengendaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tentunya setiap wanita mahukan pasangan atau teman lelaki yang lebih tinggi dan gagah perkasa. Kononnya lelaki yang tinggi boleh melindungi wanita dan berasa selamat saat keluar bersama.
Namun, lelaki rendah juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding lelaki yang lebih tinggi.
1. Mengurangkan Rasa Insecurity
Teman lelaki yang lebih rendah mengurangkan rasa insecurity anda terhadap saiz tubuh sendiri. Anda akan berasa lebih terkawal daripada dikawal kerana secara psikologinya anda berdua memiliki saiz yang sama. Malah anda juga akan berasa lebih selamat kerana kalau si dia mahu memukul, anda mampu menepisnya.
2. Ego Yang Rendah
Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering di pandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki rendah mempunyai satu sifat yang lebih relax. Cuba bayangkan kalau anda berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti anda yang sukar untuk di cari ganti.
3. Lebih Menghormati
Lelaki yang selesa dengan teman wanita yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat anda. Si dia secara terangan perasan ‘kekurangannya’ dan akan sentiasa menyokong daripada merendahkan diri anda. Dia dah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.
4. Kuat Bekerja
Tinjauan psikologi menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Jadi anda tidak perlu risau bersama lelaki rendah kerana mereka akan melayan anda seperti puteri raja.
5. Berdiri Sama Tinggi
Kamu tidak perlu lagi mengira jumlah inci stiletto yang perlu dipakai untuk kelihatan ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan pasangan. Pakai saja sneakers ataupun flat shoes sepanjang hari bersama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!