Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pelamin itu sangat lah memainkan peranan yang penting. Tambah pula dengan zaman sekarang yang boleh dilihat dengan pelbagai reka bentuk pelamin itu sendiri.
Tidak kita ketinggalan pelamin cucuk sanggul yang masih digunakan hingga ke hari ini. Walaupun sudah digunakan lama namun hari ini mereka datang dengan idea dan corak yang baru. Memang cantik dan meletop! Lihat saja ini.
Ads
Ads
Ads
Sumber : Rizal Hakim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda minat dengan deko rumah berasaskan kayu palet, idea DIY kediaman pasangan suami isteri Akmalaily Akman ini boleh beri ilham yang untuk anda.
Bermula dari ruang tamu, bilik sampai ke dapur, 90 peratus perabotnya dihasilkan sendiri dengan kayu palet (pine).
Untungnya pasangan ini, suaminya mahir bertukang, isteri pula mahir menjahit. Jimat, tak perlu beli perabot yang banyak! Jom kita tengok satu persatu ruang beserta idea yang dikongsikan bersama.
Meja, kerusi, rak, frame, wall triangle tok laki nukang. Bantal bulus beli kat SSF, bantal pink jahit sendiri. Pokok hidup tu pau rumah mak dulu, ada beli kat Ikea, muroh muroh je.
Bed frame, set kerusi, meja budak, troli tok laki nukang. Barang-barang lain macam bantal, tempat letak mainan beli kat Kaison, Mr D.I.Y, kedai RM2.
Frame bed, buai tok laki nukang sendiri. Bantal fox & bunny kita lukis, kita jahit sendiri.
Rak, troli, meja kerusi budok, bed frame tok laki nukang sendiri. Banner hiasan kain tu jahit sendiri guna kain perca.
Bunga & love lamp beli kat Kaison. Muroh muroh je.
Boleh DIY sendiri ye guna batang penyapu ke, susun ikut caler lagi cun ni.
Rak baju belakang tu & cermin solek tok laki nukang sendiri. Cermin tu asalnye cermin lama kat almari dulu-dulu.
Meja makan, bingkai frame, wall hexagon tok laki nukang sendiri. Boleh try DIY sendiri ya guna batang aiskrim.
Beralih tempat
Rak & pagar tok laki nukang sendiri.
Wallpaper beli kat Kaison, tepek je. Setiap kali sudah masak terus lap ye. Dapur tu beli kedai eletrik biasa. Rak bawang & kabinet tok laki nukang sendiri.
Tempat letak sabun beli kat Ikea, rak pinggan index living.
Kabinet, kerusi, rak bawang tok laki nukang sendiri. Rak besi & balang botol kedai RM2, Ikea, Mr. D.I.Y. Asal muroh kita beli.
Kabinet, shelf, tempat gantung mug semua suami tukang sendiri. Botol/balang tu beli Mr. D.I.Y & kedai RM2.
Rak tinggi dan rak putih tok laki nukang sendiri. Pastu cat putih. Balang air kaca dari SSF, rak pinggan dari index living. Bekas beras orang bagi hadioh nikah.
Kabinet ala kadar ini suami buat sendiri. Langsir saya jahit sendiri. Redah sahaja asalkan nampak rupa langsir.
Yang tanya tahan ke tidak pallet ini, setakat ini sudah 2 tahun dan masih bertahan. Varnish tebal-tebal yang part kena air tu. Semoga dapat menjadi panduan buat semua.
Cantik pula tengok hasil deko berasaskan kayu dalam ruang rumah, untung ya kalau dapat suami kreatif dalam menghias tempat kediaman. Tak perlu upah orang atau beli yang sudah siap.
Menerusi perkongsian foto kediaman Akmalaily Akman macam melihat katalog Ikea, boleh jadi terapi mata orang perempuan.
Lagi buat ramai kagum semua perabot kayu yang ada di kediaman ini adalah hasil DIY atau kerja tangan suami isteri dari pada meja, kabinet dapur, rak, hiasan dinding malah permainan anak.
Berikut hasil kerja tangan pasangan ini yang boleh jadi inspirasi.
Macam biasa, semua perabot, rak, kerusi meja, mainan anak anak yang berasaskan kayu, suami kesayangan dan diri sendiri yang DIY. Konsep deko kami, praktikal & jimat selagi boleh.
Haaa… kalau tengok, memang terbaik hasil kerja tangan suami isteri ini, berseni. Cantik semuanya.
Jadi kalau anda ada bakat dalam DIY perabot dan susun atur, boleh lah cedok ini untuk hias rumah sempena raya tahun ini!
Bila nak transformasi ruang rumah bagi nampak kemas, anda kena ada sedikit ilmu deko. Tak boleh main letak dan tarik perabot. Nanti nampak sempit dan sakit mata memandang.
Nak-nak pula kalau rumah anda jenis banyak barang, yang baru pindah rumah jadi pasangan suami isteri pun kena belajar tip daripada Puan Khairunnisa Hamzah ini, jom baca ilmu dekorasi mudah.
Bila masuk rumah baru, kosong lagi, mungkin kita boleh jumpa ramai pakar hiasan dalaman di luar sana. Tapi lebih jimat kalau anda cuba hias sendiri.
Tak perlu cari rumah baru tapi tukar suasana ruang jadikan baru. Semoga menjadi rumah yang dirindui oleh setiap ahli.
Ini sedikit tip transform rumah jadi WOW buat semua pembaca:
Siapkan laluan. Contoh dari pintu masuk ke dapur, ada laluan tanpa halangan. Dari bilik tidur ke bilik air, juga tiada halangan. Dan dari dapur nak ke meja makan untuk hidang, dekat dan juga tanpa halangan.
Sebaik dapat kenal pasti laluan, susun perabot di lokasi selain dari laluan. Pada laluan, kosongkan. Laluan yang mudah akan memberikan keselesaan pada pergerakkan setiap ahli rumah dan tetamu yang datang.
Untuk buat illusi optik atau kesan dramatik, boleh buat susunan luar biasa. Seperti gambar, sofa di susun melebihi dinding. Ini bertujuan seperti pembahagi ruang. Namun masih belum mengganggu laluan. Kesannya, rumah yang kecil ini nampak luas, kan?
Bagi rumah yang kecil, elakkan perabot bersaiz besar dan gelap. Dapatkan perabot yang mudah alih. Tapi labur sedikit wang untuk sofa.
Ini akan jadi watak utama dalam rumah. Sofa yang selesa akan membuatkan penghuni rumah dan tetamu duduk lama. Seperti gambar, sofa boleh dilipat turun menjadi sofa bed. Siang kerusi, malam katil.
Pelembut akan bagi karakter pada rumah, ramai orang terlepas pandang. Ini perkara paling penting, bukan paling tak perlu kisah.
Apa itu pelembut? Ini barang yang menggunakan fabrik seperti langsir, bantal, dan karpet. Perkara paling perlu diingat ialah, apabila satu pelembut sudah bercorak, yang lain tidak perlu bercorak. Contoh, jika langsir bercorak, maka bantal kusyen dan karpet tidak.
Banyakkan cat putih untuk nampak luas. Rumah lama biasanya menggunakan cat berwarna krim.
Warna kuning atau krim akan berikan rupa lama dan usang.
Warna seperti merah, jingga dan pink jika digabung bersama akan jadi warna panas (warna api).
Warna sejuk ialah seperti warna hijau dan biru (warna laut).
Untuk fokuskan dinding, pilih satu dinding yang mula-mula nampak sebaik masuk ruang tersebut. Atau pilih dinding yang aktif fungsi seperti dinding tv.
Dinding fokus boleh diwarnakan dengan warna yang pop-up ikut kesukaan mata masing-masing. Tapi awas, elakkan warna merah menyala kerana ini akan mengundang sakit kepala. Jika malas cat, boleh pasang wallpaper atau 3d wall decor.
Lampu akan berikan kesan dramatik. Jika hanya ada lampu putih, ruang akan nampak jelas dan tiada fokus. Setiap sudut terang kelihatan.
Jika sepah, ini akan jelaskan sepah itu dengan sangat nyata. Buka lampu kalimantang dan tukarkan dengan lampu beridentiti.
Di dinding fokus, pasangkan spotlight. Di sebelah sofa dan katil bilik tidur, pasangkan lampu meja. Cahaya lampu pula ada 3 jenis:
White Warm Warm White
Untuk ruang yang perlukan mata nampak jelas, pakai putih. Jika bertujuan untuk berikan mood romantik dan rehat, pakai lampu warm.
Aksesori adalah penaik seri. Aksesori yang berfungsi akan jadikan ruang lebih hidup. Misalnya aksesori jam, ini untuk melihat waktu terkini.
Begitu juga dengan aksesori bingkai gambar, ini untuk mengembalikan nostalgia. Pasu untuk letak pokok hijau dan bunga. Ada juga pasu yang mencipta karakter dan suasana.
Dinding yang tidak dihias umpama ruang itu masih belum disiapkan. Ya, ruang nampak tak siap bila tiada hiasan dinding. Nak hias dengan apa? Hias dengan lukisan, kalimah, frame gambar atau arca.
Masa gantung, pastikan di tengah-tengah dinding atau kelengkapan. Seperti di tengah-tengah atas kepala katil atau sofa. Gantungan letak aras mata. Begitu juga jika gantungkan cermin muka.
Rumah yang selesa membuatkan penghuninya suka menghabiskan masa di rumah. Sebaik masuk rumah, sambut dengan alas kaki yang sedap dipijak.
Yang mana ada kerusi, di bawahnya letaklah alas kaki. Begitu juga di sebelah katil. Turun saja katil, ada alas kaki. Alas kaki boleh pilih sama ada nak pakai tikar getah, karpet, atau vinyl.
Jika masih sayang perabot dan kelengkapan rumah yang lama, boleh perbaharukan rupa atau tukar fungsi dan lokasi kedudukannya. Contohnya, almari laci di depan pintu masuk, dipindahkan ke satu ruang baru dipanggil ruang dressing.
Barang yang lusuh, di cat semula. Yang terbuka boleh ditutupkan. Seperti dapur di dalam gambar, kami pasangkan langsir bermata ikan.
Semestinya rumah yang melebihi 10 tahun akan mengalami barang yang banyak. Ada yang disimpan sejak anak kecil lagi. Ada sentimental value.
Tetapi menurut kajian, barang yang tidak disentuh melebihi 6 bulan, bererti ia tidak diperlukan lagi. Jadi boleh buat garage sale, car boot sale, atau boleh sedekahkan pada rumah kebajikan dan juga saudara mara.
Hanya barang yang elok rupa saja diletakkan sebagai hiasan luar dari kabinet atau tirai tempat simpan barang. Yang lain sediakan rumahnya di tempat bertutup.
Rumah kelihatan kemas apabila barang-barang disimpan di tempat tertutup. Boleh diy seperti projek dapur, kami gunakan langsir saja di bawah dapur memasak. Jika ada tabungan lebih nanti, boleh buat kabinet pula.
Haa… suami isteri yang baru kahwin, boleh lah belajar bab deko perlahan-lahan, ya! Rasakan kelainan hidup dan peribadi ahli keluarga setelah makeover dilakukan di rumah. Mesti makin bahagia dan rasa selesa duduk rumah.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...