Pelamin Dan Dekorasi Untuk FATTZURA Fairytale Buat Ramai Tetamu Teruja

Share

Masih memperkatakan tentang pasangan popular Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang baru mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bertemakan ‘Fattzura Fairytale’, majlis gilang-gemilang itu menyaksikan pasangan mempelai anggun dan kacak bergaya bak sang putera dan puteri raja yang bersanding di pelamin yang indah sentuhan Reka Teemor. Tenyata ilham reka oleh Reka Teemor tidak pernah menghampakan bermula dari pintu masuk dekorasinya sungguh memukau.

Pesona Pengantin berkesempatan bertanyakan pereka dari Reka Teemor tentang dekorasi yang dipersembahkan.

Apakah konsep pelamin dan dekorasi keseluruhan?

Untuk majlis resepsi ini, konsep – Cinderella, The Fairytale mahu diketengahkan.

pic: Reka Teemor

Bagaimana tercetusnya idea?

Bermula daripada pasangan tersebut dan sejarah pengenalan mereka daripada drama Hero Seorang Cinderella yang dijayakan di rumah kami #Rumah Teemor.

pic: Reka Teemor

Gabungan warna yang diketengahkan

Warna utama iaitu Merah Jambu ditonjolkan kerana itu adalah warna kegemaran Fazura. Dan kami gabungkan dengan beberapa warna lain untuk menaikkan mood and to create the while Cinderella ambience for the wedding.

pic: Reka Teemor

Berapa lama idea ini difikirkan?

Tak lama kerana ianya begitu sinonim dengan pasangan ini sehingga idea itu sudah semestinya dizahirkan oleh kami sebagai the wedding designer untuk pasangan merpati dua sejoli ini.

pic: Reka Teemor

Elemen surprise yang ditampilkan ?

Kami hanya membincangkan mengenai istana fairytale sebagai pelamin, namun di malam tersebut kami sediakan juga backdrop bintang-bintang berkelipan, 30 custom made crystal chandeliers, 6 kuda putih berhias, serta entrance masuk ke ballroom yang bersinar-sinar dengan lampu fairylights.

pic: Reka Teemor

Sumber rujukan?

Idea Reka Teemor tersendiri

Jenis jenis bunga yang digunakan?

Peonies, roses, hydrangea dan baby’s breath

pic: Reka Teemor

 

IKLAN