![bride-gdc2069c96_1920](https://cdn.pesonapengantin.my/2022/04/450920-696x464.jpeg)
Bunga tangan adalah pelengkap bagi penampilan ratu sehari di majlis raikan cinta. Selain memberi keserian buat penampilan ratu sehari, sejambak bunga juga dianggap membawa kebahagian di dalam perkahwinan, manakala riben yang mengikat jambakan bunga tersebut melambangkan persekutuan.
Fungsi utama bunga tangan ini adalah ianya mampu meningkatkan keceriaan kepada pengantin. Selain itu dengan adanya bunga tangan ini, ia dapat meningkatkan mood pada majlis itu.
Walau bagaimanapun kebanyakkan pengantin sekarang membawa bunga tangan hanya sebagai aksesori pengantin. Maka ramai yang tidak tahu akan makna simbolik bunga yang sesuai dengan karektor mereka, jadi jom beri perhatian kepada jenis bunga tangan yang sesuai dengan anda.
BUNGA ROS
Warna beige: Kesopanan
Warna putih: Kesucian
Warna merah: Cinta dan kebahagiaan
Warna merah jambu: Menarik
Warna jingga: Terpesona
Warna kuning: Persahabatan
BUNGA HYDRANGEA: Kebanggaan, harga diri
BUNGA CARNATION: Keberanian
BUNGA ORCHID: Kecantikan
BUNGA TULIP: Cinta
BUNGA LILY: Keangungan
BUNGA ‘LILY OF THE VALLEY’: Kesucian dan rendah diri
BUNGA PEONY: Aura positif
BUNGA CALLA LILY: Kesucian dan keimanan
BUNGA RANUNCULUS: Daya tarikan
BUNGA GARDENIAS: Kegembiraan
Jadi bunga manakah yang akan menjadi pilihan anda untuk dijadikan sebagai bunga tangan pengantin?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jatuh Hati Pada Wanita Lebih Berusia? Ini Cara ‘Beli Jiwa’ Mereka…
![Jatuh Hati Pada Wanita Lebih Berusia? Ini Cara ‘Beli Jiwa’ Mereka…](https://cdn.pesonapengantin.my/2021/02/1200x630-2021-02-16T160209.661.jpg)
Siapa kita untuk menidakkan ketentuan Tuhan. Begitu juga bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia, hanya Dia yang tahu alasan dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita.
Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia. Sebagai pasangan yang lebih muda usianya jangan jadikan ia faktor anda tidak bahagia apabila tidak ada keserasian bersama. Sebaliknya cuba positifkan diri bahawa anda adalah lelaki yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.
1. Intai Sifat Matangnya
Fahami isteri dan jadikan diri lebih matang. Itu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gila-gila’. Anda masih boleh jadi diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran.
2. Kenali Rakan Isteri
Mungkin masa bercinta anda tidak berapa kenal isteri anda. Dekati rakan-rakannya untuk tahu sikap sebenar dan elakkan cemburu buta bila isteri meluangkan masa bersama rakan.
3. Cuba Saingi Pengalaman Isteri
Berkahwin dengan isteri lebih tua, isteri lebih ‘makan garam’. Tapi, jangan harapkan isteri buat semua tanggungjawab anda. Apa salahnya untuk menyaingi pengalaman yang ada pada isteri.
4. Bergaul Dengan Orang Lebih Berusia
Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk masuk zon atau era zaman isteri. Untuk memahami isteri apa kata anda bergaul dengan mereka yang berusia, secara tak langsung anda akan mula terikut-ikut cara ‘orang dewasa’ bergaul.
5. Jaga Sensitiviti
Jangan mudah terikut-ikut darah muda. Mungkin bagi kawan sebaya tidak menjadi masalah. Tapi tak semua orang boleh terima, lagi-lagi mereka yang lebih berusia.
6. Bertolak Ansur
Bertolak ansur hubungan rumah tangga lebih aman. Jika anda berdua mengamalkan perkara ini, percayalah, hubungan anda akan sampai ke akhir hayat.
7. Banyak Bersabar
Ada je yang tak kena, lagi-lagi bila isteri cuba ubah anda jadi lebih matang. Tak salah jika anda bersabar dan cuba ikut caranya. Mungkin masa mula-mula je isteri akan suka, lama-kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ada jati diri dan pegangan hidup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Bujang Kena Ada Rumah Sendiri. Biar Kecil Janji Bukan Studio!
![Orang Bujang Kena Ada Rumah Sendiri. Biar Kecil Janji Bukan Studio!](https://cdn.pesonapengantin.my/2021/08/1200x630-2021-08-26T113223.576.jpg)
RUMAH ORANG BUJANG
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BLACK TAP CRAFT BURGERS & SHAKES Bakal Dibuka, Boleh Bawa Isteri Nikmati Hidangan Bagaikan Melancong Ke Amerika!
![BLACK TAP CRAFT BURGERS & SHAKES Bakal Dibuka, Boleh Bawa Isteri Nikmati Hidangan Bagaikan Melancong Ke Amerika!](https://cdn.pesonapengantin.my/2022/03/444574.jpeg)
Apabila menonton filem-filem Amerika, pasti mata terpersona dengan penampilan kafe gaya Amerika yang menyajikan pelbagai hidangan berupa burger dan milkshakes yang popular di Amerika. Tak perlu pergi sehingga ke Amerika untuk mencuba hidangan ini.
![BLACK TAP CRAFT BURGERS & SHAKES Bakal Dibuka, Boleh Bawa Isteri Nikmati Hidangan Bagaikan Melancong Ke Amerika!](https://cdn.pesonapengantin.my/2022/03/444570-300x200.jpeg)
Restoran yang telah memenangi beberapa anugerah serta berpangkalan di New York, Black Tap Craft Burgers & Shakes bakal membuka cawangannya tidak lama ialgi. Ia sekaligus bakal menjadi pilihan untuk si penggemar hidangan burger menikmati keenakannya.
![BLACK TAP CRAFT BURGERS & SHAKES Bakal Dibuka, Boleh Bawa Isteri Nikmati Hidangan Bagaikan Melancong Ke Amerika!](https://cdn.pesonapengantin.my/2022/03/444552-300x200.jpeg)
Sunway Resort di Sunway City Kuala Lumpur melalui usahasama dengan Black Tap Craft Burgers & Shakes bakal memberi pengalaman makan tengah hari ala Amerika yang hebat dengan menikmati classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Ia merupakan usahasama pertamanya ke Malaysia menjelang akhir tahun 2022.
Untuk rekod, restoran yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Chris Barish dan Julie Mulligan ini telah mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia. Sejak pembukaannya pada tahun 2015, ia telah menerima pelbagai pengiktirafan antaranya termasuklah People’s Choice Award (2015-2017) dan Judges Choice Award (2020 dan 2021), Sehingga kini, Black Tap kini dibuka di beberapa lokasi ikonik sekitar Amerika Syarikat termasuk di The Venetian Resort Las Vegas, Downtown Disney District di Disneyland Resort di Anaheim, CA.
Manakala di peringkat antarabangsa pula, oa telah bertapak di Bahrain, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu.
“Kami amat teruja dengan kerjasama ini. Black Tap membawakan inspirasi New York dalam suasana restoran bermula dari elemen mural seni jalanan kepada pop 80-an dan 90-an hip-hop.
Menurut Barish lagi, mereka sudah tidak sabar dan teruja memperkenalkan burger istimewa yang pernah memenangi anugerah seperti Greg Norman agar ia dapat dikongsi oleh rakyat Malaysia yang sememangnya amat menggemari hidangan ala Amerika ini.
Memetik Pengurus Besar Kanan Sunway City Kuala Lumpur Hotels, Alex Castaldi berkata, “Kami berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Black Tap untuk sama-sama ‘berdiri’ sebaris dengan restoran terkemuka kami di Sunway Resort. Kami percaya, classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes bakal digemari semua lapisan masyarakat.”
Pengumuman Black Tap Malaysia adalah sejajar dengan transformasi ‘once-in-a-generation’ Sunway Resort seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi bersepadu terkemuka di Asia. Black Tap Malaysia ini akan terletak bersebelahan dengan jalan utama di aras lobi hotel.
Bila ia dibuka nanti, bolehlah bawa isteri anda menikmati hidangan di sini!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI