Tahniah diucapkan kepada pelakon dan model Bella Dally yang mengaku sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Arif, 34, pada Sabtu lalu di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah.

Peminat Happy! Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

 

Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keputusan bertunang dibuat selepas lima bulan berkawan dan saling mengenali hati budi.

“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.

IKLAN

“Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.

“Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Bella, majlis itu diadakan secara tertutup membabitkan kedua belah keluarga dan kenalan rapat.

IKLAN

Dalam masa sama Bella berkata, buat masa sekarang dia belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya itu kerana masih dalam fasa pertunangan.

Peminat Happy! Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Rata-rata peminat mendoakan dan happy!

Peminat Happy! Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

IKLAN

Peminat Happy! Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Peminat Happy! Bella Dally Akui Sudah Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Sumber : Harian Metro

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI