Seperti sudah menjadi kebiasaan, pihak lelaki perlu menyediakan sejumlah wang hantaran buat si gadis pilihan, tetapi sejauh mana kegunaan duit hantaran itu, adakah perlu dihabiskan kesemuanya oleh pihak wanita atau boleh dipulangkan kembali?

Ini perkongsian Azizul Azli Ahmad di Facebooknya.

Penat Pengantin Lelaki Kumpul Duit Hantaran, Janganlah Habiskan Hanya Untuk Satu Hari

1. Duit hantaran tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pihak perempuan.

2. Bapa pihak perempuan sepatutnya keluarkan belanja sebagai tanda syukur ada anaknya telah dilamar dan diterima.

3. Kenduri itu bukannya yang ada 18 khemah, memadai ikut sunnah dengan jemput jiran tetangga, jemaah surau dan saudara terdekat kita. Kuncinya sederhana.

IKLAN

4. Wang hantaran dengan rakusnya digunakan untuk belanja pelamin, pakaian pengantin, khemah dan goodies, kad kahwin, makanan dan belanja fotografi.

5. Jika bapa kita memang tak mampu, bolehlah gunakan duit ini sebahagiannya untuk belanja. Tetapi tetap sederhana, bukan habiskan semua.

6. Saya pernah jumpa bapak mertua yang pulangkan kembali wang yang diterima sebagai hadiah untuk mulakan hidup berkeluarga. Pengantin lelaki rasa hiba dan malu nak terima.

IKLAN

7. Rasa hormatnya pada bapa mertua jadi sangat luar biasa dan sayang isterinya pasti berganda ganda.

8. Masyarakat Pantai Timur dah lama lakukan ini, kita saja yang rasa pelik dan nak habiskan duit hantaran lelaki.

9. Mereka himpun duit sampai nak keluar biji mata, kita bazirkan dengan kenduri mewah nak jaga tahta dengan jiran tetangga dalam sehari sahaja.

IKLAN

10. Lebih sedih bila tetamu bazirkan makanan hingga banyak sisa tak habis, sedangkan pengantin lelaki minum air kosong ditepi jalan itu dah biasa demi cintanya mereka.

11. Manfaatkan duit hantaran untuk beli rumah pertama, bukannya belanja kenduri kendara.

Saya tahu ramai yang tak suka, tapi ini hakikat yang kita perlu terima. Budaya kahwin yang membazirkan wang sahaja, kembali hidup beragama bukan berbudaya.

Azizul Azli Ahmad

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI