Emosi yang sihat amat penting dalam menjalani kehidupan harian. Apabila emosi terganggu perjalanan hidup seharian kita juga akan terjejas. Maka sebab itulah amat penting untuk kita memastikan emosi berada dalam keadaan stabil.
Dalam sebuah perkahwinan juga, adakalanya anda di antara kita mengalami gangguan emosi. Jika anda terus-terusan mengalami gangguan emosi, segala yang dilakukan terasa begitu hambar dan tidak bermakna.
Penderaan emosi dalam perkahwinan ada kalanya tidak disedari bila ianya bermula.
Sedar-sedar, anda dah mula menangis, depresi, sangat kecewa, hilang arah dan sebagainya.
Mungkin tanda-tanda ini boleh buat anda sedar yang anda mungkin sedang didera secara emosi.
1. Anda keliru tentang perasaan pasangan. Mulut kata sayang, tapi selalu ulang benda salah yang sama. Buatnya berkali-kali, kemudian minta maaf dan berkasih sayang. Tak dinafikan, setiap kali marah itu akan bertukar sayang.
Ads
2. Anda lebih mempercayai dia berbanding diri sendiri. Ini terhasil dari manipulasi pemikiran dan perbuatan pasangan yang termanya ialah gaslight. Apa yang anda nampak dan fikirkan sentiasa dinafikan dengan bersungguh-sungguh. Sampai anda sukar nak pastikan yang mana betul, yang mana salah.
Dia juga akan buat sesuatu benda itu seperti tidak pernah terjadi. Macam takde apa-apa. Macam anda yang berlebih-lebih dan yang paling menakutkan, dia buat macam kita yang wujudkan situasi tu dalam minda.
3. Hari-hari anda disajikan dengan idea yang anda tidak boleh hidup tanpa dia. Sama ada berkenaan tiada siapa yang mahukan anda, atau dari segi apa yang anda kecapi sekarang adalah disebabkan sokongan dari dia.
4. Semua kesalahan akan berbalik kepada anda. Walaupun nampak jelas itu salah dia, tapi dia akan pusing yang itu salah anda. Sampai satu tahap, anda jadi malas nak tegur sebab akhirnya anda jugak yang salah.
Ads
5. Dia akan pisahkan keluarga dan sokongan dari luar. Ini akan menyekat sebarang kebangkitan jiwa yang mungkin berlaku. Anda akan bertarung seorang diri dan ianya sangat memenatkan.
6. Apa yang anda buat tidak pernah cukup bagi dia. Walaupun anda rasa dah berjaya, dah capai tahap yang hebat, tetapi dia akan memperkecilkan kejayaan tu. Umpama kejayaan tu tak beri apa erti pun. Ini sedikit sebanyak akan membunuh semangat anda.
7. Segala tindak tanduk anda akan diawasi. Dia akan sentiasa mencari kesalahan walaupun benda tu tak wujud. Ayat-ayat sinis selalu keluar dari mulutnya mengulangi kesalahan yang tidak wujud tu.
8. Ada waktu yang dialah pasangan paling hebat, paling romantik dan sebagainya. Pada waktu itu anda akan rasa sangat dihargai sehingga terlupa benda-benda negatif sebelum itu.
Ads
9. Dia suka berjanji dan menjual masa hadapan yang indah-indah. Apabila anda didera secara emosi dan sering dimanipulasi, anda akan sentiasa berharap dan mengimpikan yang dia akan berubah. Penantian ini akan berpanjangan sehingga anda tidak ada daya lagi untuk melawan.
Nombor 10, saya biarkan untuk anda isi.
Hidup dengan orang yang mendera emosi ini umpama satu larian marathon. Kita akan sentiasa mempersoalkan kekuatan diri. Ada kalanya ia menjadi terlalu penat dan kita mengalah.
Jika anda biasa lalui perkara ini, kuatkan diri dan berubahlah. Mulakan dengan diri sendiri dahulu. Anda layak untuk bahagia.
Benar kata selebriti media sosial, Dr Say Shazril, jangan terlalu berkira dalam semua hal, lebih-lebih dengan anak, isteri dan keluarga.
Menerusi Instagramnya, doktor selebriti ini menasihati agar jangan terlampau menghambakan diri pada wang ringgit hingga sanggup ikat perut dan bercatu hingga anak dan isteri terkesan.
Jangan Terlalu Berkira Dengan Anak Dan Isteri, Barulah Rasa Bahagia
Ada baiknya kita beri keselesaan dan nikmati hidup yang tenang dengan isteri dan anak-anak. Itu yang sebaiknya dilakukan.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada dua cahaya mata ini berkongsi pesanan untuk semua.
“Ini pesanan mak ayah saya yang akan saya ingat sampai bila-bila. I just had this conversation with wife beberapa hari lepas on “we should enjoy what life has to offer” & tup tap terjumpa post ni kat FB mengukuhkan lagi apa yang kami bincangkan.
“Berhitung segala benda siap beberapa kali berkelahi dengan wife on money matters. Bila dah ada anak, bila rezeki makin luas, bila simpanan cantik sikit, barulah saya sedar betapa kosongnya hidup selama ni diperhambakan dengan wang.
“Kita semua nak Financial Freedom betul? Tapi apa guna financially free bila kita menghitung segala benda?
“Makan berkira, vacation berkira, dengan ahli keluarga berkira dah celah mana Financially Free-nya di situ. Sebijik macam Cikgu Fadli ni cakap YOLO, You Lived Only Once jadi apa salahnya menikmati titik peluh kita selama ni? How to enjoy it? By MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
“Kalau kita nak beli sesuatu yang sampai the whole family kena ikat perut/ sampai kita terbeban berhutang/ sampai kita bercatu segala benda then that means kita tak mampu lagi untuk apa jua yang kita mahukan tu.
“Satu lagi ayat best saya belajar dari kawan sy @drhaqwasa adalah segala apa yg kita beli adalah SIGN OF ACCOMPLISHMENT FOR OURSELVES & ia jadi salah pabila seseorang itu beli something to impress others.
“Dont get me wrong, menyimpan still should be number one priority but IT SHOULDNT BE OUR ONLY PRIORITY. Enjoy titik peluh anda mindfully but never be a slave for your money,” katanya berkongsi.
Haaa… anda jenis berkira dengan keluarga tersayang ke? Kalau ya, sila ubah untuk rasa bahagia. Tak rugi pun sesekali beli jiwa anak-anak dan isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berat ujian wanita ini, 30 minit selepas nikah, ibunya pergi buat selamanya. Itulah yang dialami oleh Puan Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama.
Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Kalau anda rasa nak ubah kabinet dapur di rumah jadi kemas dan tertutup, boleh cuba idea menggunakan pintu sliding door seperti yang dikongsi lelaki ini.
Maklumlah, awal-awal kahwin semua bajet kena jimat poket. Orang kata baru nak hidup. Jadi cuba kemaskan bahagian dapur dengan DIY sliding door, barulah sedap mata memandang.
DIY Kabinet Dapur Jadi Kemas Dan Tertutup
Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
Berikut bahan-bahan yang diperlukan:
Rail langsir
Board kalis air
Handle pintu
Gam
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Penerangan lebih lengkap cara-cara membuat:
Ukur rail langsir.
2. Lekatkan rail langsir dengan gam.
3.Masukkan board kalis air secara berhati-hati.
4.Pasangan pemegang. Siap!
Agak-agak boleh buat tak? Pasangan suami isteri yang rasa nak jimat, boleh guna idea ini sementara buat kabinet mahal. Semoga bermanfaat!