Berita

Pengantin Kena Tipu RM13K, Makanan Tak Sampai Terpaksa Masak Sendiri

Share

Kasihan pengantin kena tipu mudah-mudah oleh pihak catering, pada saat tiba-tiba langsung tak beri maklum balas mengenai persiapan hidangan kepada tetamu.

Jalan akhir, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri untuk melancarkan majlis perkahwinan keesokan harinya.

Pengantin Kena Tipu RM13K

Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkongsi, sepatutnya catering itu menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin. Tetapi kosong!

Akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting.

“Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call (telefon) tapi tiada respons.

“Jadi kami adik-beradik memilih masak sendiri. Hanya kemampuan kami siapkan dalam anggaran 400 pax (bungkus) makanan… itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,”

katanya.

Buat Laporan Polis

Burhanuddin turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam sebelum majlis berkenaan.

Keluarga pengantin ini juga bercadang mengajukan kes berkenaan ke peringkat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau merujuk kes ke pihak peguam.

Besar ujian pengantin ini, moga selepas ini kehidupannya dipermudahkan dalam segala hal. Buat anda yang bakal buat majlis, beringat sama jangan sampai terkena nasib yang sama. Pastikan betul-betul kenal dengan pihak catering atau mungkin boleh semak dengan pelanggan sebelumnya.

Kredit: Berita Harian

IKLAN