Wanita dan haruman tidak dapat dipisahkan, bagaikan isi dan kuku. Pelbagai pendapat tentang peribadi seseorang itu dengan wangian. Jika si pemakai gemarkan bau yang kuat ia dikaitkan dengan sifat yang lasak dan berani, haruman yang sedikit manis sering menjadi pilihan untuk wanita yang lemah lembut. Manakala yang gemarkan bauan yang agak romatik dan sophisticated pula sesuai dengan wanita yang lebih berdikari serta mempunyai ciri elegan.

Apa sekali pun tanggapan terhadap pemilik dan pengemar minyak wangi ini tidak menjadi masalah, kerana minyak wangi amat penting untuk melambangkan keperibadian seseorang itu. Jika keluar melangkah ke luar rumah tanpa sebarang semburan tidak sah dan tidak lengkaplah peribadi seseorang yang bergelar wanita itu

Selain dandanan rambut, solekan, busana dan aksesori, memilih haruman juga penting buat ratu sehari menjelang hari bahagia. Haruman yang dipilih mampu membuatkan ratu sehari tampil lebih anggun dan berkeyakinan tatkala berdamping bersama suami. Pesona Pengantin senaraikan tip memilih haruman buat bakal pengantin.

  • Jika memiliki minyak wangi yang benar-benar anda suka dan mahu memakainya pada hari bahagia, pastikan pasangan anda turut menyukainya.
  • Jika keluarga atau sahabat menyarankan beberapa haruman, usah terima bulat-bulat apa yang disarankan. Pewangi mencerminkan siapa diri anda sebenarnya. Pilihan seharusnya di tangan sendiri!
  • Jika anda ingin mencuba haruman baru, pastikan ia sudah dicuba sekurang-kurangnya sebulan sebelum tibanya hari bahagia. Rancang ‘perfume date’ bersama bakal suami dan tanyalah pendapatnya terlebih dahulu.
  • Anda pasti mahukan minyak wangi yang berbeza untuk berbulan madu. Bertukarlah kepada aroma yang lebih sensual dan romantis dengan ramuan kasturi, kayu dan resin.
  • Pertimbangkan keadaan cuaca! Pada musim panas pilih haruman segar berasaskan bunga manakala kala hujan dan redup cuba haruman yang bersifat oriental, lebih hangat dan elegan.

Terdapat beberapa koleksi wangian yang pastinya menjadi pilihan anda di luar sana. ‘Tepuk dada tanya selera’. Wangian bukan sahaja untuk wanita, malahan ia juga untuk penting untuk kesegaran lelaki agar tampil segak bergaya. Koleksi wangian ini boleh dijadikan hantaran untuk pasangan tersayang.

Himpunan Wanita 

 

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal PengantinImitation Woman membawakan keharuman flora sebagai satu penghargaan untuk era yang tidak dapat dilupakan. Mengimbas kembali ke zaman Studio 54, perjalanan ini menembusi evolusi gaya hidup berbilang faset dengan konsep provokatif. Putik Anggur Hitam, Aldehid dan Likuoris yang membentuk haruman utama membawa anda mengintai zaman kegemilangan kelab malam di mana apa sahaja dan segala-galanya boleh berlaku.

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

 

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Himpunan Lelaki 

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal PengantinImitation Man adalah hasil sentuhan Chypre dan Kulit yang menggambarkan era keberanian dan kebebasan. Cedrat dan campuran rempah ratus misteri menjadi pembuka tirai wangian untuk menghidupkan semula suasana warna-warni dan berbilang budaya jalanan. Kelembutan baldu dan vinil terserlah selepas mendapat sentuhan Violet dan Orris, membentuk keharuman yang melambangkan mood dan pesona era disco.

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

 

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

 

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Penting! Ambil Tahu Haruman Buat Bakal Pengantin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI