Viral seluruh Malaysia apabila Dr Amalina Che Bakri keluar rumah lepas beberapa hari bersalin. Ada yang kata langgar pantang, tidak berpantang dan macam-macam lagi. Sebagai suami, jangan pula cepat melatah. Nampak isteri sihat sikit, macam-macam pula yang dia mahu. Sokongan suamilah paling penting apabila isteri dalam tempoh berpantang. 

 

Penting Sokongan Suami Ketika Isteri Berpantang, DR AMALINA Pesan Amal Gaya Hidup Sihat Bukan Hanya 44 Hari! 
Kredit foto: Instagram Dr Amalina

 

Seperti perkongsian Dr Amalina di posting Instagram, penjagaan dalam pantang bukan hanya untuk 44 hari sahaja. Dari segi pemakanan misalnya, pilihan makanan sihat bukan sekadar pada waktu berpantang tetapi sepanjang hidup. 

 

“Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah untuk jadi sihat sepanjang hayat.” 

Penting Sokongan Suami Ketika Isteri Berpantang, DR AMALINA Pesan Amal Gaya Hidup Sihat Bukan Hanya 44 Hari! 
Kredit foto: Instagram Dr Amalina

 

8 tip yang dikongsikan Dr Amalina memang menarik perhatian. Cuba baca ni… 

 
 
“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yang berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.” 

IKLAN

 

 

1. Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Kurang garam, gula dan minyak. Makan secara bersederhana untuk mengekalkan berat yang ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan. 

IKLAN

 
2. Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis contohnya air boba, milo. 

 
3. Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama 6 minggu. 

 
4. Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut.  

Anda digalakkan untuk menunggu enam minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat.  Pakai compression TED stockings untuk mengelakkan blood clots. 

IKLAN

 
5. Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad setiap tiga hingga empat jam. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari. 

 

Pakai pakaian longgar dan seluar dalam cotton dan ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk mengelakkan sembelit. 

 
7. Buat kegel exercise untuk menguatkan otot pelvis. 

 
8. Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin. 

9. Jaga kesihatan mental, jangan stress dan enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan daripada suami dan keluarga.

 

Penting Sokongan Suami Ketika Isteri Berpantang, DR AMALINA Pesan Amal Gaya Hidup Sihat Bukan Hanya 44 Hari! 
Kredit foto: Instagram Dr Amalina

Penting Sokongan Suami Ketika Isteri Berpantang, DR AMALINA Pesan Amal Gaya Hidup Sihat Bukan Hanya 44 Hari! 

Penting Sokongan Suami Ketika Isteri Berpantang, DR AMALINA Pesan Amal Gaya Hidup Sihat Bukan Hanya 44 Hari! 
Kredit foto: Instagram Dr Amalina

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI