Cukuplah dengan menghargai pasangan kita. Kita semua tahu suami dan isteri ada peranan masing masing. Peranan dan tanggungjawab suami sangat besar, nampak mudah tapi tak ramai boleh lakukannya.
Untuk lelaki ni kalau tak diberitahu, kalau tak di ingatkan, kalau tak ditimpa musibah, mereka lupa. Namun, bukan sekadar suami sahaja malah isteri juga.
Ini sekadar pedoman buat lelaki dan suami seperti kita yang sering kali terlupa. Kita duduk dalam rahim seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu 9 bulan 10 hari lamanya, sampai koyak kulit dan isinya untuk lahirkan kita, anak-anak kita.
Luka kulitnya dengan benang jahitan yang kekal parutnya tu sampai bila bila. Bukan sekadar parut jatuh main basikal. Darah dan airmata dorang yang tumpah tu kita nak kira macam mana? Mungkin ini ada beberapa peranan yang suami perlu lakukan untuk isteri dalam mempertahankan hubungan anda.
#1 Tanya keadaan isteri
Isteri ni tak pernah langsung kisah pasal sihat atau sakit asalkan kebajikan dan keperluan suami serta anak-anak terjaga. Apa yang susah, apa yang kita sombong sangat nak pura-pura tak nak ambil tahu? Dia kan permaisuri anda.
#2 Tegas mempertahankan ego ‘Aku suami aku berhak’
Sampai ada yang terajang anak isteri kononnya untuk mengajar. Kalau mak kau tau perangai kau macam tu dari kecik dia dah picit-picit kau sampai keluar taik hijau. Mak dan isteri pengorbanannya sama.
Yang berbeza adalah naungan syurga mereka. Disisi Tuhan mereka adalah makhluk yang dimuliakan, diletakkan tinggi darjatnya.Sehina dan sejahat jahat kita, mak dan isterilah yang takkan berpaling muka dari kita. Setia di sebelah dengan harapan ada sinar untuk kita berubah, nikmati bahagia bersama.
#3 Sifat suamiLagi satu, kalau isteri anda tahu perangai anda kaki pukul, buat dia macam kuli macam hamba, ingat dia nak ke? Siapa isteri kita adalah siapa diri kita. Tengok balik diri kita sebagai suami macam mana.
Bila kita rasa kita bagus tapi isteri asik tak bagus, asik tak betul memanjang, itulah permulaan masalah. Kalau nak cakap pasal tugas dan tanggungjawab isteri, anda senaraikan anda punya, dia senaraikan dia punya. Kita tengok siapa punya lagi panjang berjela.
#4 Gembira kan hati isteriKawan yang kau patut berkawan adalah mereka yang “Tak apa bro, settle anak bini dulu. Lepak ni bila-bila boleh”.
Bukan yang “woi! Dengan bini pun takut ke woii!”. Kawan ni penting jugak, bukan tak penting. Aku sendiri pun ramai sangat kawan. Orang bisnes la paling ramai kawan, macam-macam ragam macam-macam jenis.
Ramai je kawan yang bagus tapi sebagus-bagus kawan, tanya diri kita balik. Esok kalau anda sakit, lumpuh, susah tak makan anak-beranak, siapa yang jaga, siapa yang mandikan anda, siapa yang bantu anda cari duit nak suap anak-anak? Isteri juga yang berada dekat sebelah.
#5 Jangan sia-siakan mereka
Isteri ni cukup senang hati bila kita hargai dia. Sesekali balik kerja tu, singgahlah beli apam balik cheese ke, Tea Live ke, bunga plastik sebakul ke apa salahnya?
Bagi hati dorang berbunga sikit, mana tahu lepas anak-anak dipopok, kita pula akan dipopokkan?
Semoga bermanfaat in shaa Allah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI