Lelaki juga manusia biasa. Kita boleh menangis apabila putus cinta (bagi yang berhati kering mungkin langsung tidak menitiskan air mata). Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Tidak percaya?.
Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita. Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung.
Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosionaldari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin. Katanya “ bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”. Biasanya ketegangan dalam sesuatu hugungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki.
Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak. Tidak hairanlah jika wanita lebih cederung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.
TIP HADAPI PUTUS CINTA
Ads
1-Berdamailah dengan diri sendiri- Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
2-Anda sedang tertekan dan merana kecewa, jadi jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaatyang boleh melegakan anda.
Ads
3-Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan. Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
4- Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama. Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
Ads
5- Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan. Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
6-Pastinya anda mempunyai hobi tertentu. Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap. Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa.
7-Ini cara yang paling menyihatkan. Dengan cara bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH
.
Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid.
.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.
.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
.
Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
.
Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu… sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh rujuk gambar di bawah ye:
.
SOLAT SUNAT TERAWIH
* Niat (Rujuk gambar)
.
.
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
.
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
.
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
.
* Niat (Rujuk gambar)
.
*Lakukan 3 rakaat 2 salam,
Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
.
*Zikir selepas witir (Rujuk gambar)
.
* Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
.
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
SEMOGA BERMANFAAT…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bentuk tubuh yang langsing bukan datang dengan mudah, semestinya perlu ada usaha untuk memilikinya. Makanya, jangan sia-sia pagi anda. Sebaiknya, isi pagi anda dengan pelbagai kebiasaan baik untuk menjaga atau memperoleh bentuk tubuh idealmu.
Ayuh lakukan tujuh kebiasaan yang memberi manfaat buat tubuh dan semakin langsing.
1. Dapatkan cukup sinar matahari pagi agar tubuh anda lebih bertenaga
Berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan pada jurnal PLOS ONE, berjemur di tengah cahaya matahari pagi ternyata mampu membantu menurunkan berat badan. Hasilnya, mereka yang terdedah matahari pagi memiliki indeks masa tubuh yang lebih rendah dibandingkan yang tidak berjemur. Cahaya matahari pagi membantu mengatur jam tubuh sehingga pola tidur pun terkawal. Ini adalah salah satu faktor penting dalam usaha menurunkan berat badan. Makanya, luangkan waktu 20-30 minit di pagi hari untuk berjemur.
2. Tambahkan sedikit waktu tidur
Bukan rahsia lagi jika kurang tidur menyumbang kenaikan berat badanmu. Makanya, tidak ada salahnya untuk memperoleh waktu tidur yang lebih lama sedikit kerana menambah waktu tidur membuatkan nafsu makan lebih terkawal.
3. Atur mood agar selalu dalam keadaan sedar
Sentiasa sedar ialah kunci untuk mendapatkan tubuh idealmu. Pastikan anda menyedari setiap makanan yang anda ambil dan fokus ketika memilih makanan yang sihat sesuai dengan sasaran anda. Hindari makan sambil mengerjakan hal lain atau ketika emosi melanda. Soalnya, ketika itu anda cenderung untuk makan berlebihan. Untuk melatih hal ini, luangkan waktu beberapa minit setiap pagi untuk duduk tenang dan fokus pada ritma nafasmu.
4. Ubah cara anda ke tempat kerja
Kalau anda biasa ke tempat kerja menaiki kenderaan , cuba ubah ke cara yang lain. Antara lain, dengan berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam. Satu kajian mengatakan, mereka yang menggunakan cara selain dengan kendaraan awam memiliki peratus lemak tubuh yang lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang ke mana-mana menaiki kereta atau motor.
5. Pilih menu sarapan yang kaya protein
Pastikan menu sarapan anda mengandungi cukup protein. Protein memerlukan waktu lebih lama dicerna, sehingga membuat anda kenyang lebih lama. Hal ini disokonh oleh penelitian yang dilakukan oleh ilmuwan dari Biofortis Clinical Research. Mereka meneliti 35 orang wanita dengan menu sarapan yang berbeza-beza. Hasilnya, wanita dengan sarapan kaya protein tidak mudah lapar dan mengambil kalori lebih sedikit pada ketika makan tengah hari.
6. Tambahkan dengan sedikit aktiviti fizikal
Buat anda yang mengidamkan tubuh langsing, aktiviti fizikal jelas penting. Bersenam di pagi hari bukan hanya meningkatkan metabolisme tubuh sepanjang hari, tapi juga buat anda tidak mudah terliur dengan makanan enak yang kurang sihat. Aktiviti fizikal juga tidak perlu terlalu berat, berjalan kaki selama 45 minit sudah cukup. Anda bakal merasa lebih aktif.
7. Biar lebih sihat dan terkawal
Waktu pagi memang jadi waktu yang asyik untuk mengunyah. Dari membeli jajan yang tidak baik untuk kesihatan alihkan kepada makanan yang sihat seperti buah-buahan dan kacang-kacangan. Sesuai juga buat dibawa ke tempat kerja jika rasa untuk mengunyah.
Lakukan kebiasaan-kebiasaan di atas mulai dari sekarang supaya ia memberi perubahan buat tubuh anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sampai di rumah terus mesej padahal baru saja jumpa. Itulah yang selalu kita alami dengan pasangan kita. Kedua-duanya sibuk bekerja dan mencari rezeki untuk membina masjid yang baru sahaja di bina.
Memang seronok dapat berhubung dengan tersayang walaupun ketika itu mereka sedang bekerja. Tetapi hanya kerana zaman teknologi, anda perlu menghantar mesej setiap minit kepada pasangan anda. Secara tidak langsung mungkin kita telah menggangu kerja si dia.
Sebenarnya ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk merasa si dia sentiasa di hati. Fikirkan juga pada pasangan anda, mesti kedua-duanya faham. Ada cara yang lebih sweet dan comel anda boleh cuba. Jom lihat.
1.Tulis surat dan letak dalam briefcase/ Beg si dia
Wah, sejuk hati si dia bila dapat surat sebegini. Manalah tahu mungkin masa itu dia sedang stress kerana hal kerja, tiba-tiba terjumpa surat yang anda tulis. Itu boleh menaikkan semangatnya untuk melakukan kerja kerana teringatkan anda.
Tidak perlu hidangan yang terlalu berat dan susah. Buatlah yang memadai sahaja seperti makanan kegemaran. Letakkan di dalam bekal lauk dan hantar kepada pejabatnya untuk seperti waktu lunch untuk makan bersama.
Setelah penat seharian bekerja, malam adalah waktu anda patut bersama. Bawanya keluar makan malam di tempat yang istimewa supaya dia merasa di hargai. Bukankah itu lebih manis?
Tidak perlu mesej, tapi cukuplah mengambil masa 15 minit untuk menghubunginya, sekadar bertanya khabar , apa yang dilakukan hari ini, bagaimana hari anda berdua, mengenai kerja dan sebagainya yang ringan. Ia dapat mengubati rindu mendengar suara satu sama lain, lebih-lebih lagi jika anda terjebak dalam long distance relationship.
Daripada anda menganggunya dengan terus menghantar mesej, anda boleh menghantar gambar anda sendiri kepadanya ataupun selfie. Apa yang anda mahu hantar adalah terpulang kepada anda. Gambar seperti yang comel, kelakar, seksi, asalkan sesuatu yang membuatkan dia happy bila melihatnya. Jangan lupa selitkan mesej ringkas paling sweet atau gurauan senda.
Sumber : wanista
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!