Percaya atau tidak, sebenarnya kualiti diri kita akan menentukan kualiti pasangan kita. Seperti yang telah disebut dalam surah An-Nur, ayat 26:
“Wanita yang baik hanya untuk laki-laki yang baik, dan wanita yang buruk hanya untuk laki-laki yang buruk pula.”
Maka bila anda mahukan lelaki yang baik, anda perlu untuk menjadi baik terlebih dahulu kerana kualiti jodoh anda sebenarnya berdasarkan kualiti diri anda sendiri.
Jodoh itu bukan tentang siapa, tetapi bagaimana kita. Bila kita baik, Allah akan jodohkan kita dengan yang baik pula. Oleh itu, jangan mendamba yang baik tetapi jadikanlah diri baik terlebih dahulu agar yang datang kepada kita juga yang telah baik.
Perbaikilah diri, perbetulkanlah kekurangan dirimu agar yang datang padamu nanti adalah seseorang yang sentiasa menuju ke arah kebaikan. Hakikat jodoh takkan tertukar, takkan salah alamat dan takkan salah orang. Bila anda telah berubah ke arah kebaikan, maka yakinlah bahawa jodohmu nanti juga akan baik sepertimu.
Jadikanlah dirimu seorang yang berkualiti agar yang mendekatimu juga adalah seorang yang berkualiti. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang berkelas agar yang datang dekat padamu juga adalah seorang yang berkelas.
Berkelas dari segi apa? Dari segi agama, akhlak, ilmu, kebaikan dan kecerdasan otak. Bila anda melengkapi diri anda dengan ‘kelas-kelas’ ini, mereka yang mendekatimu juga nanti pasti bukan orang yang sebarangan dalam menjaga dirinya.
Terapkan segala kebaikan dalam dirimu, agar yang datang padamu nanti adalah seorang yang telah menerapkan segala kebaikan dalam dirinya. Allah takkan salah dalam menetapkan jodoh, maka bila anda telah berusaha menjadikan dirimu yang terbaik, yakinlah jodohmu nanti juga akan hadir dalam kalangan orang yang baik-baik.
Tak perlu gelisah dan resah kerana Allah telah menetapkan jodoh bagi setiap hamba-hambanya. Bersangka baiklah dengan segala percaturan yang telah Allah tetapkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI