Ramai wanita memilih menangguhkan usaha memulakan keluarga. Wanita (dan lelaki) mungkin ingin membina kerjaya, menjalinkan hubungan dengan pasangan yang sesuai, menjadi lebih stabil dari segi kewangan dan emosi atau salah satu daripada kombinasi faktor berkenaan.
Namun, ramai orang muda tidak sedar kesan umur terhadap kesuburan. Apabila wanita semakin matang, kebarangkalian kehamilan semakin menurun manakala kebarangkalian ketidaksuburan meningkat. Kesuburan lelaki juga menurun mengikut umur dan sperma yang dihasilkan berkemungkinan mempunyai kromosom tidak normal.
Peluang kehamilan mengikut umur
Apabila usia wanita semakin meningkat, ovulasi tidak lagi kerap dan jumlah telur yang berkualiti berkurangan dengan ketara, maka mereka semakin sukar untuk hamil. Kajian juga menunjukkan terdapatnya peningkatan kadar ketidaknormalan kromosom dalam kalangan wanita yang lanjut usia.
Keguguran dan komplikasi lain berkaitan kehamilan, termasuk diabetes gestasi (kencing manis ketika hamil) dan darah tinggi, lebih lazim berlaku dalam kalangan wanita berumur 35 tahun ke atas.
Penurunan kesuburan yang berkait dengan umur dan peningkatan kebarangkalian keguguran bermakna menangguh mendapatkan anak akan memberi lebih tekanan fizikal terhadap tubuh wanita dan menjejaskan kesihatan bayinya.
Ads
Ada juga wanita yang tidak inginkan anak langsung kerana dia (atau pasangannya, atau kedua-duanya) mungkin mempunyai masalah genetik (contohnya talasemia, sindrom Down) dan bimbang masa depan anak yang belum dilahirkan.
Bagaimanapun, sekiranya anda berfikir untuk memulakan keluarga tetapi mempunyai kebimbangan seperti yang disebutkan di atas, anda perlu pertimbangkan perkara berikut:
• Dapatkan pengetahuan mengenai peningkatan risiko ketidaknormalan kromosom dan jenis ujian yang ada untuk mengesannya. Seorang kaunselor genetik, pakar kesuburan atau pakar ginekologi boleh memberi maklumat terperinci dan membantu anda memilih ujian yang sesuai.
Ads
• Sekiranya anda menghidap masalah kesihatan (contohnya darah tinggi, diabetes, penyakit tiroid, obesiti), pastikan ia stabil dan terkawal sebelum memikirkan mengenai kehamilan. Bincang dengan doktor anda mengenai perkara ini dan bagaimana ia boleh menjejaskan masalah kesihatan yang sedia ada.
• Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil diet yang berkhasiat dan seimbang serta banyak bersenam.
Kemajuan dalam rawatan kesuburan dan pencapaian bidang teknologi reproduktif sejak kebelakangan ini juga memberi peluang kepada ramai pasangan mencapai impian mereka untuk mendapat anak dan memulakan sebuah keluarga. Sebagai contoh:
Ads
• Persenyawaan in vitro atau In vitro Fertilization (IVF) – proses apabila telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal dan kemudian embrio dialih ke dalam rahim.
• Permanian intrauterin atau Intrauterine Insemination (IUI) – sperma dimasukkan ke dalam rahim menggunakan peranti khas berdekatan dengan telur hampir pada waktu ovulasi.
• Suntikan sperma intrasitoplasmik atau Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) – dilakukan sebagai sebahagian daripada pusingan rawatan persenyawaan in vitro apabila satu sperma disuntik ke dalam sebiji telur menggunakan alat manipulasi mikro yang sangat halus.
• Penyimpanan krio – pembekuan tisu manusia (contohnya air mani, telur dan embrio) dan menyimpannya di dalam tangki yang direka khas untuk digunakan apabila pasangan membuat keputusan untuk mendapat anak.
• PGD & PGS – prosedur apabila embrio hasil rawatan IVF diuji untuk mengesan masalah genetik dan hanya embrio yang sihat dipilih untuk implantasi (dimasukkan ke dalam rahim).
Namun begitu, perlu diketahui anda mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil, melahirkan bayi yang sihat dan gembira ketika berumur dalam lingkungan 20-an dan awal 30-an. Sekiranya anda mempunyai masalah kesuburan, lebih awal anda berjumpa doktor, lebih mudah doktor mengatasi masalah kesuburan anda. Oleh itu, jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan bantuan pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita semua tahu Vaseline merupakan produk penjagaan kuulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai. Penulis ingin kongsikan rutin kecantikan penulis amalkan dengan menggunakan Vaseline. Sediakan sesi 10 minit sebelum tidur
1 bekas Vaseline Petroleum Jelly
1 losyen badan Vaseline
1. Kerap pakai maskara?
Penulis memang tidak boleh keluar rumah tanpa maskara, jadi memang setiap hari dan masa bulu mata penulis diselaputi dengan maskara.
Bila masa untuk menanggalkan maskara sedikit azab, terdapat dua tiga helai bulu mata penulis tercabut nangis. Itu maknanya bulu mata penulis mula lemah dan sedikit.
Solusi: Sebelum tidur, penulis ambil sedikit Vaseline Petroleum Jelly dan sapu nipis di helaian bulu mata. Jangan terlalu tebal, nanti melekit pula disekitar kelopak dan bawah mata.
Hasil: Bulu mata semakin lebat, tebal dan bila tanggalkan maskara memang jarang bulu mata tercabut. Paling best, helaian bulu mata penulis semakin lebat jadi pakai maskara sekarang pun satu coat pun dah cukup wow!
2. Biar tak berapa cantik, jangan siku buruk
Serius…ramai yang lupa dengan bahagian tersembunyi ini. Lagikan pada mereka yang sering mengenakan baju lengan panjang. Penulis dahulu pun tidak sedar yang bahagian siku penulis sangat kering dan hitam, sehinggalah penulis berjumpa dengan seorang kenalan yang muka dan mekap da bomb tapi siku failed!
Solusi: Seperti biasa, sapukan Vaseline Petroleum Jelly di kedua-dua belah siku anda. Sapu sehingga qulit menyerap produk.
Hasil: Bila bangun tidur esok paginya, memang rasa kuulit dibahagian siku lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu, anda akan dapat lihat qulit siku pun lebih cerah.
3.Lipstik lebih tahan lama
Peminat lipstik jenis matte dan gloss penulis syorkan untuk anda lakukan rawatan pelembab bibir dan skrub bibir. Bagi penulis yang setiap hari mengenakan lipstik matte memang padahnya bibir kering dan mengelupas akibat formula matte yang kadang kala mengeringkan bibir.
Solusi: Seperti biasa sapu Vaseline Petroleum Jelly di bibir selepas selesai semua rutin penjagaan wajah.
Hasil: Bila anda hendak pakai lipstik keesokannya memang mudah sahaja, bibir lebih lembut dan licin. Kesan pemakaian lipstik pun tahan lebih lama. Tak percaya? Cuba sendiri ya…
4. Melembutkan kutikel
Celahan kuku jari yang kering juga menganggu sehingga menyebabkan luka di jari. Selain itu, kulit jari yang kering juga boleh mengelupas sehingga terdedah kepada jangkitan kuman.
Solusi: Selesai sapu Vaseline Petroleum Jelly di bulu mata, siku dan bibir, terakhir sekali penulis usap lebih produk di jari dan kuku tangan. Seperti pakai losyen tangan sahaja… cuma cukup dengan sapuan nipis.
Hasil: Kutikel kuku lembut dan ya tidak kering lagi. Malah kuuulit dibahagian tampak lebih sihat.
5 Langkah terakhir sebelum switch off the lamp!
Kebiasaannya orang lain akan memakai losyen pada waktu pagi atau membawa sebotol losyen kemana sahaja mereka pergi. Tapi tidak pada penulis, jadi penulis menghabiskan 10 minit terakhir dengan menyapu losyen pada tangan, kaki dan leher. Itu sahaja masa yang penulis boleh luangkan untuk menghidrasi kembali qulit dengan losyen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat sebilangan isteri yang diminta untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah apabila disuruh suami. Suami membuat keputusan tersebut apabila kesukaran mencari pengasuh anak.
Namun, ada cabaran yang perlu anda tahu apabila menjadi suri rumah ini iaitu menjaga dan mendidik anak-anak yang kian membesar. Mari kita teliti apakah lagi cabaran lain yang harus ditempuhi jika memilih menjadi suri rumah.
1.Jam kerja yang lebih lama berbanding kerja di pejabat
Menjadi ibu atau bapa yang tidak bekerja memerlukan perhatian 24/7 setiap hari. Malah anda juga tidak mempunyai sebarang cuti tahunan, cuti sakit, dan tidak ada gaji mahupun bonus, tapi anda hanya diberikan wang nafkah dari suami dan wang perbelanjaan dapur setiap hari.
2. Penat dengan tugas rumah yang tidak pernah habis
Ramai orang menggangap suri rumah tangga tidak banyak kerja dan hanya melayan anak-anak saja. Lebih sadis, bila ada yang kata boleh goyang kaki setiap hari. Selain jaga anak, suri rumah tangga juga perlu melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, membersihkan rumah, seterika pakaian anak-anak yang bersekolah dan pakaian kerja suami.
3. Tidak boleh menikmati hidangan dengan rasa selesa
Apabila bersama anak kecil di rumah kemudian dia melihat ibunya makan atau minum, mesti mereka cuba mengganggu. Kadang-kadang, ibu terpaksa makan sorok-sorok supaya tidak dikacau oleh anak.
4. Mengurangkan kehidupan sosial
Oleh kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tugas menjadi suri rumah tangga maka anda terpaksa mengorbankan masa untuk bersosial bersama rakan-rakan anda. Namun anda selamat sebab sekarang ada Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp yang memudahkan pergaulan kalian dengan teman lain.
5. Sukar menyesuaikan diri apabila bekerja kembali
Tidak mudah untuk kembali bekerja dan sedikit sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru kerana anda perlu seimbangkan antara masa bekerja dan keluarga. Selain perlu meneliti semula kemahiran kerja yang sudah ditinggalkan dalam tempoh masa yang sangat lama kerana menjadi suri rumah tangga buat seketika cuma.
Sumber : The asian parent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah bertunang, maknanya anda dah buat satu ikatan perjanjian dengan seseorang, tak kisahlah sama ada sama ada dulu, dia yang datang melamar awak , atau awak yang datang melamar dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain.
Dugaan bertunang memang banyak. Seperti anda diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik, Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal.
Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan dihias oleh syaitan , lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya, Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan maka terdedahlah satu persatu aib iaitu penceraian dan sebagainya.
#1 Dugaan
Percayalah kebanyakan alasan putus tunang adalah dari perkara yang kecil seperti orang ketiga, cepat terasa dan tidak mahu bertolak-ansur. Iman dan nafsu tonggak utama untuk anda memastikan pertunangan selamat sampai ke hari besar. Bila berdua pasti akan ada perkara ketiga iaitu syaitan, ia akan lakukan apa sahaja untuk meruntuhkan jambatan untuk membina masjid baru. Beringatlah dugaan yang datang ialah kesan dari iman yang nipis dan lemah.
#2 Refleksi diri
Jangan terlalu cepat untuk membuat tohmahan. Kenapa ingin bersama dengan si dia buat selamanya jika anda tidak tahan untuk tempoh pertunangan? Anda punya masa yang panjang untuk berfikir dan perkara yang paling terbaik ialah berbincang dengan pasangan. Biar sama-sama mengenali kelemahan diri supaya dapat diperbaiki sebagai persediaan rumah tangga.
#3 Redha
Sekalipun hubungan pertunangan tidak dapat diselamatkan langsung cukup dengan mengenang jangan menjaja.Perkara ini bukan anda sahaja yang menanggung jadi bukan hati anda sahaja yang sakit kecewa. Jika anda percaya pada qada dan qadar pasti segala kesulitan hati dapat diserahkan dengan tenang. Lepaskanlah perkara yang pahit itu tak perlu lagi dipendam menjadi dendam.
#4 Move On
Bertunang adalah fasa yang paling rapuh sekali sebab itulah anda akan kerap kali mendengar ucapan ‘hati-hati bila berdarah manis’ kerana ia benar. Ringkasan tentang dugaan bertunang adalah datang dari sikap, tindakan, kelakuan anda sendiri. Tiada siapa yang paksa anda untuk mengeruhkan hubungan melainkan anda dengar nafsu godaan syaitan. Kalau anda tidak sanggup meredah dugaan dan menebalkan iman ketika bertunang jadi bersediakah anda untuk ke alam perkahwinan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!