Jodoh sampai di sini, pelakon wanita, Erynne Erynna, 27, mendedahkan ikatan perkahwinannya bersama Muhamad Afify Sazali sudah terlerai.
Perkahwinan Erynne Erynna Terlerai
Berita duka penceraian dikongsikan pemilik nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah itu menerusi Instagram miliknya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Jika dahulu pada tahun 2019 saya kongsi berita gembira telah berkahwin, kini dengan dukacitanya saya memaklumkan sudah bercerai.
“Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang ALLAH takdirkan buat kami, maka bercerailah kami atas izin-NYA.
Ads
“Segala puji bagi ALLAH. Sungguh, ini ujian yang amat berat. ALLAH menduga dan memberi ujian pada hamba hamba-NYA yang DIA sayang dan tidak akan menguji lebih daripada kemampuan,” titip Erynne.
Tak Benci Suami
Biarpun sudah membawa haluan sendiri, pelakon filem Congkak dan Damping Malam itu tidak membenci. Malah Erynne mengakui bekas suaminya ayah yang baik buat cahaya hati mereka.
Ads
“Pun begitu, bekas suami adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.
“Alhamdulillah Ya Rahman Ya Rahim. Dan kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada Medinah, memberikan kasih sayang yang sepatutnya, insya-ALLAH.
“To Muhamad Afify, thank you for everything. May ALLAH guide, ease, bless and protect you and our family always.
Ads
“Doakan baik-baik untuk kami sekeluarga ya. Kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,” titipnya.
Ada Anak Seorang
Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Muhamad Afify Sazali pada 17 April 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Medinah berusia tiga tahun.
Terdahulu, Medinah menderita penyakit duplex kidney dan selamat menjalani pembedahan pada tahun 2022.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular berita legenda dikir barat, Halim Yazid kahwin lagi dengan wanita berusia 21 tahun baru-baru ini di medsos.
Halim Yazid Kahwin Lagi
Dalam usia 64 tahun, siapa sangka pelantun lagu Anak Tupai direzekikan jodoh lagi yang mana beza jarak usia pun 43 tahun. Namun ini bukan satu halangan buat Nurul Farhana Asyikin, 21, menerima Halim Yazid.
Diijab kabul pada 8 November 2022, wanita itu tulus menerima Halim yang merupakan bapa kepada lapan cahaya mata.
Kenal Di Media Sosial
Menurut Halim yang merupakan pesara Universiti Malaya, percintaannya Nurul Farhana bermula apabila wanita itu pernah menjadi pengasuh anak sepupunya. Hubungan itu lebih erat selepas masing-masing berkenalan di laman sosial.
“Isteri berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun dia masih muda tetapi dia tetapi tahu lagu-lagu dikir barat yang saya nyanyikan,” katanya.
Perkahwinan Direstui Isteri Pertama
Pendikir barat yang berasal dari Kampung Changgai, Pasir Puteh itu menzahirkan kesyukuran perkahwinan poligami direstui isteri pertama. Namun, kedua-dua isterinya itu tidak pernah bertemu biarpun tinggal dengan jarak tiga minit sahaja di Salak Tinggi, Sepang.
“Isteri pertama dan kedua tidak pernah bergaduh dan tidak berbaik, mereka tidak berjumpa dan memang tidak bergaduh,”ujarnya yang menyambut kelahiran anak pertama bersama Nurul Farhana enam bulan lalu.
Kisah pasangan berbeza usia Halim dan Nurul Farhana menjadi perhatian para peminat. Rata-rata mendoakan agar mereka berbahagia.
Pelakon Julia Farhana Marin selamat bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Difahamkan, pasangan itu selamat diijab kabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Disember lalu.
Pasangan pengantin teruja berkongsi hari bahagia mereka bergelar suami isteri. Dalam masa sama juga mereka meminta agar semua warga maya mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina.
Berikut perkongsian Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dilaman Instagramnya.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT buat semua.. Alhamdulillah sesi Akad Nikah (Ijab Kabul) saya dan juga isteri @juliafarhanamarin telah selesai dan berjalan dengan lancar.
Di sini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan di atas sebab sesi akad nikah ini hanya di hadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan Nya hingga ke jannah.
Juliana juga turut berkongsi kegembiraannya bergelar seorang isteri dilaman Instagram.
Assalamualaikum everyone,
I would like to share I am officially a wife to @drchehafiz and these are unofficial photos of our solemnization day with both sides of the family but mostly just the two of us for this announcement. We would like to apologize to everyone for the late announcement, to friends, our media friends and everyone who were not aware of our wedding because we wanted a very private gathering with only family members. Our sincerest apologies.
My husband and I would like to humbly request for everyone’s kind doas as we embark on this journey as a married couple. Thank you everybody.
Bukan mudah bergelar jurusolek diraja kerana gaya solekannya ada cara tersendiri selain terikat dengan protokol. Selalunya kita akan melihat golongan bangsawan atau kerabat tampil dengan solekan ringkas dan sederhana namun tetap terserlah serinya.
Datin Saidatulnisa bersama Sultanah Nur Zahirah.
Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang juga kakak kepada ratu rock Ella. Beliau sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 57 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.
Datin Saidatulnisa yang merupakan kakak kepada ratu rock negara, Ella.Datin Saidatulnisa (kiri) bersama Sultanah Nur Zahirah dan Datuk Radzuan Radziwill.
“Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen. Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.
Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya. Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.
Datin Saidatulnisa juga tersohor di kalangan pengantin Brunei.
Saya tidak memilih, cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama. Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.
Bersama suami tercinta.Adik beradik Datin Saidatulnisa. Cantik dan awet muda semuanya!
Saya mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu. Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.
RAHSIA SOLEKAN YANG DIAMALKAN
Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘less is more’.
Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita.
Kredit Foto: Instagram @saidatulnisaaminuddin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!