Kalau kita isteri yang baik, kita tengok suami pegang penyapu nak sapu lantai pun kita dah rasa bersalah gila…”

Kenapa kita perlu nk set dalam minda yang kerja rumah tu kerja isteri? Hakikatnya, itu memang kerja suami kan…TAPI isteri yang baik akan buat kerja tu untuk suaminya…

Perkahwinan Itu Satu Perkongsian, Jadi Tak Perlu Rasa Bersalah Kalau Suami Pegang Penyapu

Then isteri juga boleh cakap…
“Kalau kita suami yang baik, kita tengok isteri pergi kerja, mengadap jem, hantar anak, ambik anak, banyak kerja ditempat kerja, kena marah lagi ditempat kerja, kita mesti rasa bersalah gila sebab dia kerja untuk tolong kita”

Perkahwinan itu satu perkongsian…tak salah rasanya suami pegang penyapu…pegang mop…sidai baju, lipat baju, memasak dan sebagainya…isteri tak perlu untuk rasa bersalah akan hal ini…tolong isteri buat kerja rumah itu sunnah…Rasulullah SAW selalu tolong isterinya

Please dont draw a line between what suami need to do and what isteri need to do…

Dalam rumahtangga, no boundaries, kita kena complements each other…lengkap melengkapi…ada tanggungjawab bersama yang perlu dipenuhi…

Tak perlu letak smuanya dibahu isteri…

Perkahwinan Itu Satu Perkongsian, Jadi Tak Perlu Rasa Bersalah Kalau Suami Pegang Penyapu

 

Ads

KERJA-KERJA DI RUMAH, TANGGUNGJAWAB SIAPA? SUAMI ATAU ISTERI?

Assalammualaikum ustaz, saya nak bertanya ada ke hadis or hukum yang mengatakan bahawa kerja kerja dirumah adalah sebahagian dari tugas suami.

Niat saya bertanya ni bukan nak suruh suami saya buat semua kerja rumah, selepas bersalin anak sulung ni, saya dapati kondisi badan saya tidak sebagus dulu, saya mengalami keletihan yang berpanjangan, adakala saya xmampu menjalankan tugas2 dirumah dengan sempurna.

Bila saya minta bantuan suami, mesti berakhir dengah pergaduhan dan suami selalu mengatakan bahawa tugas2 dirumah ini adalah tugas isteri.

Selain itu suami selalu mengatakan supaya saya menunjuk kan bukti hadis atau hukum yang menyatakan secara specifik bahawa tugas tugas rumah adalah tugas suami.

Saya bukan nak memaksa dia melakukan kerja rumah, saya cuma mahu sedikit sebanyak dia membantu meringankan sedikit.

Ads

Harap ustaz hide profile saya. Kalau ustaz tidak update kat fb ustaz, harap ustaz jawab la soalan saya kat mesengger ni pon tak apa, saya cuma mahu jawapan dari org yang lebih arif untuk lebih memahami.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Sesungguhnya tugasan di rumah adalah tugasan bersama suami dan isteri.

عَنِ الْأَسْوَدِ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَة ، مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ ؟ قَالَتْ : ” كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha: Apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lakukan di rumahnya? Beliau menjawab: Baginda membantu berkhidmat menguruskan urusan keluarga. Apabila masuknya waktu solat, baginda keluar mendirikan solat [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 638]

Ads

عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّ فَاطِمَةَ ـ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ ـ شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنَ الرَّحَى، فَأَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم تَسْأَلُهُ خَادِمًا، فَلَمْ تَجِدْهُ، فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ، فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ. قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا، فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ ” مَكَانَكِ “. فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ ” أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ، إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ “.
‘Ali radiallahu menceritakan bahawa Fatimah ‘alaihassalam mengadu tentang kecederaan tangannya disebabkan dia kerja menggiling. Lalu dia pergi menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk meminta daripadanya seorang pembantu, tetapi baginda tidak ada. Lalu dia menyebutkan hal itu kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha. Apabila baginda pulang, ‘Aisyah pun memberitahu hal itu. Lalu baginda datang menemui kami ketika kami sudah berada di tempat tidur kami, lalu aku mahu bangun, baginda pun berkata: Tetaplah di tempat kamu. Lalu baginda duduk di antara kami berdua sehingga aku dapat merasai kesejukan kaki baginda pada dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kalian berdua sesuatu yang lebih baik daripada pembantu rumah. apabila kalian berdua pergi ke tempat tidur, ucapkanlah takbir sebanyak tiga puluh tiga kali, tasbih sebanyak tiga puluh tiga kali, dan tahmid sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini lebih baik untuk kalian berdua daripada pembantu rumah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 6318]

Dalam hal ini, sepasang suami isteri hendaklah masing-masing bijak melihat keadaan keluarga masing-masing.

Ada yang suami bekerja sehingga pulang lewat malam, dan isteri suri rumah. Pastilah kerja rumah akan lebih berada di bahu isteri.

Ada yang suami dan isteri sama-sama bekerja. Maka apabila di rumah, sama-samalah membuat kerja rumah. Contoh isteri memasak, suami mengemas.

Begitu juga, perlulah dilihat pada kemampuan dan kesihatan pasangan masing-masing. Ada yang mempunyai suami yang sakit, maka memang wajarlah si isteri yang lebih banyak membuat kerja di rumah. Ada pula si isteri yang sakit, maka suamilah pula yang lebih banyak membuat kerja rumah.

Setiap pasangan perlu melihat dan memeriksa apakah yang terbaik untuk keluarga masing-masing. Perkahwinan sepatutnya dilandasi dengan kasih sayang dan ehsan, dan bukan sekadar menuntut hak tetapi lupa kepada kewajipan dan tanggungjawab.

Wallahua’lam.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI