Kisah cinta pasangan muda Muhammad Farizuan Firdaus Mohd Aspar & Nabihah Ashikin Hashim akhirnya membawa hingga ke jinjang pelamin. Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan, di Batu Pahat Johor dalam suasana serba meriah. Bertemakan minimaLux dais / minimalist & luxury , dekorasi indah ditampilkan pada majlis bahagia kedua pasangan ini.
Terserlah indah dekorasi pelamin yang diilhamkan oleh Muhamad Firdaus Rubae Firmah Weddings. Manakala busana yang digayakan oleh pengantin ialah cetusan Wana firmahWeddings (persada firmah bridal gallery). Tidak sempurna si gadis tanpa genggaman bunga tangan sentuhan cheq annie firmah weddings. Tambah sempurna si gadis sebaik dirias oleh mua Aretul Saidatul Rabiah, nyata terserlah seri seorang pengantin.
Mula berkenalan
Saat ditanya bagaimana mula perkenalan keduanya, rupanya mereka telah lama mengenali antara satu sama lain iaitu sembilan tahun yang lalu sejak di bangku sekolah lagi. Sungguh syahdu. “ Saat pertama kali bertentang mata dari jauh, di dalam sebuah program anjuran sekolah. Kemudian menjadi bahan usikan dari kawan-kawan dan akhirnya membuahkan rasa cinta dan seterusnya menuju pada ikatan perkahwinan,”
Keistimewaan pasangan
Farizuan menganggap isterinya comel, baik hati, pemurah, suka membantu orang yang dalam kesusahan, kuat agama, hormat orang tua dan sangat peramah. Ciri-ciri ini yang membuatkan dirinya jatuh hati pada Nabihah. Bagi Nabihah ciri-ciri istimewa yang ada pada Farizuan iaitu berbadan sado , sangat memahami , pendengar setia yang baik , hormat orang tua , kelakar dan baik hati membuat hatinya tertambat pada Farizuan.
Detik lamaran
Mengingati kembali saat dilamar hati berbunga suka. “ Momen paling diingati ketika mula kenal main-main whats app . Kemudian dia datang merisik semasa hari raya, selepas empat bulan risik terus bertunang selama setahun empat bulan dan akhirnya terpateri momen indah pada 6/4/2018 buat saya dan pasangan di mana kami disatukan dan diijabkabulkan .. alhamdulillah dengan sekali lafaz kami sah menjadi suami isteri,”
Lokasi bulan madu
Kami memilih Cameron Highland untuk destinasi bulan madu kerana ia tempat yang dikelilingi alam semula jadi , sangat tenang selain suasananya yang sejuk sesuai untuk pasangan untuk bulan madu.
Foto : shafiqhelwi photography
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI