Jodoh itu ketentuan Tuhan. Muhammad Izzul Haziq Bin Zulkefli dan Nur Amirah binti Mohd Najmudin tidak pernah menyangka bibit perkenalan yang terjalin menerusi laman instagram akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Tidak mengambil masa yang lama untuk mengenali antara satu sama lain iaitu lebih kurang 10 bulan lantas keduanya sebulat hati untuk bertunang dan seterusnya bernikah.

Haziq akui sifat peribadi Amirah yang lemah lembut dan sejuk mata memandang membuatnya jatuh hati pada Amirah. Manakala bagi Amirah ciri yang disukainya iaitu soft spoken, sedap mata memandang dan kelakar ada pada Haziq. Maka ternyata keduanya saling melengkapi dan serasi bersama.

Mengingat kembali detik lamaran Haziq terhadap pasangan di lakukan secara spontan dalam kereta sambil menunjukkan cincin yang dibeli secara diam-diam (cincin merisik). Akui Amirah kala itu hatinya sebak dan terharu ( speechless) manakan tidak orang yang disukainya membuat kejutan sedemikian rupa, membuatkan hatinya terus cair.

Majlis akad nikah

Istimewanya 10 minit sebelum acara akad nikah, majlis pertunangan berlangsung di ruang Masjid Seksyen 7, Shah Alam. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan sebanyak 9 dulang. Haziq menyatakan antara hantaran istimewa yang diberikan kepada pasangan ialah cincin kerana ia simbolik permulaan percintaan

Putih dan soft pink mendominasi ruang majlis bersesuaian dengan acara yang penuh suci dan abadi. Hanya dengan sekali lafaz, Amirah sah menjadi suri hati Haziq. Kedua pasangan pengantin mengenakan busana rona putih salju manakala solekan dan dandanan rambut oleh @makup_mayangsari. Bagi melengkapi gaya si pengantin, bunga tangan digubah indah oleh planner @empayarbintang. Bagi mengabadikan kenangan majlis yang penuh makna itu, pihak pengantin menggunakan khidmat fotografi dari Kalamgraphy dan videografi dari MLS production.

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

 

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

Tema berbeza di majlis resepsi

Meraikan kedua mempelai, majlis resepsi di rumah pengantin perempuan berlangsung pada 20 Januari,  di Dewan Melati, Seksyen 7 Shah Alam. Bertemakan modern glam, dekorasi pelamin diilhamkan oleh empayar bintang. Tampil menawan keduanya mengenakan busana dari atelier by helmi dan diserikan oleh solekan dan dandanan rambut oleh fiqahafizi. Masih mengenakan bunga tangan sentuhan empayar bintang bagi menyempurnakan gaya pengantin.

Resepsi bagi pihak lelaki berlangsung pada dua tarikh 25 dan 27 Januari di D’Tahta wedding hall di i-city Shah Alam. Memilih serba putih sebagai tema, memberi aura kelembutan dan ketenangan pada majlis. Menurut Haziq simbolik di sebalik pemilihan tarikh resepsi pada 25 Januari di mana genapnya setahun perkenalan dia dan Amirah.

Dekorasi pelamin serba putih sentuhan exclusive white menata indah di ruang dewan D’Tahta. Tambah berseri apabila kedua pengantin memilih busana Kashfi Zulkufli Creations Embun Bridal untuk acara tersebut. Terserlah keanggunan dan seri Haziq dan Amirah apabila disolek dan didandan oleh jaja.lashes dan fiqahafizi. Bagi memastikan setiap momen diabadikan, haqy.co & castra.studio bertanggungjawab untuk fotografi manakala videografi diselenggarakan oleh MLS production & kunang kunang.

Bagi pihak perempuan, majlis diuruskan oleh perancang perkahwinan bagi memudahkan proses dan bagi pihak lelaki semua diuruskan oleh ibu bapa tercinta. “ Saya memberi penghormatan kepada ibu bapa untuk buat yang terbaik untuk kami,” ujar Haziq.

Haziq dan Amirah mengharapkan perkahwinan mereka ‘to be the best and last marriage’ dan keduanya memilih Maldives sebagai destinasi bulan madu kerana teringin untuk melihat keindahan pantai dan laut di sana.

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

 

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

 

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

 

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

 

Perkenalan Menerusi Laman Sosial Berakhir Di Jinjang Pelamin

FOTO : KOLEKSI PERIBADI MUHAMMAD IZZUL HAZIQ BIN ZULKEFLI

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI