Tarikh 21 May 2016 menjadi detik pertemuan antara Lt Ahmad Safuan Zulkarnain dan pasangan Nur Syafiqah Dato’ Dr Mohd Yunus. Lantas bibit perkenalan keduanya membawa hingga ke jinjang pelamin. Penyatuan pasangan ini  berlangsung dalam majlis akad nikah pada 27 Julai 2018 di rumah pengantin perempuan.

“Sewaktu itu TUDM sedang mengadakan Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM . Saya terserempak dengan suami sewaktu dia sedang sibuk menjadi LO (Liaison Officer) kepada salah seorang Pegawai Kanan TUDM. Kami hanya sempat bermain mata dari jauh. Saya sebenarnya terkejut dan tak sangka terjumpa suami di situ sebab baru beberapa hari, saya dan kawan  bergossip tentangnya dengan bekas makwe dia yang baru putus. Langsung tiada niat nak mendekati dia. Jadi saya minta kawan-kawan stalk dia dan kemudiannya saya add dia dia laman Facebook. Esok harinya dia ‘approve’ dan bermula perkenalan kami

Sejak itu, kami cuma kawan biasa tanpa mengharapkan apa-apa lagi sebab terlalu awal untuk kami buat keputusan. Sewaktu bulan Ramadan 2016, saya cerita tentang saya dan suami kepada ayah ibu. Ayah dan ibu memberi respon yang sangat baik dan kami mula  mengenali hati budi.  Sepanjang berkawan, adakalanya saya suka bergurau ‘tahun depan kita tunang eh’. Macam biasalah lelaki kan. Malas nak layan sebab dia masih dalam kursus asas penerbangan di Alor Star. Jadi saya cuba mendekati diri  dengan keluarga mertua. Sehingga  keluarga dia merisik pada 4 March 2017 dan kemudian mengikat tali pertunangan pada 1 Julai 2017.

Perasaan saat dilamar

“Saya terkesima sebab tidak sangka mimpi jadi kenyataan. Saya tidaklah mengharapkan sepenuhnya akan berlaku begitu cepat dan pantas, saya hanya berdoa dan redha apa jua yang berlaku,” jelasnya.  Syafiqah akui keistimewaan yang ada pada pasangannya adalah karakter, identiti dan sikapnya berlainan dengan apa yang disangkakan. Dia lelaki yang pelik dan misteri.

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

 

Majlis nikah dan resepsi

Majlis nikah bertemakan champagne gold kerana amat meminati warna tersebut. Sentuhan warna tersebut bersesuai dengan warna kulit dan nampak elegan dan juga simple.

Majlis persandingan di rumah, Syafiqah memilih rona pastel kerana dirinya seorang yang sangat sederhana dan inginkan sesuatu yang nampak simple tetapi eksklusif. “Gabungan pelbagai  warna bukan pilihan saya tetapi adanya warna dari tema pakai keluarga, sekretariat, saudara mara dan rakan-rakan serta suami berpakaian uniform berwarna ‘Navy Blue’, saya cuba untuk sesuaikan kombinasi warna-warna dengan warna busana saya. Warna busana saya adalah pastel peach white.

Manakala majlis resepsi di Bora Ombak pula, saya memilih warna yang sangat ‘outstanding’, ‘vogue’ dan eksklusif tetapi masih nampak sederhana, iaitu Rose Gold. Perkara pertama saya akan lihat adalah warna uniform pasangan. Tidak semua warna sesuai dengan warna tersebut. Paling banyak kita lihat adalah warna putih, terlalu normal dan saya seorang yang inginkan kelainan tetapi masih logik dan bersesuaian. Kedua-dua busana saya sepanjang majlis persandingan dan resepsi adalah sepenuhnya dari Jakel Textile. Saya percaya Jakel mempunyai ribuan kain  yang sangat menarik dan cantik. Saya amat bersyukur atas layanan yang diberikan dari pihak Jakel dari mula kami berurusan sehingga kini,” jelas Syafiqah.

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

Ads

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

Idea perkahwinan

Syafiqah akui banyak  buat survey dan suka menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan, terutama kawan-kawan yang berkahwin dengan Pegawai tentera. Dari situ bermulanya, angan-angannya dan pada awal 2017 mula mencari idea  pelamin.

“Saya sukakan pelamin yang besar luas, dekorasi yang simple tapi nampak eksklusif. Saya mempunyai saudara-mara dan sahabat handai yang terlalu ramai. Jadi saya inginkan kerusi yang panjang dan luas, ada ruang di belakang kerus, di hadapan pelamin mempunyai saggy carpet yang besar. Untuk resepsi di Bora Ombak, pelamin tersebut adalah dari pihak Bora Ombak sendiri dan dekorasi di pintu depan dewan adalah dari pihak sekretariat ayah sendiri. Semua idea dekorasi untuk dua-dua majlis adalah dari saya sendiri, ibunda tersayang, para sekretariat dan pihak yang berkaitan,” cerita Syafiqah.

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

Ads

 

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

Perkenalan Singkat Antara Syafiqah Dan Safuan Membawa Hingga Ke Gerbang Perkahwinan

Hantaran istimewa

Semua hantaran adalah istimewa kerana semua adalah hasil dari sentuhan Syafiqah sendiri sehingga saat terakhir. “Hantaran yang paling saya ‘adore’ & ‘amaze’ adalah cupcake dari Madylon Cupcake. Saya sendiri ‘customize’ setiap satu cupcake untuk pihak lelaki dan perempuan. Setiap satu cupcake tersebut mempunyai cerita di sebaliknya, it represents who am I.

Harapan

Sebagai seorang wanita amat mengharapkan seorang lelaki bernama suami yang dapat menjaga, mendidik, membimbing dan melindungi isteri  dan anak-anak seumur hidup. Semoga kami berdua dapat bertolak ansur dalam membuat keputusan, mampu sabar dan kuat dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran untuk lima tahun yang pertama.

Ads

Lokasi bulan madu

“Saya pernah usulkan tempat-tempat yang saya ingin pergi bersama suami. Antaranya, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Cameron Highland, Kundasang Sabah. Tempat-tempat tersebut indah  dan sekiranya ada rezeki kami akan ke Amerika Syarikat secara tidak langsung  dapat melawat adik yang sedang menuntut di Royal Military College, Canada.

Akad Nikah: Desa Pinggiran Putra

Tema: Champagne Gold ( nikah),  Shabby Chic (pastel peach white colour) -sanding, Blooming Dhalia (Rose Gold)- resepsi perempuan, The Garden – resepsi lelaki

Dekorasi pelamin: Capredoca & Something Borrowed by Nawal ( nikah) , Bora Ombak ( resepsi perempuan), Mnz Creative Wedding ( resepsi lelaki)

Busana: Tewah Butik, Alhumaira & Afrah Exclusive ( nikah),  Jakel Textile, Ariani Luxe & Afrah Exclusive (sanding), Jakel Textile, Alhumaira & Afrah Exclusive (resepsi perempuan), Mnz Creative Wedding (resepsi lelaki)

Solekan & rambut: fiezamohdhussain – nikah , sanding & resepsi.

Dura IbrahimMakeup- resepsi lelaki

Bunga tangan: gubahan sendiri (nikah& resepsi),  fiezamohdhussain ( sanding ), Mnz Creative Wedding (resepsi lelaki)

Fotografi: Silverline photo Malaysia & PR TUDM

Videografi: Silverline photo Malaysia & PR TUDM

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI