Kalau ikutkan adat perkahwinan, memang boleh bersusun cincin di jari. Mana tidaknya, dari awal merisik, bertunang dan bernikah semuanya ada cincin. Mewah juga rasa tapi perlu ke majlis merisik tu?

 

Sama ada ia relevan atau tidak, ia bergantung kepada tahap perkenalan anda dengan bakal pasangan. Anak muda zaman kini sudah pun berkenalan terlebih awal dengan pilihan hatinya. Maka, merisik dirasakan tidak perlu dilakukan lagi dan terus ke fasa pertunangan atau digabungkan sekali.

 

Namun, ada juga yang masih mahu berpegang pada adat dan ingin merisik terlebih dahulu. Atau pun, merisik dilakukan kerana ia adalah proses perkahwinan yang dirancang oleh kedua ibu bapa dan si anak bersetuju untuk bertandang dan berkenalan dengan pilihan ibu ayahnya.

 

IKLAN

Merisik dari perspektif ajaran Islam

Anda pernah tertanya-tanya tak tentang apa pula pandangan Islam terhadap majlis merisik? Sebenarnya, dalam ajaran agama kita, proses merisik tidak disebut secara khusus.

Yang ada diajar adalah tentang proses peminangan dan pernikahan. Namun, merisik masih lagi satu adat yang baik untuk diteruskan.

IKLAN

Ia kerana proses awal ini membolehkan kita tahu sama ada si perempuan sudah bertunang atau tidak dan sekaligus membantu kita untuk tidak melanggar syariat agama, iaitu untuk tidak meminang wanita yang sudah bertunang.

Cukup cantik dan manis sekali adat merisik ini, kan?

Kalau Nak Kahwin Ikut Adat, Bersusun Cincin Di Jari. Boleh Skip Adat Merisik Kot!

IKLAN

 

Isi kandungan perbincangan ketika merisik

Haa…untuk memudahkan lagi urusan merisik anda, kami turut sediakan isi kandungan atau susun atur perbincangan untuk anda buat ketika majlis bertandang nanti.

Dengan senarai panduan ini, anda tidak perlulah berasa kekok atau malu kerana tidak tahu nak cakap apa. Ikut sahaja panduan ini, pasti urusan merisik berjalan lancar!

Duduk dan bertanya khabar kedua ibu ayah.
Memperkenalkan ahli rombongan keluarga lelaki dan perkenalkan ahli keluarga wanita yang menyertai perbincangan.
Memperkenalkan si teruna (bakal pengantin lelaki) dan si dara (bakal pengantin perempuan). Berapa umurnya, kerja apa, tinggal di mana, dan sebagainya.
Menyatakan hasrat merisik. Ketika ini, molek sekiranya wakil pihak lelaki memulakan dengan pantun dan dibalas oleh keluarga wanita.
Bertanya secara jelas sama ada si dara sudah berpunya/bertunang atau tidak.
Keluarga wanita membalas dengan pantun dan menyatakan sama ada menerima atau menolak lamaran lelaki.
Sekiranya lamaran diterima, wakil lelaki iaitu si ibu atau ibu saudara akan menyarungkan cincin tanda/belah rotan kepada jari manis si dara.
Selalunya, selepas perbincangan selesai, keluarga perempuan akan menjemput para rombongan untuk menjamu selera.
Tradisi merisik, tradisi yang indah
Jadi, macam mana? Membantu tak fakta-fakta penting yang kami kongsikan di atas ini? Diharapkan artikel ini telah membantu anda untuk lebih memahami tentang adat Melayu yang indah ini, dikenali sebagai adat merisik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI