Pesan Dato’ Azizulhasni Awang, bila sudah berumah tangga, suami kena guna romantik pada tempat dan waktu yang betul. Bukan buat setiap masa dan tayang sana sini.
Maklumlah, zaman sekarang semua orang post di medsos. Nak buat kenangan katanya, namun betul ke tindakan ini?
Okay jemput baca perkongsian dan padangan “The Pocket Rocketman” ini berkenaan hubungan suami isteri yang sebaiknya.
Pesan Dato’ Azizulhasni Awang
Sejujurnya saya ini bukanlah romantik mana pun. Kalau nak ikutkan, saya ini komando punya style. Tegas, keras dan hati kering. Pada kebanyakan masa saya cuba juga untuk imbangkan dengan kelembutan dan tolak ansur terutamanya bila dengan anak-anak. Akan tetapi ada juga waktunya bila mana komando tu terlebih-lebih isipadunya.
Ads
Isteri saya ni selalu juga cakap nak itu nak ini, bagi macam-macam hint sampaikan dia selalu juga cakap saya ni tak romantik. Saya pekakkan telinga je lah bila kena sound macam tu. Sebab orang lelaki kan penyabar dan lebih bijak.
Seperti acara Keirin, kita kena ada perancangan yang teliti dan penuh dengan taktik untuk menewaskan pihak lawan. Jadi, dalam soal ini, pada percaturan saya, kalau kita selalu sangat over romantik, effect dia akan berkurangan. Tak payah pergi jauhlah, dalam penulisan pun tanda seru (!) hanya digunakan pada waktu yang tertentu sahaja. Kalau! Kita! Guna! Terlalu! Kerap! Dia! Akan! Jadi! Sakit! Kepala! Pulak! Kan?!
Ads
Walaubagaimanapun, we have to give credit when it’s due. Bila sampai waktu dan ketikanya, baru lah saya melakukan henjutan. Bagi saya, it’s all about timing. Bila henjutan dilakukan tepat pada waktunya, pihak lawan tidak dapat mengejar dan tidak sempat untuk memotong kita di garisan penamat, terus kita menjadi pemenang. Faham? Tak faham juga ke?
Guna dan Keluarkan Pada Waktu yang Tepat
Ads
Baik, bila sampai waktu dan ketikanya, saya akan keluarkan sifat romantis tu. Bukan tak ada, tetapi orang lelaki ni lebih gemar simpan romantik dia dekat hempedu. Bila romantik itu digunakan pada tempat dan waktu yang betul, maka effect dia akan jadi berganda-berganda. Barulah hati si isteri berbunga-bunga. Senyum pun sampai ke telinga. Percayalah nanti si isteri mesti akan bagi ungkapan “romantik juga you ni erk”. Tips saya, bagi jelingan maut, sengetkan sebelah je mulut dan jawab “I malas nak tunjuk je” sambil angkat kening dua kali.
Akan tetapi ada beda antara romantik dan kewajipan. Romantik tu benda yang si suami boleh play around ikut citarasa. Tetapi kewajipan adalah benda yang telah termaktub dalam hukum. Satu lagi perkara yang penting saya nak kongsi berdasarkan pengalaman peribadi sendiri. Kita ni janganlah nak berkira sangat dengan isteri. Insan yang jaga makan minum kita, mendidik dan besarkan anak-anak kita dan sebagainya. Kalau kita buat semua ini kerana mencari keredhaan Allah swt, nescaya Allah akan melimpahkan dengan pelbagai kebaikan di dunia dan akhirat.
Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah 261).
Menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasangan dan menjalin kasih agar hidup menjadi lebih sempurna. Namun, adab-adab ketika bercinta perlu dijaga supaya tidak membawa perkara yang dilarang dalam islam. Sebab itulah ada sesetengah ulama mengatakan bahawa bercinta itu adalah haram.
Pentingnya adab dalam menjaga hubungan bercinta tidak boleh dipandang remeh. Setiap pasangan yang sedang hanagt bercinta mahupunyang sedang belajar untuk bercinta perlu tahu mengenai adab-adab bercinta dalam islam.
Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan adab-adab yang harus dipraktikkan dalam hubungan percintaan khusus buat mereka yang belum berkahwin agar hubungan yang dijalin terjaga dan dijauhi dari perbuatan yang dikeji oleh Allah.
MENGHORMATI DAN MENGHARGAI DIRI MASING-MASING
Jagalah diri dan maruah agar tidak memburukkan nama baik keluarga dan agama. Dalam kata erti lain, tidak membenarkan diri berduan-duaan dengan kekasih kerana wujudnya orang ketiga iaitu syaitan. Di samping itu, tidak perlu berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat pasangan. Sebaiknya, sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku anda.
MENJAGA BATAS PERGAULAN
Menjaga batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan anda seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Anda harus sedar dan berasa malu kerana masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
SENTIASA BERDOA
Berdoa dan menunaikan hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
RESTU KELUARGA
Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa memainkan peranan denagn memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH
Sentiasa melakukan solat istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaanya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.
Sekiranya anda bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan kea rah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda. Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada Kerosakan Rahim Di Usia Muda.
1.Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanitaumur 40-an. Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
2.Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim. Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
3.Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkan anak tanpa gangguan. Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
4. Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan ada risiko. Berwaspada!
5. Jika Anak-Anak Gadis Mengalami Senggugut, Gangguan Perdarahan Dan Edaran Haid, Elok Buat Ultrasound Scan Perut Untuk Kesan Masalah Peranakkan Dan Ambil Langkah-Langkah Awal Untuk Mengawal Dan Mencegah kerosakan rahim.
6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.
Wanita dan haruman tidak dapat dipisahkan, bagaikan isi dan kuku. Pelbagai pendapat tentang peribadi seseorang itu dengan wangian. Jika si pemakai gemarkan bau yang kuat ia dikaitkan dengan sifat yang lasak dan berani, haruman yang sedikit manis sering menjadi pilihan untuk wanita yang lemah lembut. Manakala yang gemarkan bauan yang agak romatik dan sophisticated pula sesuai dengan wanita yang lebih berdikari serta mempunyai ciri elegan.
Apa sekali pun tanggapan terhadap pemilik dan pengemar minyak wangi ini tidak menjadi masalah, kerana minyak wangi amat penting untuk melambangkan keperibadian seseorang itu. Jika keluar melangkah ke luar rumah tanpa sebarang semburan tidak sah dan tidak lengkaplah peribadi seseorang yang bergelar wanita itu
Selain dandanan rambut, solekan, busana dan aksesori, memilih haruman juga penting buat ratu sehari menjelang hari bahagia. Haruman yang dipilih mampu membuatkan ratu sehari tampil lebih anggun dan berkeyakinan tatkala berdamping bersama suami. Pesona Pengantin senaraikan tip memilih haruman buat bakal pengantin.
Jika memiliki minyak wangi yang benar-benar anda suka dan mahu memakainya pada hari bahagia, pastikan pasangan anda turut menyukainya.
Jika keluarga atau sahabat menyarankan beberapa haruman, usah terima bulat-bulat apa yang disarankan. Pewangi mencerminkan siapa diri anda sebenarnya. Pilihan seharusnya di tangan sendiri!
Jika anda ingin mencuba haruman baru, pastikan ia sudah dicuba sekurang-kurangnya sebulan sebelum tibanya hari bahagia. Rancang ‘perfume date’ bersama bakal suami dan tanyalah pendapatnya terlebih dahulu.
Anda pasti mahukan minyak wangi yang berbeza untuk berbulan madu. Bertukarlah kepada aroma yang lebih sensual dan romantis dengan ramuan kasturi, kayu dan resin.
Pertimbangkan keadaan cuaca! Pada musim panas pilih haruman segar berasaskan bunga manakala kala hujan dan redup cuba haruman yang bersifat oriental, lebih hangat dan elegan.
Terdapat beberapa koleksi wangian yang pastinya menjadi pilihan anda di luar sana. ‘Tepuk dada tanya selera’. Wangian bukan sahaja untuk wanita, malahan ia juga untuk penting untuk kesegaran lelaki agar tampil segak bergaya. Koleksi wangian ini boleh dijadikan hantaran untuk pasangan tersayang.
Himpunan Wanita
Imitation Woman membawakan keharuman flora sebagai satu penghargaan untuk era yang tidak dapat dilupakan. Mengimbas kembali ke zaman Studio 54, perjalanan ini menembusi evolusi gaya hidup berbilang faset dengan konsep provokatif. Putik Anggur Hitam, Aldehid dan Likuoris yang membentuk haruman utama membawa anda mengintai zaman kegemilangan kelab malam di mana apa sahaja dan segala-galanya boleh berlaku.
Himpunan Lelaki
Imitation Man adalah hasil sentuhan Chypre dan Kulit yang menggambarkan era keberanian dan kebebasan. Cedrat dan campuran rempah ratus misteri menjadi pembuka tirai wangian untuk menghidupkan semula suasana warna-warni dan berbilang budaya jalanan. Kelembutan baldu dan vinil terserlah selepas mendapat sentuhan Violet dan Orris, membentuk keharuman yang melambangkan mood dan pesona era disco.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...