Rumahtangga mana yang tidak dilanda badai. Isu persefahaman, hala tuju mencari bahagia dan cara mencorak keluarga sering menjadi proses pembelajaran buat pasangan. Hari demi hari, kita belajar tentang pasangan. Kenal bertahun-tahun pun belum tentu kita kenal si dia sepenuhnya.
Dalam kisah perceraian ini, hanya kerana empunya kisah adalah pasangan selebriti, ia cepat diketahui umum. Bercakap tentang perceraian di antara Mizz Nina dan Noh Hujan, rata-rata peminat turut berdukacita tentang khabar diterima. Yang terbaik hanya mereka berdua yang tahu, dan Allah jua sebaik-baik perancang.
Dalam satu coretan dari Ustaz Abu Hurairah Roslan, ada beberapa perkara yang membuatkan kita mengubah persepsi tentang kisah Mizz Nina dan Noh Hujan.
Saya menulis nota ini lama dah.
Masa tu saya menonton sembang pasangan antara mereka. Lupa saya rancangan apa.
Namun, nota-nota dan kata-kata dari Noh dan Mizz Nina kekal menjadi panduan buat saya dan isteri.
Moga walau kini mereka telah berpisah, setelah 13 tahun berkahwin, namun tidak ada satu pun sangkaan atau apa-apa yang terlintas di hati saya, melainkan mereka berdua kekal adalah hamba Allah yang menjalani nikmat dan ujian juga.
1. Mereka berjumpa kerana muzik. Sama-sama minat dalam muzik. Mizz Nina dan Noh Hujan, dua nama dalam muzik.
2. Mizz Nina jatuh hati pada Noh bukan hanya sebab muzik walaupun dia akui Noh adalah pencipta lagu yang power. Tapi ketika Noh ajak Nina untuk join satu program sukarelawan Hari Sukan OKU semenanjung Malaysia.
3. Antara perkara yang mengejutkan Noh, sebelum mereka jatuh hati, dan berkahwin, adalah pada pukul lima pagi Nina mesej dan tanya awak di mana? Menunjukkan betapa nina sangat bersemangat untuk program sukarelawan.
4. Masa yang sekejap, mereka berbincang, bertanya, dan ambil keputusan untuk berkahwin. Sangat singkat. Sekejap je. Kerana mereka rasa berkahwin adalah perkara yang betul dan mereka mengikut rasa hati. Yakin Allah pandu dan akan bantu benda baik ni.
5. Antara perkara yang Noh paling suka pada Nina adalah dia cepat dan “no drama”. Sebelum tidur, apa yang tidak kena, tidak puas hati, diselesaikan dulu.
6. Kata Mizz Nina,
“Kita selalu mengharap pasangan faham tentang kita, sedangkan kita lupa yang rumahtangga adalah tentang kita belajar tentang dia. Bertanya. Berbincang. Bertukar fikiran”
7. Kata Noh,
“Kita tak boleh membaca fikiran pasangan, namun sepanjang kita hidup dengannya, pasti kita akan tahu apa yang dia suka. Apa yang tidak. Sebab itu rumahtangga itu perjalananya panjang. Bukan bahagia dah tadi, terus bahagia. Tidak! Ada lagi”
Sambung mereka berdua,
“Bila bercinta, kita tak selesai je disitu, kita boleh putus. Cari lain. Tapi kahwin tidak. Berlaku saja masalah, kita tidak boleh patah balik. Kita akan berusaha keras mencari solusi. Mencari ruang-ruang kebaikan”
Wahai Tuhan,
Rahmatilah setiap pasangan yang diuji. Mereka sedang melalui ujian yang paling pahit sekali. Kuatkan jiwa dan hati mereka.
Dan pesan ini khas untuk saya dan kita,
Jalanilah kehidupan rumah tangga kalian dengan baik dan saksama. Pada masa akan datang kita belum tahu apa yang boleh berlaku, sebab hidup rumah tangga ni kena sentiasa berusaha membaiki diri dari semasa ke semasa.
Hari ni kita maki hamun, bergelak ketawa hal rumahtangga orang . Esok lusa Tuhan uji kita, Tuhan uji pasangan pula.
Balik rumah bergaduh, anak anak jadi mangsa. Maka, jagalah lidah. Jagalah hati.
Titik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Situasi normal bila ada keluarga masuk campur urusan rumah tangga, tetapi jangan sesekali dibiar sampai makan diri dan keruhkan hubungan.
Realitinya, banyak kes keretakan rumah tangga berpunca daripada campur tangan pihak ketiga. Terutamanya nasihat dari keluarga terdekat! Jom cuba renungkan kejap…
Ya, tidak salah mendapatkan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga yang terdekat mengenai masalah rumahtangga.
Namun kalau boleh, minta pertolongan/nasihat hanya apabila anda benar-benar buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat masalah kecil, anda dan pasangan harus berbincang sebaiknya. Dikhuatiri jika mendapatkan nasihat dari keluarga atau orang lain, masalah kecil tersebut akan merebak menjadi masalah yang lebih besar.
Kena teliti dan bijak mengambil nasihat-nasihat yang diberi. Salah percaturan, porak peranda rumah tangga anda. Bukan semua nasihat boleh diterima bulat-buat. Kadang kala, nasihat tersebut baik untuk anda tetapi bukan kepada pasangan anda. Ini boleh dikategorikan sebagai nasihat berat sebelah.
Bertanya kepada individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Tetapi dapatkan nasihat dari individu yang anda rasa boleh menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
Individu sebegini dilihat mampu memberikan pandangan merangkumi masa sekarang dan juga akan datang.
Sebelum mendapatkan bantuan keluarga atau insan sekeliling, apa kata anda dan pasangan cuba sehabis mungkin berbincang mencari jalan penyelesaian. Jika boleh, hal rumah tangga harus diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga terutamanya keluarga terdekat.
Tidak salah mengambil pandangan nasihat orang ketiga bagi menyelesaikan masalah rumahtangga tetapi anda haruslah berhati-hati.
Sebagai ketua keluarga harus bijak menjalankan peranan sebagai ketua. Sekiranya si isteri asyik mengadu domba mengenai hal berkaitan rumah tangga anda, kemungkinan besar peratus untuk keluarga mertua masuk campur adalah tinggi.
Jika sesuatu pertikaian berlaku melibatkan campurtangan pihak lain, anda haruslah bijak mengatasi masalah ini. Jangan sesekali melibatkan emosi dalam percakapan. Terangkan secara tenang dan jelas kepada semua terutamanya pihak mertua/keluarga bahawa masalah tersebut seharusnya anda dan isteri sahaja yang selesaikannya.
Anda juga disarankan untuk menegur pasangan jika kerap melibatkan keluarga atau orang ketiga dalam masalah anda berdua. Tegur sebaiknya.
Hah, jadi selepas ini kalau ada ahli keluarga masuk campur tangan dalam rumah tangga, pastikan anda tahu macam mana nak selesaikan. Bukan hanya buat tak tahu yang lama-lama akan pudarkan perasaan cinta. Kuasai bab ini, okay!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajinamoto bukan sekadar digunakan sebagai bahan penyedap masakan tetapi juga boleh digunakan sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.
Tidak hanya itu sahaja, ajinamoto juga boleh dijadikan sebagai regim penjagaan kulit wajah. Melalui satu hantaran diTikTok, seorang pengguna TikTok, Bindia Tamayo06 telah berkongsi tip kecantikan memutihkan kulit wajah dengan menggunakan ajinamoto.
Bagi bakal-bakal mempelai yang rasa nak nampak kulit wajah putih bak salju, bolehlah cuba tp ini.
Dalam perkongsian video tersebut, masker ajinamoto disapukan pada kulit wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Hasilnya dalam tempoh 2 hari, ia mampu memutihkan kulit wajah.
Video itu telah tular dan ramai warga maya telah mencubanya. Daripada komen-komen yang diberikan, ramai yang mengakui petua tersebut berjaya memutihkan kulit wajah mereka.
Hasilnya kulit wajah nampak ‘glowing’. Jangan pakai terlalu lama, cukup pakai hanya 15 minit sahaja.
BAHAN:
1 sudu besar ajinamoto
Sedikit air
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Campurkan ajinamoto dengan sedikit air. Kacau rata.
2. Sapukan pada seluruh wajah.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Bilaslah dengan air bersih.
Anda juga boleh menggunakan ajinamoto yang dicampurkan dengan tomato kisar atau lobak merah. Terpulang pada anda.
KHASIAT MASKER AJINAMOTO PADA KULIT WAJAH:
1. Sebagai toner wajah.
3. Sebagai skrub wajah.
4. Sebagai pencuci kuli wajah.
5. Menghilang jerawat pada kulit wajah.
NOTA: BAGAIMANAPUN PETUA INI MUNGKIN SESUAI PADA SESETENGAH ORANG MENGIKUT KESESUAIAN KULIT WAJAH MASING-MASING. BAGI MEREKA YANG MEMILIKI KULIT WAJAH SENSITIF TIDAK DIGALAKKAN MENCUBA PETUA INI.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran ke- 64 suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di kediaman mereka dengan dihadiri keluarga terdekat.
Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti dilihat begitu mesra dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan suasana majlis ulang tahun tersebut yang diadakan secara sederhana.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan perubahan fizikal Datuk K. Perutnya kelihatan agak ‘buncit’.
Susulan itu, warga maya menganggap perubahan tersebut adalah salah satu bukti bahawa Tokti ‘pandai’ menjaga makan minum suaminya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod, Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang berusia setahun.
Mak-mak dulu selalu pesan, ‘nak jaga suami, jaga perutnya dulu’. Sibuk macam mana pun, kena ada masa bagi suami rasa air tangan isteri.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...