Berkait dengan gambar matanya lebam, penyanyi wanita, Shila Amzah berpesan kepada orang rama untuk memandang ringan isu penderaan fizikal.
Jangan Normalisasikan Penderaan Fizikal
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, menganggap perbuatan kejam sedemikian bukanlah sesuatu yang perlu dinormalisasikan.
“Saya tak faham mereka yang menormalisasikan penderaan dan memperlekehkan individu yang sedang berusaha untuk menyembuhkan diri mereka.
“Saya bimbang untuk pasangan, anak-anak, keluarga atau rakan-rakan mereka yang terpaksa berada bersama seseorang yang langsung tiada empati.
Ads
“Penderaan tidak seharusnya dinormalisasikan dan tak sepatutnya dipandang remeh,” tulisnya dalam hantaran Threads.
Shila Amzah Pesan, Pilih Pasangan Yang Tepat
Pelantun lagu Memori Tercipta itu turut memaklumkan hantaran tersebut dibuat semata-mata mahu memberikan kesedaran terhadap orang ramai tentang isu berkenaan.
Ads
“Saya kongsikan kisah saya untuk memberi galakan kepada mereka yang pernah mengalami penderaan pasangan sebelum berkahwin agar menjauhkan diri sebelum terlambat.
“Perkahwinan itu sukar tetapi untuk melepaskan diri selepas berkahwin lebih sukar.
“Ini bukan tentang jantina, lelaki atau perempuan, jangan kekal bersama pendera,” jelasnya.
Ads
Sebelum ini, anak kepada penyanyi ND Lala itu mendedahkan bahawa Pulau Pinang pernah menjadi tempat yang menghantui dirinya selepas berdepan dengan detik hitam satu ketika dahulu.
Jom D.I.Y hantaran dihari bersejarah anda! kami sediakan beberapa panduan ringkas bagi yang ingin menyerlahkan kreativiti anda melalui gubahan hantaran. Semoga berguna! Selamat Mencuba.
#1. Pemilihan dulang
Untuk yang sukakan simple mungkin boleh gunakan dulang kayu rustic, dulang besi segi4 dan dulang bulat tanpa kaki. untuk yg sukakan ekslusif gunakan dulang material cermin, kaca & bercorak diamond
#2. Warna
Hadkan tidak lebih dari 3warna, pastikan warna-warna dekorasi hiasan alas dulang bersesuaian (kontra) , ini bagi memastikan barang hantaran tampil memukau dan tidak nampak kusam.
#3. Hiasan
Beli bahan ready made seperti reben,bunga siap, alas berbalut , lagi elok kalau sewa je kan lebih jimat. Bagi yang ingin menggunakan bunga segar sebagai hiasan anda perlu pastikan span basah dicelup air terlebih dahulu serta dibalut siap sebelum digunakan. Awas! Jangan terlalu sarat ketika menghias dulang kerana dikhuatiri dulang menjadi berat dan mengakibatkan dulang jatuh ketika dibawa.
#4. Kemas dan rapi
Elakkan dari menghias dulang terlalu banyak perhiasan, terutamanya dulang-dulang yang memang sedia cantik dengan hiasan/ukiran.
#5. Saiz
Ukur terlebih dahulu saiz dulang yang dipilih bagi memudahkan barang-barang dapat diletakkan dengan baik dan kukuh , ia juga memudahkan penambahan aksesori jika ada ruangan pada dulang.
#6. Barang hantaran
Part yang ini sebenarnya buatkan bakal pengantin pening kepala dan bertambah excited. Tetapi pemilihan barang bergantung pada bajet, dibawah ni kami berikan contoh barang hantaran :
Ini adalah beberapa contoh dan anda perlu pandai mencari mengikut bajet anda! Biar murah yang penting dapat menarik mata yang memandang dan dapat menyerlahkan lagi hantaran tersebut.
Sumber : Supercun wedding rental
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak rumah tangga anak menantu aman bahagia, jangan cari salah menantu. Cuba terima kekurangan dan kalau ada salah, duduk berdua bercincang dengan elok.
Ada pasangan muda yang duduk bersama mentua. Mungkin untuk tempoh awal perkahwinan tidak menjadi masalah. Elok juga mentua memberi petua bagaimana nak menjaga anaknya. Tapi apabila sudah terlalu lama, maka akan berisiko untuk timbul hal-hal lain.
Ada mentua yang seperti juruaudit yang selalu membuat pemeriksaan mengejut cara menantu menguruskan anak dan cucunya. Memang niatnya tulus suci mahukan yang terbaik. Tetapi terus-terang cakap, siapa yang suka setiap hari diaudit?
Lebih mencabar apabila suami pula terpaksa menyebelahi ibunya. Oleh itu, elok jika disebut begini. Cukuplah sekadar enam bulan dan selepas itu berdirilah di atas kaki sendiri. Betul, banyak faktor penjimatan tetapi jangan lupa cabarannya juga besar.
Ini sebab lain timbulnya konflik:
Tanpa mengikut urutan keutamaan, saya melihat faktor cemburu kepada rakan pasangan, sering menjadi isu perbalahan antara suami dan isteri. Suami cemburu kepada rakan isteri dan isteri pula sakit mata dengan rakan suami.
Mengikut satu kajian, konflik yang berpunca daripada rakan pasangan merangkumi 7% pada pihak suami dan 8% pada pihak isteri.
Suka atau tidak suka, media sosial memang menyumbang kepada perkara ini. Bekas kekasih lama bertemu semula. Mungkin tidak secara berdepan dan sekadar dalam laman sosial tetapi sudah cukup menggetarkan hati pasangan.
Walaupun masing-masing menyedari status yang sudah berubah tetapi itu memang kerap menjadi penguji tegar kepada keyakinan pasangan sendiri. Oleh itu, pilihan keutamaan ada di tangan anda.
Bertengkar tentang hal dalam bilik tidur juga kerap menjadi isu. Ada isu pasal terlebih dan ada juga isu terkurang. Isu begini jarang berlaku pada pasangan muda tetapi lebih kerap berlaku pada pasangan yang boleh dianggap sudah berpengalaman lima hingga 10 tahun perkahwinan.
Perubahan hormon, kekuatan fizikal dan ayunan emosi yang berbeza menjadikan aktiviti di bilik tidur tidak seringkas seperti waktu berbulan madu dahulu. Waktu itu pantang tersentuh terus ‘menjadi’, tetapi sekarang tidak lagi begitu. Lelaki perlukan layanan fizikal tetapi isteri mahukan lebih perhatian emosi. Memang berlaga!
Masa bercinta semua nampak cantik dan elok. Setelah habis tempoh bulan madu barulah dunia sebenar rumah tangga bermula.
Cinta memang indah tetapi komitmen dalam rumah tangga itu perlu dibuktikan.
Hari ini ramai pasangan yang isterinya mempunyai pendapatan jauh lebih tinggi daripada suami. Ini adalah asid pekat yang pasti menguji kesabaran dan keikhlasan anda.
Tidak salah anda ikhlas membayar lebih kos pengurusan rumah tangga tetapi anda perlu lebih kebijaksanaan untuk berbincang tentang hal tanggungjawab suami. Suka atau tidak realiti ramai pasangan muda hari ini bercerai kerana faktor komitmen kewangan ini.
Jangan lupa yang terakhir ialah faktor cara mendidik anak-anak terutama apabila kedua-dua suami isteri berpendidikan tinggi. Ada pertengkaran disebabkan kelakuan anak-anak yang dianggap berpunca daripada sikap atau cara didikan sama ada si suami atau isteri di rumah. Suami salahkan isteri dan isteri menunding jari kepada suami kerana tidak peduli pasal anak-anak.
Keadaan menjadi lebih runcing apabila pasangan itu dikurniakan anak istimewa. Percayalah, hanya pasangan yang ada anak istimewa sahaja yang tahu betapa hebat cabarannya. Berat mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Masalah besar timbul apabila hanya ada satu bahu sahaja yang memikul dan yang satu lagi berlepas tangan. Oleh itu bersedialah!
Gelaran ‘anak mak’ sering dikaitkan dengan anak lelaki yang sangat rapat dan manja dengan ibunya. Itu sama sekali tidak salah. Namun, ada yang menganggap ia dapat menimbulkan konflik antara suami isteri.
Tapi, ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? mari kita lihat sebabnya.
1. Mereka gentleman
Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.
2. Mereka lebih peka dan teliti
Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.
3. Seorang yang romantik
Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.
4. Seorang yang bertanggungjawab
Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.
5. Hormat orang tua
Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...