Sebagai calon pengantin wanita, anda tentu ingin tampil sempurna di hari bahagia. Namun bukan bererti anda harus membelai rambut, kulit wajah dan tubuh dengan sejumlah pilihan perawatan dan ritual kecantikan yang belum tentu sesuai dengan anda.

Berikut adalah ritual yang sebaiknya dihindari sebelum hari bahagia.

Facial/Microdermabrasion/Chemical Peels

Pesan Untuk Bakal Mempelai, Elak Lakukan Perkara Ini Bila Majlis Dah Semakin Hampir

Facial mungkin perkara wajib yang dilakukan oleh calon pengantin menjelang hari bahagianya. Namun yang harus anda ingat ialah facial, peeling dan perawatan wajah lainnya akan ‘menyiksa’ kulit wajah anda sebelum menyempurnakannya. Kulit biasanya akan mengelupas dan memerah setelah melakukan perawatan tersebut. Untuk itu beri waktu yang cukup untuk pemulihan kulit dan jangan lakukan lagi beberapa minggu sebelum hari bahagia.

Potongan Rambut Baharu

Pesan Untuk Bakal Mempelai, Elak Lakukan Perkara Ini Bila Majlis Dah Semakin Hampir

Ads

Anda mungkin tergoda untuk mengubah penampilan dan gaya rambut dengan potongan yang anda inginkan. Tapi dua minggu sebelum hari bahagia mungkin bukanlah saat yang tepat untuk mewarnakan rambut anda dengan warna yang baharu. Bimbang warna dan potongan rambut yang dipilih tidak sesuai dengan anda.

Waxing

Pesan Untuk Bakal Mempelai, Elak Lakukan Perkara Ini Bila Majlis Dah Semakin Hampir

Hal pertama yang harus diingat, lakukan perawatan waxing dengan bantuan profesional. Paling lewat anda boleh lakukan rawatan ini sebulan sebelum majlis berlangsung.  Anda tentu tidak ingin bahagian tubuh tertentu tubuh anda tampak memerah, iritasi atau terluka akibat proses waxing.

Ads

Memicit Jerawat

Pesan Untuk Bakal Mempelai, Elak Lakukan Perkara Ini Bila Majlis Dah Semakin Hampir

Hindari kebiasaan dan godaan untuk memicit atau memecahkan jerawat dengan tangan. Meski anda tidak tahan dengan kehadiran jerawat besar pada wajah, biarkan ia sembuh sendiri. Jika dipicit, wajah akan menjadi merah selain akan menyebabkan jangkitan pada kulit wajah kesan daripada jari anda.

BACA: Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin

Ads

Pemutihan Gigi

Pesan Untuk Bakal Mempelai, Elak Lakukan Perkara Ini Bila Majlis Dah Semakin Hampir

Senyuman dengan gigi yang putih bersih tentunya menjadi titik fokus menarik bagi para juru gambar untuk merakamkan momen perkahwinan pasangan mempelai. Jika mahu melakukan perawatan gigi, anda boleh melakukannya dua minggu sebelum majlis berlangsung. Penggunaan bahan untuk memutihkan gigi mungkin akan menyebabkan anda berasa kurang selesa atau ngilu. Beri masa sekurang-kurangntya dua minggu untuk gigi benar-benar pulih sebelum majlis berlangsung.

Olahraga Yang Agresif

Pesan Untuk Bakal Mempelai, Elak Lakukan Perkara Ini Bila Majlis Dah Semakin Hampir

Sama halnya dengan diet, ramai bakal ratu sehari yang bermati-matian berolahraga demi dapat memakai gaun pengantin dengan ukuran yang lebih kecil. Namun program olahraga yang agresif dan terlalu berat boleh membuatkan anda mengalami kekejangan dan mungkin juga mengalami luka-luka kecil. Anda tentu ingin berjalan dengan penuh keyakinan tanpa menahan kesakitan ketika melangkah menuju ke pentas pelaminan bukan? Oleh itu, jangan sesekali mendera diri anda. Lakukan senaman ringan sahaja selain menjaga pemakanan menjelang majlis perkahwinan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI