Hubungan

Pesanan Buat Orang Ketiga, Jangan Bina Kebahagiaan Di Atas Air Mata Wanita Lain

Share

Tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran orang ketiga dalam sesebuah perhubungan pastinya boleh menggoyahkan rumah tangga yang selama ini bahagia. Walaupun mungkin kehadiran orang ketiga ini hanya seketika, tetapi ia tetap meninggalkan kesan di dalam hati isteri.

Pesanan buat orang ketiga, tak perlulah bina kebahagiaan di atas air mata wanita lain. Anda tentunya memahami perasaan seorang wanita yang diduakan oleh pasangan. Betapa sakitnya lebih-lebih lagi hubungan itu berakhir dengan penceraian.

Jom kita baca perkongsian oleh Firdaus Shakirin yang mungkin boleh membuka mata para wanita di luar sana.

Org ketiga, walaupun kehadiranmu itu seketika, tapi ianya cukup utk meretakkan dan memecah belahkan hubungan yang sedia ada…

Walaupun ianya tidak disengajakan, namun, kaca yang pecah tetap tidak akan sama walaupun dicantum semula…

Kehadiran yang seketika itu sebenarnya dah mencukupi untuk memisahkan seorang suami dan seorang isteri, seorang ayah dan seorang anak…

Menjadikan hubungan yang dahulunya sejuk menjadi panas…hubungan yang dahulunya rapat menjadi renggang…hubungan yang dahulunya mesra menjadi dingin…hubungan yang dahulunya bahagia menjadi derita…

Andai hari ini kamu adalah orang ketiga tersebut, maka fikir-fikirkanlah tentang apa kebaikan dan keburukan yang kamu akan bawa dalam kehidupan orang yang kamu suka tanpa sengaja itu…

Mendirikan mahligai di atas air mata orang lain itu menandakan anda seorang yang pentingkan perasaan dan kemahuan diri sendiri sahaja…

Berhentilah dari mempunyai perasaan terhadap orang yang dah pun menjadi milik org lain…

Sumber: Firdaus Shakirin

IKLAN