Ramai tentu akan menganggap makan petai ini sebagai makanan yang paling busuk dan tidak mengetahui manfaat sebenar petai ini. Sesetengah penduduk bandar yang telah terdedah kepada makanan moden, hasilnya berhadapan dengan pelbagai risiko penyakit.
Ini adalah berbeza dengan cara hidup penduduk kampung atau orang-orang kampung yang berhijrah ke bandar, jika tiada petai untuk dijadikan sebagai ulam, ia akan rasa sedikit ralat. Lebih-lebih lagi jika anda makan dengan nasi panas, kicap dan belacan. Menu ini sangat ringkas tetapi bebas daripada minyak.
Manfaat Makan Petai Buat Kesihatan
sumber internet
1. Awet muda
Orang asli dan orang-orang dahulu biasa percaya dengan makan petai, boleh membuat wajah kelihatan lebih awet muda. Malah dengan memakan petai sahaja, anda tidak memerlukan ubat dan rawatan yang mahal untuk penjagaan kulit wajah.
2. Mengurangkan tekanan stres
Pada masa yang sama, makan petai boleh membuat tekanan stres berkurangan. Ini adaalah kerana kandungan tryptophan yang terkandung dalam petai berfungsi memperbaiki mood anda.
IKLAN
3. Mengatasi anemia
Anemia mungkin berlaku jika anda kurang zat besi dalam tubuh badan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anda menjadi lemah, lesu, kurang bermaya dan rasa ngilu pada bahagian tulang. Oleh itu, petai adalah antara penawar kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi untuk mengurangkan masalah kekurangan darah atau anemia ini.
4. Mencegah serangan strok
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh The New England Journal of Medicine, penyelidik mendapati amalan makan petai dapat membantu mengurangkan risiko strok dan baik untuk kesihatan tubuh badan.
IKLAN
5. Kurangkan suhu badan
Selain untuk awet muda dan menambah zat besi, petai juga diiktiraf sebagai buah penyejuk badan.Lagi-lagi dalam musim yang agak panas seperti sekarang.
6. Menurunkan tekanan darah tinggi
Kandungan kalium tinggi pada petai tetapi rendah garam boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan menstabilkan denyutan jantung. Di samping itu, petai boleh mengurangkan gejala yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi seperti kerengsaan dan keletihan.
IKLAN
7. Melancarkan sistem pencernaan
Petai mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, serat dalam petai dapat menstabilkan sistem pencernaan sekaligus mencegah sembelit, sakit perut atau selesema.
8. Menghapus rasa senak sewaktu perut kenyang
Jika anda seorang yang selalu senak selepas makan, petai adalah ubat yang sangat berkesan. Ini kerana petai mengandungi antioksidan yang dapat mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.
9. Membantu anda berhenti merokok
Adakah anda mahu berhenti merokok? Apa kata anda cuba untuk mengamalkan makan petai. Kandungan vitamin B6, vitamin B12, kalium, dan magnesium yang terkandung dalam petai dapat membantu menghentikan tabiat merokok atau ketagihan merokok. Ia juga boleh mempercepatkan kesan pengeluaran nikotin yang memasuki badan.
Malam tadi telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon Fazura dan Fattah Amin di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Majlis yang turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti terdiri dari pelakon, penyanyi dan juga model.
Melihat Fazura yang cantik seperti permaisuri kayangan, nyata menyerlahkan lagi dirinya pada malam itu. Selain pakaian, dekorasi majlis tersebut, juga tidak ketinggalan mekap yang yang menaikkan seri empunya lagu ‘Sayangi Dirimu’.
Selain mekap, rambut Fazura di hias rapi oleh Ckayliow dan dua pasang dressnya pula direka oleh pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini. Fattah Amin pula di hias rapi oleh jurusolek, Rozlan Nassir.
Lepasni, admin percaya, mesti ramai yang jadikan mekap Fazura sebagai inspirasi kan?
Tahukah anda, selain mengandungi kandungan vitamin yang diperlukan untuk tubuh, buah ini mempunyai zat yang sangat tinggi dan kandungan gizi yang baik jika dibandingkan dengan epal atau buah-buahan yang lain.
Ia juga diperkaya dengan mineral seperti magnesium, kalium, zat besi, kalsium dan fosforus. Tambahan lagi, pisang mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang bertindak aktif sebagai neurotransmitter untuk melancarkan fungsi otak.
Apa yang menarik ialah menggunakan pisang dalam rutin kecantikan anda bukan saja dapat memberi keberkesanan yang ketara. Hakikatnya ia tidak mahal dan rejimnya mudah dilakukan di dalam keselesaan rumah anda!
Ini dia 8 manfaat pisang untuk kulit dan tubuh anda:
1. JERAWAT DEGIL
Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisinya dapat menenangkan kulit yang meradang selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu.
Tidak sukar untuk merawat kulit menggunakan kulit pisang. Caranya dengan menggosok kulit pisang pada kulit wajah. Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut. Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air. Untuk lebih berkesan, lakukan cara ini dua kali sehari dan lihat perubahannya.
2. HILANGKAN KEDUTAN
Seperti merawat jerawat degil, untuk pudarkan kedutan pada wajah, anda perlu gosok kulit pisang pada kulit dan biarkan semalaman. Jika tidak selesa dan rasa lekit, anda boleh biarkannya anggaran 30–45 minit. Kemudian cuci bersih dan ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.
3. KULIT CERAH & HALUS
Tampil cantik berkulit lembut dan sihat menjadi dambaan setiap individu, terutama wanita. Kandungan zat dalam pisang seperti vitamin B6, B, C, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi terbukti dapat meningkatkan lagi kecantikan kulit wajah anda.
Gunakan pisang sebagai bahan utama untuk membuat masker. Tak perlu belanja tinggi, dengan melakukan rutin ini dengan kerap, kulit anda akan tampil cerah, bersih dan putih. Bukan saja dapat mencerahkan kulit, tapi ia juga dapat membantu melembutkan kulit kasar dan kering.
Tidak sukar untuk membuat masker pisang, anda hanya perlu lenyek pisang sehingga halus dan campurkan satu sudu kecil madu, gaul rata. Selepas itu sapukan pada muka. Jika anda lakukan rutin ini secara kerap setiap minggu, hasilnya kulit akan lebih halus dan lembut!
4. TANGGALKAN SEL KULIT MATI
Kulit kotor dan berminyak antaranya berpunca dari sel-sel kulit mati yang terjerat pada pori. Atasinya dengan buah pisang yang dapat membantu menghilangkan kulit mati. Ambil pisang dan hancurkan sehingga lumat dan halus. Kemudian oleskan pada wajah dan biarkan seketika hingga ia kering. Lepas itu, bilas bersih dengan air.
5. MEMUTIHKAN GIGI
Dengan menggunakan kulit pisang bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar. Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih. Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi dapat dilihat apabila anda mempraktikan rutin ini secara kerap untuk dua minggu atau lebih. Mudah dan hasilnya pasti memuaskan!
6. KULIT GATAL & RUAM
Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah. Hasilnya, kulit akan kembali halus dan mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal.
7. REDAKAN SAKIT KEPALA
Percaya atau tidak, kulit pisang boleh merawat sakit kepala. Bagaimana caranya? Mudah saja. Kisar kulit pisang dan kemudian tempelkan pada dahi atau kepala anda dengan kain. Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala anda reda dan hilang.
8. UBATI LUKA
Jika terdapat kecederaan luka pada kulit, ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali. Pastikan anda menggunakan kulit pisang yang masih segar.
Semua petua kecantikan dan rawatan ini jelas mudah untuk dilakukan. Yang paling penting, ia juga murah. Selamat mencuba!
Bukan pengantin perempuan je yang kena nampak cantik di majlis perkahwinan nanti. Pengantin lelaki pon kena nampak kemas tau. Gayakan rambut anda dengan gaya ini supaya anda turut kelihatan kacak.
#1: Potongan ‘Slicked Back’. Potongan nipis di bahagian sisi dengan rambut. Bahagian tengah dibiarkan panjang sedikit. Jika selalu, rambut disapukan wax dan ditarik ke atas untuk dibiarkan mencacak, dengan stail ini, rambut ditarik ke atas dan serong sedikit.
#2: Pendek, dibelah tepi. Tidak perlu mencacakkan rambut anda, siat ke arah tepi sahaja. Jika zaman sekolah, mungkin orang akan panggil anda murid yang skema, tapi jika sekarang anda tentunya akan kelihatan kacak dan berkarisma.
#3: ‘Ivy League’. Mungkin kelihatan sedikit sama dengan stail rambut nombor satu tadi. Cumanya, untuk stail ini, semakin ke hadapan menghampiri dahi, rambut dibiarkan semakin tebal dan panjang.
#4: Potongan ‘Caeser’. Bahagian tepi rambut dipotong nipis. Rambut di bahagian atas kepala dipotong secara layered. Manakala rambut hadapan juga dijadikan ‘bangs’ pendek. Untuk kelihatan maskulin, anda boleh sikat bangs kecil anda kebelakang atau gayakan dengan gel rambut secara menegak, tapi jika anda mahu mengeluarkan sisi comel anda, anda sikat sahaja bangs anda ke depan.
#5: Stail ‘Brushed Up’. Untuk majlis resepsi yang mana anda tidak perlu bersongkok atau bertanjak, bagi pengantin lelaki yang sedikit urban dan mempunyai rambut yang sekurang-kurangnya sepanjang satu inci, anda bleh cuba menggayakan stail ini.
#6: Potongan ‘Businessman’. Rambut bahagian tepi dibiarkan pendek dengan rambut bahagian tengah dibiarkan panjang sedikit supaya boleh dibahagi ketika disikat tepi. Tentunya anda akan kelihatan macho di hari bahagia anda.
#7: Potongan ‘layered’. Potongan layered di semua bahagian. Potongan klasik, tapi evergreen.
#8: ‘Taper Cut’. Potongan ini agak popular zaman 90-an. Zaman Backstreest Boys, N’Sync, Westlife bertakhta dalam carta.
#9: ‘Indie Rock’. Masih di bawah pengaruh muzik indie rock? Ini mungkin stail yang anda boleh cuba. Tapi kalau zaman sekarang, model Burberry yang buat stail rambut macam ini.
#10: Potongan bertekstur. Stail ini sesuai untuk yang mahu kelihatan muda dan tidak kisah sangat jika kelihatan sedikit ‘messy’ tapi tetap macho. Stail ini lebih kurang stail Ashton Kutcher ketika zamannya berlakon 30 Rocks.