Kredit: Karma X Production

Banyak perkara yang perlu diuruskan bila majlis perkahwinan semakin dekat hingga menyebabkan badan menjadi penat dan bakal mempelai tidak sempat untuk memanjakan diri. Bayangkan bila atas pelamin nanti tetamu terkejut melihat wajah kita yang tampak penat dan kusam. Ibarat mimpi ngeri okay!

Nak jadi raja sehari mestilah mahu tampak cantik, segar dan berseri. Jadi, kami kongsikan kepada anda petua-petua yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri wajah pengantin.

1. 44 Hari Sebelum Hari Bahagia

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Makan kelopak mawar merah setiap hari menjelang 44 hari sebelum majlis. Amalkan untuk Nampak berseri-seri setiap hari.

2. 30 Hari Menjelang Hari Bahagia

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Jadikan rebusan daun sireh sebagai masker dan pencuci anda menjelang 30 hari sebelum hari bahagia tiba. Air rebusan sireh ini boleh elakkan jerawat dan ruam pada wajah anda.

3. Lobak Sebagai Masker Muka

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Lobak merah kaya dengan vitamin E boleh bantu anda hilangkan parut dan buat wajah tampak lebih berseri di atas pelamin nanti.

IKLAN

4. Hirisan Timun Sebagai Masker Mata

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Hirisan timun yang sejuk ini boleh menghilangkan lingkaran gelap pada bawah mata. Barulah mata tak nampak penat nanti.

5. Air Kelapa Tua Membantu Melembapkan Wajah

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Air kelapa tua ini boleh melembapkan kulit wajah dan buat wajah tampak lebih berseri.

IKLAN

6. Tidur Secukupnya

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Sesibuk mana pun anda, pastikan anda dapat tidur yang mencukupi terutamanya apabila menjelang 30 hari sebelum majlis.

7. Minum Air Putih Secukupnya

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Pastikan anda minum air putih sebanyak 2 liter sehari untuk memastikan anda sihat menjelang majlis nanti.

IKLAN

8. Pergi Ke Spa

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Menjelang 14 hari sebelum majlis, anda bolehlah pergi ke spa untuk memanjakan diri dan mendapatkan ketenangan supaya masa majlis nanti anda tampak lebih bertenaga dan berkeyakinan.

9. Ambil Suplemen

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Ambil vitamin untuk memastikan anda sihat dan tampak bertenaga sepanjang majlis berlangsung.

10. Pakai Wangi-Wangian

Nak Cantik Berseri Masa Kahwin? Cuba Petua Ni

Sentiasa pakai minyak wangi untuk meningkatkan keyakinan diri anda dan tampak semakin berseri pada hari bahagia anda.

Sumber: Awatona

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI