Pesona sang pengantin tidak akan lengkap tanpa sebarang aksesori yang mengiringi busana indah tersarung di badan. Pemilihan aksesori kepada tidak harus dipandang mudah. Perincian-perincian kecil ini mampu menaikkan seri pengantin, oleh itu pemilihan padanan aksesori kepala yang sesuai amat penting.
VEIL
Pemilihan veil sebagai hiasan kepala sememangnya sinonim dengan perkahwinan. Padanannya dengan gaun pengantin memberikan ilusi romantis kepada si pemakai. Kini veil bukan sahaja terhad kepada jenis yang menutupi bahagian muka sepenuhnya, cara pemakaiannya boleh diubah dengan meminimakan juraian veil yang menutupi bahagian muka.Veil yangdilayang kebahagian belakang sehingga mencecah lantai menjadikan si pengantin kelihatan bagaikan puteri raja.
IKLAN
MAHKOTA/TIARA
Semua wanita mahu kelihatan seperti puteri pada hari perkahwinan mereka, satu-satunya hari yang membolehkan anda memperagakan mahkota adalah pada hari perkahwinan anda. Mahkota ataupun tiara menjadi hiasan kepada wanita sejak berkurun lamanya, khas sempena majlis perkahwinan. Saiz mahkota/tiara perlu dititikberatkan sebelum diletakkan di atas kepada. Ramai yang beranggapan bahawa semakin besar tiara yang dipakai maka semakin gah mereka akan kelihatan, namun sebenarnya mahkota/tiara yang bersaiz kecil lebih kelihatan anggun,glamor dan menarik. Tatacara pemakaian tiara juga haruslah disertakan dengan dandanan rambut yang sempurna.
IKLAN
BUNGA SEGAR
IKLAN
Hiasan bunga-bungaan segar dikepala sememangnya menjadi pilihan ramai pengantin, warna-warna bunga yang segar memberi aura yang tersendiri. Antara bunga-bungaan yang menarik untuk disemat di rambut adalah bunga ros, bunga lily dan bunga Orkid. Bunga ros menampilkan sisi romantis si pengantin manakala bunga lily memberikan aura klasik. Tidak kiralah warna apa yang dipilih, bunga tersebut harus menepati dan sesuai dengan warna baju.
CEKAK RAMBUT
Pemakaian cekak rambut merupakan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anda, bakal pengantin. Cekak rambut memberikan sentuhan yang lebih ringkas berbanding mahkota. Dandanan rambut yang sesuai amat penting untuk memberikan look yang menawan. Cekak untuk perkahwinan diolah sedikit berbeza daripada cekak yang digunakan untuk pada hari biasa.
Memakai cermin mata hitam ketika bersanding bukan perbuatan suka-suka. Cuma biasalah, dalam norma masyarakat kita, memakai cermin mata hitam atau sunglasses selalu menyebabkan mempelai dilabel sebagai ‘poyo’. Kenapa?
Tahukah anda dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr Wilson, Psikologis dari University of London, memakai cermin mata hitam boleh meningkatkan keyakinan diri.
Cermin mata hitam membuatkan seseorang itu berasa dalam kawalan dan dapat melihat lebih banyak daripada merasakan dirinya dilihat.
Ini adalah logik buat seorang mempelai. Bersanding di hadapan orang ramai. Diperhatikan dan dinilai menyebabkan pengantin rasa kurang selesa. Apabila memakai cermin mata hitam, aksesori ini selain memberi gaya, ia membuatkan pengantin lebih tenang dan selesa berada di singgahsana.
Ada orang yang memerlukannya. So don’t judge!
Checklist jawapan lain kalau ada kawan-kawan tanya kenapa pakai cermin mata hitam ketika bersanding:
1. Selain unik dan kreatif berkaca mata hitam, kau hanya nak be yourself. Ok apa! Memanglah tetamu tak nampak mata, tapi senyuman lebar sampai telinga tu confirm diorang tau kau tengah bahagia.
2. Mata sensitif, taknak rosakkan gambar. Ketika beraraklah selalu terjadinya perkara ini. Matahari terlampau terik, jenuh mata terkelip-kelip. Apabila mata lari fokus, mulalah timbul gambar dengan wajah yang pelik-pelik. Tapi kan, this thing selalu happen pada lelaki, kenapa ya?
3. Cermin mata ada daya penarik peribadi seseorang individu. Memang sukar diterima alasan ini. Tapi itulah antara perkara yang disebut oleh Dr Wilson dalam kajiannya. Memakainya boleh jadi penarik untuk berlainan jantina.
4. Sebab ada kat hantaran masa bertunang, jadi gunakanlah. Buat apa simpan. Ini pun satu alasan brilliant.
Kalau diikutkan secara logik, Raja Sehari berhak untuk memilih untuk memakai atau tidak cermin mata hitam. Ini adalah hari anda, jadi be bold and different. Cuma time salam orang tua tu, bawa-bawalah buka cermin mata.
Tidak lengkap penampilan pengantin dengan padanan veil atau layah sebagai aksesori pelengkap busana di hari perkahwinan. Pemilihan veil yang tepat amat penting agar keseluruhan penampilan anda seimbang dan sempurna. Malah jika anda bijak memilih veil yang tepat, pastinya ia mampu menaikkan seri dan aura pengantin.
Jom kita lihat lapan pilihan veil yang boleh pengantin gayakan di hari perkahwinan.
1. BLUSHER VEIL
Blusher veil merupakan veil pendek yang mana kepanjangannya jatuh tepat di bawah bahu tetapi masih berada di atas payudara. Jenis veil ini merupakan yang popular digunakan kerana ia menutupi seluruh wajah sehingga membuatkan pengantin tampil lebih elegan.
2. FLY-AWAY VEIL
Veil ini mempunyai banyak lapisan dan bertingkat-tingkat. Ia dianggap kurang formal dan sesuai dipadankan dengan busana yang lebih ringkas. Namun, busana yang mempunyai perincian sarat pada bahagian punggung adalah padanan yang sesuai dengan veil jenis ini.
3. BIRDCAGE VEIL
Jenis veil ini agak pendek dan kepanjangannya hanya di paras dagu namun membingkaikan wajah dengan begitu sempurna. Selain itu, ada juga veil jenisini yang mempunyai kepanjangan hanya segaris hidung bahkan mata.
4. ELBOW LENGTH VEIL
Sesuai dengan namanya, veil ini mempunyai kepanjangan sehingga ke siku dan meluas. Ia juga terdiri daripada satu lapisan tunggal atau dua, tiga lapisan yang dipotong sama panjang. Gayanya tampak lebih ringkas.
5. FINGERTIP VEIL
Ini merupakan salah satu jenis veil yang paling popular. Ia melebar hingga ke hujung jari pengantin dan cukup sesuai digayakan dengan semua jenis busana. Kepanjangannya yang cukup selesa membolehkan pengantin menggayakannya di acara pernikahan mahupun persandingan.
6. BALLET LENGTH VEIL
Veil jenis ini berjuntai dengan kepanjangan hingga meleret ke lantai. Ia menutupi hampir keseluruhan tubuh pengantin bagi membentuk kesan seperti jubah. Veil ini juga sangat tepat dipadukan dengan busana pengantin tanpa ekor.
7. CHAPEL LENGTH VEIL
veil ini dikombinasikan dengan busana pengantin yang memiliki ekor panjang. Ia memanjang menutupi hampir keseluruhan ekor busana sehingga membuatkan pengantin kurang selesa untuk bergerak dengan bebas.
8. SEMI-CATHEDRAL VEIL / CATHEDRAL VEIL
Jenis veil ini mempunyai kepanjangan yang hampir sama dengan Chapel Length. Cuma bezanya, veil ini terdiri daripada dua juntaian panjang yang menutupi sehingga ke bahagian ekor busana pengantin.
Merias cantik seri seorang pengantin umpama bermain dengan kanvas putih. Setiap inci perlu ditata rapi agar tiada cela tatkala melangkah dihari bahagia. Penulis menyenaraikan 11 elemen penting yang anda perlu ambil perhatian berdasarkan perkataan keramat ‘PERKAHWINAN’.
P : POLOS
Jarang-jarang seorang pengantin ingin tampil polos di kala hari bahagia mereka. Namun pilihan fabrik dan rekaan yang tepat boleh menimbulkan satu penyataan yang cukup classy. Bayangkan anda melangkah dengan sepasang gaun polos tanpa sebarang perincian namun bertemankan rekaan yang moden dan juga aksesori dempak! Sedikit sebanyak tampilan nampak bersahaja dan kejelitaan sebenar menyerlah laksana dewi kayangan.
Ringkas tetapi menawan. Gaya yang patut dicuba pengantin moden.
E : EMAS
Rona mewah ini sememangnya sinonim dengan perkahwinan Melayu. Selain tampak mewah, rona ini sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja tidak kira warna kulit. Sewaktu pemilihan busana dan juga aksesori berona mewah ini, para pengantin haruslah mengmbil kira potongan pakaian dan juga saiz aksesori yang digayakan. Contohnya jika fabrik busana sudah berhias batu-batuan yang begitu mewah, aksesori yang dikenakan seperti rantai, anting-anting, gelang dan kasut pula haruslah lebih ringkas namun masih dalam rona sekata. Bila lagi anda hendak bersepuh emas kalau bukan di hari bahagia anda.
R : RENDA
Fabrik ini antara fabrik yang cukup popular menjelang hari bahagia seorang perempuan. Fabrik renda datang dari pelbagai jenis, ada yang polos, ada yang bersulam penuh dan ada juga yang sudah siap dengan sulaman manik dan batuan mewah.
K : KASUT
Kasut merupakan antara aksesori terpenting dalam memenuhi ‘look’ seri seorang pengantin. Lebih elok jika kasut yang disarungkan daripada jenama berkualiti tinggi agar anda tidak menderita sakit dihari bahagia anda. Elakkan pemilihan kasut yang bertali, penulis sarankan agar anda memilih kasut yang menutup penuh kerana ia lebih nampak ekslusif. Rona apa pula yang sesuai? Mungkin ramai yang memilih untuk warna sedondon, bagi penulis apa kata anda mencuba rona yang terang buat kasut anda. Ambil contoh Carrie Bradshaw bersama kasut ikonik biru baldu Manolo Blahnik yang digandingkan dengan gaun putih bersih. Statement bukan?
Gantikan peletakan tiara kepada aksesori rambut seperti ini untuk gaya ringkas dan menawan.
A : AKSESORI
Pengantin tanpa aksesori umpama bunga tanpa haruman. Aksesori membantu melengkapkan keseluruhan ‘look’ seorang pengantin. Bergantung pada busana yang disarung aksesori perkahwinan terdiri daripada mahkota, bunga segar, layah, anting-anting, cocok sanggul, cekak rambut ataupun rantai. Bunga segar selalunya menjadi pilihan dalam budaya Melayu bagi menaikkan seri namun sekali skala mencuba gaya baru, cekak rambut dilihat praktikal dan tampilan pengantin tampak lebih comel.
H : HIJAB
Gaya tuntutan syarak ini sudah menjadi pilihan ramai wanita masa kini. Bertudung bukan sekadar menutup kepala malahan pengantin juga tampak lebih sopan dan ayu. Walaupun dalam keriuhan gaya tudung yang pelbagai masa kini, jangan pula anda terikut-ikut dengan gaya tersebut. Gayakan tudung secara sederhana menggunakan fabrik lebut melitup kepala, ini akan lebih kekal lama gayanya dan anda tidak akan menyesal melihat kembali gambar anda suatu hari nanti.
W : WARNA
Rona putih menjadi satu kebiasaan bila tibanya hari perkahwinan. Namun apakata anda tukarkan selera kepada warna yang lebih garang dan juga cantik seperti rona kuning dan merah. Namun dalam mencari busana yang berwarna anda harus mendapatkan konsultasi dari pereka fesyen tentang warna apa yang akan tampak mahal dan warna apa yang akan tampak murah.
I : INAI
Sungguh ayu si gadis berinai di tangan. Tradisi budaya Melayu ini menjadi satu tanda si gadis sudah melangkah ke alam perkahwinan. Kini kehadiran pelbagai jenis perkhidmatan berinai menjadi pilihan ramai gadis. Dari kaca mata penulis, sebenarnya lebih elok jika bakal mempelai berinai secara tradisional tanpa inai yang bercorak abstrak. Ia tampak kemas dan tidak berserabut.
N : NAVIGASI
Navigasi ataupun cari arah bermaksud anda perlu tahu hala tuju konsep yang akan diguna pakai sebagai tema perkahwinan. Perkara ini adalah perkara pertama yang anda perlu lakukan, dari segi pemilihan warna, pereka, rekaan dan juga aksesori. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dikemudian hari. Sebagai bakal pengantin anda harus tahu semua ini sejak dari mula supaya tiada percanggahan bila tibanya hari bahagia.
A : ALUNAN
Menjadi rasmi majlis perkahwinan, si gadis pasti mengimpikan gaun sempurna yang bakal menjadi sejarah manis di dalam hidup mereka. Pemilihan gaun haruslah berdasarkan reka bentuk tubuh anda, setinggi mana impian anda untuk mengenankan alunan gaun kembang jika anda bertubuh kecil potongan duyung lebih sesuai kerana ia akan menampakkan susuk anda lebih tinggi. Begitu juga dengan yang bertubuh bentuk epal, hourglass dan pear. Untuk ketahui busana apa yang sesuai buat anda sila lihat ke tip fesyen yang seterusnya di mukasurat sebelah.
N : NONA MANIS
Saatnya tiba hari bahagia, sebagai bakal ratu sehari si gadis pasti menginginkan penampilan yang berbeza daripada biasa. Namun anda harus sematkan satu perkara di dalam minda, solekan membantu untuk menaikkan seri wajah bukan untuk menutup kecantikan asli anda. Jangan pula anda memilih solekan yang tebal sehinggakan suami sendiri tidak kenal dengan anda. Sebelum memulakan solekan, dapatkan pandangan daripada jurusolek kerana mereka arif dalam hal sebegini. Kekalkan aura ‘Nona Manis’ di dalam diri anda, agar bila dilihat semula gambar perkahwinan 20tahun akan datang, anda masih boleh tersenyum bangga.