Setelah sempurna majlis pernikahan Izara Aishah, 25 bersama pasangannya Muhammad Adib Khalid, 27 dengan sekali lafaz, Ahad lalu menyaksikan sebuah majlis resepsi perkahwinan kedua-dua mempelai di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Sebagaimana di majlis pernikahan, majlis resepsi juga membuatkan netizen terpukau dengan keanggunan kedua pasangan pengantin. Izara yang kelihatan cukup berseri ala-ala permaisuri zaman British mengenakan busana glamor hasil sentuhan Rizman Ruzaini dengan solekan anggun oleh jurusolek Bosco. Ramai yang terpaku melihat kejelitaan Izara. Melengkapi sang permaisuri, Adib Khalid segak berkemeja dan kot berwarna putih dipadankan dengan celana hitam.
SAMA CANTIK SAMA PADAN
Tidak seperti majlis pernikahannya Jumaat lalu, kali ini ramai memuji solekan dan busana Izara yang meleret panjang begitu sempurna seperti puteri raja. Selain kejelitaan wajah Izara, ramai turut terpesona dengan hiasan pelamin keseluruhannya yang tampak mewah.
Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan terkenal Nas Great Idea mengilhamkan pelamin yang lain daripada kebiasaan.
“Konsep yang dipersembahkan ini ialah Garden Boutique. Nas cetuskan elemen surprise di mana pelamin di pintu masuk manakala tetamu masuk dan keluar dari pelamin. Tetamu masuk melihat dewan yang kosong sebaliknya pelamin berada di belakang mereka. Sukar nak percayakan? Nah itulah keunikan pelamin Nas cipta istimewa buat majlis resepsi ini,” ujar Nas ketika ditemubual admin Pesona Pengantin.
Ads
PELAMIN TEMA GARDEN BOUTIQUE
Rona mewah menghiasi pelamin ini di mana 90% bermain dengan rona putih bernuansa emas dan black lined. Tambah Nas, Izara mahukan pelamin dengan elemen minimalis.
“Bermakna tiada stage lain melainkan grand stage pelamin. All in one stage. Bagi mengindahkan ruang pelamin, campuran bunga segar dan bunga artifisal yang terdiri daripada mawar putih dan bunga ceri melatari ruang pelamin yang dicetuskan,” terang Nas lagi.
Ramai netizen yang memuji sentuhan memuja Nas Great Idea. Tahniah Nas Great Idea!
Ads
justjerryrizal Congrats. Cantik sangat majlis tu u…..
firmahweddings_by_dausMaigod bag nas.. this is epic..
amadah.brunei Congratulation…n well done for beautiful pelamin set up..@nasgreatidea_weddings
Ads
SENTUHAN YANG MEMUKAU PANDANGAN
Izara Aishah diapit oleh pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Farah Nabila, juga rakan baiknya. Selebriti serba boleh, Aliff Satar dilihat menjadi emcee dan pengacara majlis resepsi ini.
Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K selaku ahli keluarga, beberapa orang tetamu kenamaan seperti Nurul Zahid dan selebriti antaranya Neelofa, Kilafairy, Zarina Zainuddin dan ramai lagi. Siti Nurhaliza turut hadir dan membuat persembahan bagi memeriahkan acara.
Bagi anda yang masih rungsing dengan idea hantaran bagaimana patut anda berikan kepada pasangan anda? Cuba 7 konsep ini. Pasti akan memberikan kelainan untuk majlis anda nanti!
1) Konsep Salji
Gubahan hantaran ini seakan-akan kelihatan seperti salji. Gubahan ini sangat simple, cantik dan segar. Sangat sesuai dibuat hantaran pada majlis akad nikah. Menggunakan ‘baby breath’ ia dapat menghasilkan gubahan seperti ini.
2) Konsep Sangkar Burung
Sangkar burung ini dihiasi dengan bunga mawar yang berwarna merah jambu menaikkan seri dalam gubahan hantaran ini. Kerawang di sangkar burung yang berwarna putih ini tampak cantik dan kreatif.
3) Beralas Kayu Pallet
Gubahan di atas kayu pallet ini memang lain dari yang lain. Ia menerapkan ciri-ciri alam semula jadi yang dihiasi daun dan bunga teratai di sekitar hantaran tersebut.
4) Bekas Kaca
Gubahan hantaran di dalam bekas kaca ini kelihatan mewah . Bunga-bunga yang dihiasai di sekitar dulang hantaran dapat menaikkan seri serta menyejukkan mata yang memandangnya.
5) Konsep Props
Gubahan hantaran ini sangat trendy. Corak dan warna yang terdapat di bahagian kotak-kotak tersebut memberi kelainan yang menarik. Dihiasi pula props yang comel membawa anda di zaman era 80 an.
6) Hantaran Di Atas Rehal
Kebiasaanya masyarakat melayu menggunakan rehal sebagai tempat letak al-quran untuk mengaji. Berbeza pula dengan pasangan ini, mereka menggunakan rehal sebagai pengganti dulang hantaran. Kelihatan unik dan menampilkan ciri-ciri melayu yang asli kerana menggunakan simbol kayu sebagai dulang hantaran.
7) Konsep Esklusif
Gubahan hantaran ini tampak esklusif dan sangat sesuai diberikan kepada pengantin lelaki. Menggunakan warna biru gelap sebagai warna utama dan dihiasi dengan daun dan renda emas langsung memberi hasil yang lebih memuaskan.
Sumber : Kahwinlife
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sentuhan magis dekorasi majlis hari bahagia pastinya tambah memukau dengan elemen ruang berkonsepkan English Rustic Modern. Paduan rona putih dan pastel menggamit jiwa yang tenang saat pasangan mempelai bersanding di singgahsana cinta. Pastinya membuatkan mata tetamu tak jemu memandang.
Gandingan rona putih dan pastel menegaskan lagi dekorasi serta tema yang ingin dipersembahkan, lantas membuatkan majlis yang diraikan tampak eksklusif dan elegan.
Hiasan bunga ros putih dan hydragea pada pasu tinggi yang ditutupi dengan kain renda menambahkan seri pada dekorasi keseluruhan ruang.
Susun atur lilin hiasan bersama taburan kelopak bunga mawar merah mencipta suasana romantis seolah-olah turut menyelami penyatuan cinta sang mempelai.
Latar belakang pelamin yang dihiasi dengan tampalan bunga rona gangsa dan keemasan menonjolkan elemen moden pada dekorasi majlis perkahwinan.
FOTO : PAKDINZ PHOTOGRAPHY DEKORASI : ADI NAZIM INSPIRASI DEKORASI TERIMA KASIH PENGANTIN : ELYSHA & IZZUDIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah…berseri-seri malam berinai Dynas yang berlangsung di kediaman ibunya di Shah Alam malam semalam.
Pagi ni majlis akad nikah telah selamat dilaksanakan dengan baik Alhamdullilah buat Dynas dan Shazrik yang sah bergelar suami isteri pagi ini.
Hantaran tujuh berbalas sembilan dengan jumlah mas kahwin sebanyak RM 10,000 ini sudah memadai bagi Dynas Mokhtar. Harapannya kali ini biarlah kasih sayangnya sehingga akhir hayat.
Sebalik himpunan hantaran ini ada kisah yang cukup istimewa buat Dynas. Salah satu hantaran tersebut cukup menyentuh jiwa Dynas. Set barang kemas itu cukup bermakna dan amat istimewa untuknya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!