Daftar Nikah Online Di Laman Web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Setelah pasangan mendapatkan Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Keputusan ujian saringan HIV yang sah, permohonan bagi pendaftaran pernikahan bolehlah diteruskan dengan melayari laman web yang telah dilampirkan di bawah.
Laman Web: http://www.sppim.gov.my/sppim/home
Klik pada pautan ‘Benar Nikah online’ dan pasangan lelaki perlulah terlebih dahulu mengisi segala maklumat diri dan pasangan. Seterusnya, pemohon akan diberikan nombor rujukan dan ianya perlulah disimpan bagi membuat sebarang pindaan pada maklumat diri atau pasangan kelak.
Untuk makluman tambahan, permohonan nikah secara online atau atas talian ini hanya meliputi Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Perlis, Selangor dan Melaka sahaja, bagi negeri-negeri yang tidak disebut, permohonan perlulah dikemukakan secara manual.
Pastikan Mukim Pasangan Anda
Langkah yang seterusnya ini sangat penting bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran. Kebanyakan bakal pengantin keliru dan sering cuai di dalam aspek ini kerana setiap pasangan berbeza kes dan kondisinya.
Oleh itu, pasangan digalakkan untuk mencatat setiap isi penting yang dibahas oleh pegawai agama ketika menjalani kursus pra-perkahwinan. Ataupun, hubungi pegawai yang berkenaan di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan.
Ads
Secara amnya, melalui prosedur ini, pasangan lelaki dan perempuan yang sama daerah perlulah menghantar borang nikah online yang lengkap bersama lampiran yang dikehendaki kepada pejabat agama 30 hari sebelum tarikh nikah. Manakala, 90 hari sebelum tarikh nikah adalah tempoh diperlukan bagi pasangan yang berlainan daerah atau negeri.
Isi & Lengkapkan Borang Nikah Pengantin Lelaki
Pihak lelaki perlulah terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan borang dengan segala maklumat yang dikehendaki sebelum pihak perempuan memulakan prosedur.
Di bawah ini merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan sebelum mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Kariah.
Borang & Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Daftar Nikah
Ads
Pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah boleh juga mengesahkan borang permohonan sekiranya penolong pendaftar nikah kariah sedang bercuti.
Seterusnya, pihak lelaki perlulah mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah dan permohonan kahwin yang telah diluluskan hanya sah dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan bagi setiap borang dan RM30 jika sekiranya pasangan berasal dari daerah yang sama.
Ads
Borang Kebenaran Bernikah Untuk Pengantin Perempuan
Setelah selesai urusan permohonan bagi pihak lelaki, pihak perempuan bolehlah memulakan prosedur yang sama iaitu dengan melengkapkan borang 2C dan 2D dan seterusnya melampirkan dokumen sokongan seperti yang berikut:
Setelah borang dan dokumen sokongan lengkap disediakan, bakal pengantin perempuan kemudian perlulah mendapatkan pengesahan berkahwin daripada penolong pendaftar nikah bersama wali dan 2 orang saksi.
Seterusnya, selepas urusan bersama penolong pendaftar nikah selesai, pengantin perempuan harus mengemukakan permohonan kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Islam di daerahnya bagi pasangan yang berlainan daerah, yang hanya sah di dalam tempoh 3 bulan sekiranya diluluskan.
Namun, jika pasangan tersebut berasal dari daerah yang sama, borang kebenaran berkahwin boleh terus dihantar pada imam masjid kariah bagi pengesahan akad nikah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mee segera adalah salah satu makanan yang sangat digemari oleh ramai orang, bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa. Walaupun sudah lama info berkenaan mee segera yang dianggap makanan yang kurang sihat untuk badan, namun ianya tidak menghalang mereka untuk makan makanan segera berkenaan.
Ada dikalangan kita sangat suka makan mee bercampur dengan nasi kosong, dahulunya lauk pauk mewah sangat jarang ditemui, dengan memasak mee berperisa, ianya seperti lauk pauk yang boleh dimakan dengan nasi. Bukan sahaja sedap, malah ianya sangat menyelerakan.
Namun ramai yang tidak tahu apa kesan buruk makan mee segera campur nasi pada badan kita. Ini kerana kedua-kedua makanan tersebut mengandungi karbohidrat.
Mee dan nasi mempunyai karbohidrat yang tinggi, jika digabungkan, badan kita akan menerima karbihidrat yang sangat tinggi iaitu sebanyak 600-700 kalori sekali makan, manusia normal makan 3 kali sehari, bayangkan banyak mana kalori telah masuk kedalam badan, sedangkan badan kita memerlukan 1200-1500 sehari.
Makan mee dengan nasi boleh menyebabkan berat bdan anda betambah dan keungkinan juga akan menyebabkan anda mendapat diabetis dan obesiti. Makan mee dengan nasi tidak memberikan nutrisi yang cukup untuk badan anda. Anda seharusnya memilih makanan yang berkhasiat untuk badan anda.
Cara yang terbaik makan mee adalah dengan mencampurkannya dengan sayur-sayuran, telur, ayam ataupun makanan laut. Ianya dapat membantu memberi nutrisi pada badan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Ujian kesihatan pra-nikah atau yang juga dikenal dengan pre marital check up perlu dijalani bagi mereka bakal pengantin. Sebahagian merasa takut untuk memeriksakan kesihatan kerana bimbang akan mendapatkan penyakit yang akan diderita dan sebahagian lagi kerana belum mengetahui akan pentingnya ujian kesihatan pra-nikah ini.
Sebaiknya anda perlu segera melakukan ujian kesihatan pra-nikah untuk menghindari permasalahan di masa akan datang. Idealnya pemeriksaan kesihatan ini dilakukan satu bulan sebelum anda melangsungkan hari perkahwinan.
Bagi anda yang ingin melakukan ujian kesihatan pra-nikah, anda perlu tahu beberapa ujian kesihatannya.
Melakukan pemeriksaan komponen darah dan golongan darah
Secara umum, pemeriksaan ini akan mengetahui tentang komponen darah anda dari apakah anda menderita anemia, leukimia, hidrasi, dehidrasi ataupun sekadar mengetahui kesesuaian jenis darah anda. Jika dilakukan secara rutin, tentu manfaat yang akan anda dapatkan banyak.
Pemeriksaan urin
Menerusi pemeriksaan urin, doktor akan dapat mengesan penyakit metabolik atau sistemik yang terjadi pada ginjal anda. Biasanya , jika anda kekurangan minum dan selalu menahan kencing maka risiko penyakit yang kamu derita akan tinggi. Tentunya hal ini akan mempengaruhi nantinya jika anda mengalami kehamilan dan keadaan buah pinggang anda. Makanya, lakukan pola hidup yang sihat, rajin minum air putih dan jangan menahan kencing agar tidak memudaratkan kesihatan.
Mengesan penyakit seks menular
Ujian ini dilakukan dengan cara mengambil sampel darah kamu, lalu hasilnya akan dapat diketahui dengan reaksi dari antibodi yang anda hasilkan. Hasil dari ujian ini juga dapat mengetahui apakah anda menderita beberapa penyakit seperti HIV, malaria ataupun sifilis.
Mengesan kemungkinan terkena infeksi hepatitis
Pemeriksaan ini bertujuan untuk mencegah jangkitan hepatitis B kepada pasangan melalui hubungan seksual, dan beri kesan buruk kepada janin seperti cacat dan kematian akibat penularan kongenital sepanjang kehamilan.
Mengesan penyakit kelainan pada bayi yang nanti akan lahir
Penyakit kelainan merupakan hal yang mengerikan yang tentunya harus anda ketahui sejak awal. Agar itu tidak terjadi, segera lakukan pemeriksaan awal terhadap berbagai kemungkinan penyakit ketika masa awal kandungan. Maka risiko kehamilan seperti keguguran, bayi lahir pra matang ataupun berbagai macam penyakit bawaan lainnya dapat anda hindari.
Pemeriksaan pada bahagian organ reproduksi
Dalam sebuah perkahwinan, memiliki keturunan ialah suatu hal yang menjadi dambaan setiap pasangan. Agar memiliki keturunan yang baik, tentunya keadaan alat reproduksi anda harus baik pula. Lakukanlah pemeriksaan rutin pada organ reproduksi anda untuk mengetahui keadaan rahim, saluran telur, dan bahagian sekitar tiub fallopian. Sementara untuk mempelai lelaki, keadaan penis, skrotum, prostat dan hormon FSH sangat penting untuk diperiksa.
Beberapa tahap ujian kesihatan pra-nikah di atas merupakan gambaran daripada pemeriksaan yang nantinya akan anda dapatkan. Mengingat pentingnya pemeriksaan ini, maka sebaiknya anda wajib lakukan segera demi untuk kesihatan di masa hadapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!