Kalau badan isteri dah berubah bentuk selepas melahirkan zuriat, tetaplah hargai dan sayanginya seperti awal perkahwinan.
Perubahan ini adalah biasa apabila seseorang selesai melahirkan anak tidak kira secara normal atau pembedahan. Jadi suami kena banyak bagi semangat pada golongan isteri.
Mungkin ada suami yang boleh terima tetapi yang sebaliknya, boleh ubah pandangan untuk lebih menhargai pengorbanan isteri lahirkan anak.
Kalau Badan Isteri Dah Berubah Bentuk
Berbincang soal ini, baru-baru ini pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat mereka bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.
Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, kaum hawa merupakan golongan terhebat.
Ads
“Besar pengorbanan isteri kita, dia sudah melahirkan zuriat dan kita pun tenang tengok anak-anak membesar dengan sihat.
“Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata.
“Kita pandang dari sudut pengorbanan seorang isteri yang berjuang melahirkan benih kita juga,” katanya menerusi satu video dalam TikTok.
Ads
Masuk Tengok Isteri Bersalin
Berkongsi pengalaman, bapa kepada dua putera itu sempat menceritakan momen berharga ketika menyaksikan sendiri proses kelahiran kedua-dua permata hatinya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
“Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah, bukan geli, tapi rasa kasihan.
Ads
“Perubahan fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai. Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan satu peringatan untuk kita.
“Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan,” ujarnya panjang lebar.
Tinjauan menerusi ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata netizen senada dengan PU Riz selain menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita bertuah kerana memiliki suami yang matang dan memahami.
Sekadar info, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, tujuh bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu. Lebih menarik lagi, diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda. Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas Hitoshi Watanabe kongsi menerusi dalam bukunya “The Morning Banana Diet”.
.
Inilah caranya:
Pada waktu pagi anda perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Anda boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah, bukan?Selepas sejumlah besar percubaan yang tidak berjaya menurunkan berat badan, Watanabe memutuskan untuk menulis pengalaman diet yang dia telah cuba sebelum ini.
Orang gemuk biasanya dinasihatkan supaya senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi Watanabe membantu mereka mengelakkan penyeksaan pagi dengan mencadangkan penyelesaian yang sangat mudah: makan pisang segar dan minum segelas air pada waktu pagi. Anda juga tidak boleh makan apa-apa sehingga makan tengah hari anda.Pisang sarat dengan kanji tahan yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.
Berapa banyak pisang anda perlu makan untuk sarapan pagi?
1. Tidak ada peraturan ketat yang perlu anda ikuti, hanya makan pisang cukup yang mana akan membuat anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
2. Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurang-8 malam. Pergi tidur pada tengah malam, kerana ahli-ahli sains percaya bahawa akan lewat ke tempat tidur dikaitkan dengan obesiti.
4. Anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan beberapa buah-buahan.
Apa yang membuat diet pisang begitu istimewa?
1. Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
2. Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
3. Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.
4. Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi kamu akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda.
5. Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.Elakkan makan selepas jam 8:00 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam.Mengurangkan pengambilan alkohol.Diet pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.
Khasiat Buah Pisang Dan Manfaatnya Kepada Tubuh Badan
Pisang merupakan buah yang sering kita temui di Malaysia. Ia mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan. Pisang sering digunakan sebagai pencuci mulut. Rasanya yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja ataupun dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya.
Namun tahukah anda bahawa pisang juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh?
Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Berikut adalah beberapa manfaat pisang kepada kesihatan tubuh.
Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.
Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
Menurunkan Berat Badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.
Mengubati Jerawat
Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.
Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid
Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.
Mengubati Sembelit
Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit
Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.
Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.
Sumber: suria
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bapa juga tidak menanggung dosa anak perempuannya. Selama ini, suami kita elok saja bergurau senda. Kalau kita merajuk, dia akan segera memeluk dan memujuk. Emosi perempuan bukannya selalu stabil, bila datang anginnya, kita pun hilang pedoman. Marah-marah dan barangkali hari itu terlebih marah.
Rupa-rupanya suami kita terasa hati. Dia diam saja tak beritahu pun yang dia terluka dengan perbuatan tak sengaja kita tu. Bukan saja suami jadi pendiam, dia juga lebih kerap belek handpone.
Kalau sebelum ni, dia balik tolong mengemas, membasuh dan layan anak, tiba-tiba selepas pergolakan kecil itu, suami tak lagi ambil peduli. Puaslah kita memikir kesalahan. Tanya pada suami, dia diam. Tak maklumkan apa yang mengubah tingkah lakunya secara tiba-tiba.
Hari pertama, kita boleh terima. Masuk hari kedua, isteri dah susah hati. Sampai hari ketiga, tak boleh jadi dah ni. Konflik suami dingin ni kena diperbetulkan sebelum jadi melarat.
Sebabnya kalau bergaduh suami isteri kena tak lebih tiga hari. Kalau hubungan saudara mara pun boleh jatuh putus silaturahim inikan pula pasangan kelamin. Jadi apa yang isteri boleh lakukan nak memecahkan konflik kebuntuan tangani suami dingin ni.
Selesaikan Dengan Hikmah!
1. Tenangkan Diri
Bila tiba-tiba suami tak ambil peduli dan beri respons pada setiap kata-kata kita, jangan terus meroyan di Facebook, WhatsApp atau kongsikan semua keresahan tu pada kawan-kawan.
Bertenang.. ambil nafas dalam-dalam fikir baik-baik. Flashback apa yang kita dah buat sampai suami jadi marah sangat.Bila dah jumpa silap kita, susun kata-kata dengan baik agar dapat dijelaskan pada suami nanti.
2. Tanya Pada suami Dengan Baik
Waktu di kamar tidur atau ketika suami sedang bersenang-senang, dekatinya dan tanyakan tentang perubahan sikapnya itu. Kalau suami belum juga memberi respons, jangan marah. Tapi terangkan apa yang anda rasa. Luahkan dengan bijak dan bukannya mendesak.
Katakan, anda dah buat cara itu suami tetap juga dengan egonya. Okay… jangan panik. Sekali lagi, jangan up status kesedihan anda itu di media sosial.
3. Bertanyakan Pula Pada Allah
Ketika dalam solat, anda sebenarnya sedang meminta pada Allah agar dirahmatiNya dan disayangiNya. Mengadulah padaNya agar dibukakan pintu kasih sayangNya. Pertama sekali, jangan diharap yang suami akan berubah, tapi haraplah agar Allah mengampuni diri anda dahulu.
Haraplah kasih sayang Allah dan rahmat dariNya. Jika doa anda dimakbulkan, Yang Maha Pengasih akan memberi jalan penyelesaian pada konflik yang anda alami.Usai solat, kawal lagi dirimu lagi, jangan kongsi konflik dengan suami di mana-mana media sosial.
4. Buka Al-Quran.. Bacalah!
Barangkali sebelum ini kita terleka. Dalam meniti bahagia yang diberikanNya kita terlupa untuk mengucapkan syukur. Mungkin, aturan pertengkaran ini memberi sedikit ruang untuk anda jadi hambaNya yang tahu mengucapkan terima kasih.
Dekatkanlah diri dengan ayat-ayat Allah. Mungkin anda akan temui jawapan diamnya suami anda itu.
5. Air mata Boleh Jadi Senjata
Luahkanlah resah hati anda pada suami untuk sekian kalinya. Jika perlu menangis, menangislah.. terangkan pada suami apa yang anda rasa, tanyakan sekali lagi apakah kesilapan yang anda telah buat. Siapa tahu, cara ini berkesan dan suami akan terangkan sebab-sebabnya.
Jika dia suami yang anda cinta, dan anda yang dia cinta, sudah tentu dia tidak sampai hati melihat air mata anda yang jatuh berguguran.
Kadangkala Suami Cuma Mahu Diam
Diamnya suami kadangkala bukannya dia marah, ada affair atau kecewa dengan anda. Cuma ada satu masa suami cuma mahu diam. Dan mungkin juga sikap suami yang mudah terasa dengan sikap isteri yang mengabaikannya.
Diam kosong yang tidak membawa apa-apa maksud. Jadi biarlah dia begitu, jangan pula anda desak untuknya berkata. Anda cuma perlu cari kembali dan bangkitkan mood suami. Sejahat manapun suami, semarah mana pun anda pada suami, ingatlah ‘Syurga Bagi Isteri Itu Terletak Di Bawah Tapak Kaki Suami’.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...