Tidak menyangka meskipun usia baru mencecah 25 tahun, masih muda namun telah meliki masalah rambut beruban. Kegusaran bertambah memikirkan penampilan diri, memandangkan majlis perkahwinan bersama si dia bakal kunjung tiba.

Punca masalah rambut beruban di usia muda:

  1. Keturunan Keturunan adalah punca utama terjadinya masalah tumbuh uban ketika usia muda. Jika ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, keberangkalian anak-anak untuk memiliki rambut beruban juga tinggi.
  2. Kekurangan Vitamin B Vitamin B adalah sumber penting dalam kesihatan rambut manusia. Kurangnya vitamin B dalam tubuh badan, akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka yang mengakibatkan rambut beruban.
  3. Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.
  4. Stres Bagi bakal mempelai, jangan terlalu stres dengan persiapan perkahwinan. Stres atau tekanan perasaan boleh menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyababkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.
  5. Pewarna rambut dan syampu yang tidak sesuai Kini terdapat banyak produk pewarna rambut dan syampu di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai.

3 cara atasi masalah rambut beruban:

  1. Elakkan tekanan Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Elakkan berasa stres dan sentiasa berfikiran positif dalam menjadi kehidupan seharian.
  2. Menjaga kebersihan kulit kepala Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Gosok kulit kepala dengan limau nipis agar rambut kekal bersih, harum dan mewangi.
  3. Corak pemakanan yang sihat Amalkan pola pemakan yang sihat dan seimbang kerana ia dapat mencegah masalah rambut beruban. Ambil sumber makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gamdum dan kacang hijau untuk menambah vitamin B dalam badan khusunya rambut.

Jangan Lupa Komen: