Wudhu bermaksud membersihkan diri dari kotoran atau benda-benda lain yang menajiskan. Pencabutan harus dilakukan oleh seseorang sebelum melaksanakan solat wajib dan sunnah.
Selain itu, melakukan wudhu juga disyorkan di luar aktiviti tersebut. Apabila pergi ke perjalanan, tidur dan sebagainya. Sebenarnya wudhu mempunyai banyak kebajikan untuk hidup. Selain membersihkan kotoran, berikut adalah beberapa manfaat wudhu dalam Islam.
Mengeluarkan keburukan
Manfaat pertama wudhu adalah menghapus keburukan. Dalam hadith ini dijelaskan:
” Kalau salah seorang di antara kamu melakukan wudhu, maka dia menyempurnakan wafatnya, maka ia pergi ke masjid kerana solat semata-mata untuk solat, maka ia tidak melangkah kaki kirinya tetapi terhapus dari keburukannya dan kebaikan tulisannya di sepanjang langkah kaki kanannya untuk memasuki masjid. “ (HR At-Thabrani).
Ads
Mengangkat Darjah
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Adakah kamu akan memperlihatkan kepadaku suatu perbuatan yang mana Allah akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan kedudukannya? Para sahabat berkata: “Sudah tentu, Wahai Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Menyempurnakan wudhu’ bahkan dalam keadaan yang sukar, mengagumkan jalan ke masjid, dan menunggu shalat setelah solat, maka itulah yang disebut arasyat ar.” (HR. Muslim).
Dicatat oleh malaikat
Wabak yang dilakukan sebelum tidur juga mempunyai manfaat yang luar biasa. Kebajikan wudhu sebelum tidur pada waktu malam, dia akan dijaga dan didoakan oleh Malaikat agar dosanya akan diampuni. Seperti yang dijelaskan dalam hadith saheeh:
Dari Ibnu Umar ra bahwasah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang tidur pada malam hari dalam keadaan suci (wudhu) maka Malaikat itu akan terus mengikuti, maka ketika ia bangun pasti Malaikat akan berkata’ Ya Allah, ampunilah hambamu hamba, kerana dia tidur pada waktu malam dalam keadaan yang sentiasa suci ‘ . (HR Ibn Hibban).
Dicintai oleh Allah Ta’ala
Siapa yang tidak mahu dicintai oleh Allah Ta’ala, Rabb Alam Semesta? Apabila Allah Ta’ala suka hamba, Dia akan memerintahkan para malaikat dan semua penduduk langit untuk mencintainya. Ia cantik, bukan?
Ads
Nah, satu cara untuk mendapatkan cintakan Tuhan adalah dengan meningkatkan wudhu. Seperti yang dijelaskan dalam hadis saheeh: ” Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan seperti orang-orang yang menyucikan diri mereka .” (Surah Al-Baqarah: 222).
Mendapatkan Kebaikan Dunia dan Akhirat
Diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bukan tidur orang Islam pada malam hari dalam keadaan dhikr dan pemurnian, maka ketika ia terbangun dari tidurnya maka Allah meminta kebaikan dunia dan akhirat, tetapi Allah akan memberikannya “
Ads
Sumber : dalam islam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bolehkah wanita menghantar jenazah suaminya ke kubur?
Oleh: Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar AlHamid
■ Jawapan: TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
↔ Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
↪ Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat reda Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
■ Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
■ Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.
■ Pada zaman Rasulullah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda Rasulullah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
↔ Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dan lain-lain.
■ Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.
■ Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang!
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
■ Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
■ Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
■ Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
■ Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kampung itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
■ Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
■ Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tak bercampur dengan lelaki.
■ Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■ Terdapat bayak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun.
Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak boleh makan, atau anak-anaknya tiada yang menanggung atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya. Dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.
Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan, minuman dan rawatan perubatan sahaja.
Mohd. Farid Ravi Abdullah, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga mengupas:
Hadis Ummu �Athiyyah r.ah. perlu diberi perhatian yang memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW tidak menegah dengan keras tetapi sebagai satu peringatan agar wanita yang menziarahi kubur lebih bersifat berhati-hati dan memelihara hukum dan adab menziarahi kubur.
Isteri yang ingin mengiringi jenazah suami atau adik-beradiknya atau sesiapa daripada kalangan orang Islam adalah tidak haram. Sebahagian ulama menghukumnya dengan makruh, ini kerana kemungkinan berlakunya ratapan, teriakkan dan sebagainya.
Sekiranya seorang wanita dapat mengawal dirinya dan tidak berkelakuan seperti apa yang ditegah di kubur, maka wanita ini tidak ada halangan untuk mengiringi atau menziarahi kubur.
Pada masa yang sama, wanita juga boleh menyembahyangkan jenazah terutama jika mayat itu adalah suami atau saudara yang terdekat.
Ia juga disebut sebagai tempoh berkabung. Bagaimanapun ia tidak bermaksud balu berkenaan tidak boleh langsung keluar rumah. Apa yang dilarang ialah keluar untuk suka-suka untuk aktiviti sosial seperti menghadiri majlis keramaian dan menghias diri.
Sebaliknya, jika untuk menuntut ilmu, bekerja atau ke hospital tiada halangan berbuat demikian. Ini termasuklah dalam tempoh idah isteri boleh ziarahi kubur suaminya.
Wallahu’alam bissawab. Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah nak mempertahankan sesebuah ikatan yang dibina. Perlunya kerjasama antara kedua-dua pasangan. Bagi yang sudah berumah tangga, perselisihan faham antara pasangan pasti akan berlaku.
Sebab itu pentingnya berkomunikasi dan bagaimana cara anda sendiri menyelesaikan masalah. Mudah je sebenarnya kalau anda nak lakukan perkara yang boleh menguatkan ikatan cinta anda dan si dia. Ikut sahaja langkah mudah ini!
1. Shopping untuk pasangan
Aktiviti santai menguji cita rasa masing-masing. Cuba ubah gaya pasangan mengikut cita rasa anda. Aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan anda berdua serta lebih memahami pasangan anda.
2. Pergi ke tempat-tempat lama
Ambil masa untuk imbau kembali kenangan sewaktu anda bercinta dahulu. Lakukan rutin yang biasa dilakukan bersama semasa bercinta dahulu, pasti seronok dan kelakar lebih-lebih lagi bila ingat kenangan lama.
3. Picnic time!
Salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan bersama pasangan adalah pergi berkelah. Lupakan segala masalah untuk seketika dan habiskan masa berdua menikmati deruan ombak serta angin sepoi-sepoi bahasa. Inilah masa anda untuk borak sepuas-puasnya.
4. Main permainan bersama
Bring back your childhood memories. Siapa kata permainan untuk kanak-kanak sahaja? Beli permainan papan yang anda suka untuk isi masa lapang dirumah. Pasti lebih seronok berbanding tengok tv dan tidur.
5. Buat perancangan bersama
Duduk dan berbincang tentang hala tuju rumah tangga anda. Cara ini akan mengingatkan kalian berdua agar terus kekal bersama demi mencapai target yang telah ditetapkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...