Tanyalah kepada sesiapapun, setiap daripada kita pastinya ingin menikmati rasa cinta apatah lagi dicintai. Cinta adalah anugerah, maka ia adalah fitrah manusia untuk menikmatinya dengan hati penuh berserah. Jika perhubungan tiada parah, lekaslah bawa ia untuk disahkan. Hangatkan cinta anda dengan pasangan menerusi tip yang dipaparkan ini.
TIP HANGATKAN CINTA
1-YAKINI CINTA ANDA
Tiada apa yang lebih penting selain yakin dalam hati yang si dia ialah calon sehidup semati anda. Jika benar, pastinya naluri serta perasaan seolah-olah terikat serta bergolak dengan keperibadiannya.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berfikiran terbuka dan berani mengambil risiko. Jika anda yakini perhubungan itu akan berkekalan, pastinya anda akan berusaha sehabis baik untuk menjaga keindahannya.
2) LAHIRKAN ZURIAT
Ini merupakan langkah yang ternyata akan melindungi warna kasih sayang anda daripada pudar. Mempunyai zuriat daripada keturunan anda berdua yang sah adalah sebagai bukti cinta yang terjalin.
Bila sudah ada anak, pastinya anda berdua saling memerlukan dalam menempuh kehidupan berkeluarga. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, anda berdua dinasihatkan banyakkan bersabar, tidak terburu-buru dan teruskan berusaha.
3) ‘NIKAHI’ KELUARGA PASANGAN
Ads
Setelah bernikah, anda seharusnya memikirkan jua bagaimana untuk memenangi hati keluarga si dia. Ini adalah penting bagi anda untuk terus menjalani hidup berpasangan dengan harmoni dan tenteram.
Resipi kebahagiaan rumah tangga yang paling afdal pastinya restu dan berkat yang diperoleh dari kedua-dua belah pihak. Oleh itu, sentiasalah merendah diri dan cuba sehabis baik untuk memikat hati keluarga mertua bagi mewujudkan keluarga yang harmonis. Namun berpada-padalah jangan sampai ‘beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.
4) BERMAIN CINTA
Sesudah berumah tangga, tibanya masa untuk menyemaikan rasa cinta yang anda berdua dahagakan. Malah, inilah momen untuk anda mengenali hati budi dengan berkasih tanpa perlu risau mahupun berselindung.
Anda bebas untuk bercinta dengannya tanpa sebarang syarat. Semakin lama anda mendekatinya, semakin tebal rasa sayang anda. Amalkan untuk terus meneroka jiwa dan nurani pasangan agar cinta terus bersemi kekal ke akhirnya.
Ads
5) BUKTIKAN KEUTUHAN CINTA
Ini wajar dilakukan. Bagi meyakinkan anda berdua dicipta untuk saling melengkapi, ini masanya untuk buktikan keutuhan cinta. Sekiranya ada yang berbisik nista atau berbohong dusta akan pasangan anda, jangan teragak-agak untuk membela. Secara tidak langsung ini menunjukkan anda mengambil berat akan perasaan serta emosi pasangannya.. Berpendirianlah dalam mengukuhkan kestabilan tiang rumah tangga.
5) RELA BERKORBAN
Ini merupakan tuntutan wajib dalam setiap perhubungan. Perkahwinan menuntut pengorbanan yang tiada berpenghujung. Oleh itu, sentiasa bersedia berkorban dari segi masa, wang, ruang mahupun perasaan. Jangan amalkan sikap mementingkan diri sendiri, kelak pastinya ia memakan diri.
6) KEKALKAN MOMENTUM
Ads
Sentiasa amalkan untuk mempertahankan kesejahteraan cinta dengan belaian kasih serta kucup manja bagi menyemarakkan rasa sayang anda berdua. Panggilan manja serta kualiti masa bersama dapat menguatkan dasar percintaan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk terus kekalkan momentum kemesraan tersebut walau sesibuk mana pun. Yang pasti, jangan berhenti mencuba sesuatu yang segar membara rasa cinta dalam rumah tangga anda.
KEBAIKAN CINTA SELEPAS KAHWIN
1) Tidak dan sukar untuk berasa bosan terhadap pasangan
2) Teruja untuk mengenali dan akan meluangkan banyak masa dengan pasangan
3) Lebih mencabar, maka secara tidak langsung akan menguatkan serta mengukuhkan perhubungan
4) Dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Jika sebelum berkahwin, anda berdua sukar untuk menjalani percintaan, maka selepas berkahwin anda bebas untuk melakukan apa sahaja.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
FOLLOW INSTAGRAM @PESONAPENGANTIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pengantin wanita baju pengantin sememangnya adalah busana yang sangat penting bagi mereka. Ini kerana busana pengantin wanita lebih sukar untuk di buat pilihan berbanding pengantin lelaki. Tidak hanya itu, busana pengantin wanita juga boleh di lihat dalam pelbagai warna, dan corak.
Ia pasti membuatkan si pengantin pening untuk memilihnya! Namun anda ada banyak perkara perlu dipertimbangkan. Imej pengantin impian yang diidamkan sejak zaman remaja, kesopanan, harga, saiz, dan pelbagai kriteria lagi. Jadi, di sini kami berikan 5 tips untuk membuat pilihan baju pengantin yang sesuai dengan majlis perkahwinan anda.
1. Tona Warna Yang Sesuai
Anda perlu mengutamakan warna baju yang sesuai dengan tona warna kulit anda dahulu. Pastikan warna baju tidak membuatkan anda kelihatan pucat atau suram. Pemilihan warna yang sesuai menjadikan anda tampil ceria dan berseri pada hari bahagia anda.
2. Ikut Bajet
Pengurusan kewangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kerana kita perlukannya lagi-lagi jika kita bakal melangsungkan perkahwinan. Tetapkan had harga baju pengantin yang sesuai dengan bajet keseluruhan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya jangan menghabiskan terlalu banyak duit semata-mata untuk baju yang hanya dipakai pada hari majlis perkahwinan itu sahaja.
3. Jadi Diri Sendiri
Foto : pinterest
Seeloknya pilihlah baju dengan reka bentuk yang menyerlahkan keperibadian anda. Biarlah ia reka bentuk baju yang sesuai pada mata permandangan semua yang melihat. Namun, jika rekaan tersebut mungkin membuatkan anda merasa janggal, kekok atau sedikit malu. Pilihlah mengikut naluri peribadi anda.
4. Mengikut Tema Majlis
Tema sesuatu majlis bukan sahaja menentukan warna, malahan juga jenis rekaan baju pengantin tersebut. Contohnya, majlis bertemakan tradisional Melayu, baju pengantin songket adalah lebih sesuai digayakan.
5. Biar bersesuaian
Pastikan ukuran dan rekaan bentuk baju pengantin yang dipilih sesuai dengan badan anda. Seringkali kita nampak sesuatu rekaan baju itu cantik dan anggun digayakan oleh model atau patung pameran, tetapi belum pasti ianya sesuai dengan badan anda. Rekaan dan ukuran yang sepadan dengan badan anda boleh menampakkan anda lebih kemas dan anggun. Biar lah pemilihan baju itu selesa untuk dipakai sepanjang majlis perkahwinan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang masih tentang perbezaan Wang hantaran dan mas kahwin. Pada pasangan yang bakal berkahwin anda perlu tahu kedua-duanya mempunyai perbezaan. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adalah wajib dan termasuk dalam rukun perkahwinan.
Di sini kami akan berkongsi apa maksud dan beza antara wang hantaran dan mas kahwin supaya bakal pengantin dan yang masih bujang mudah memahami maksud sebenar.
Wang hantaran
Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.
Mas kahwin
Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya pula adalah mengikut negeri. Ini kerana ia ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi di setiap negeri, kita akan dapati ada perbezaan nilai mas kahwin. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa ayat yang ke 4;
“Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik.”
(An nisa : 4)
Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kulit wajah merupakan bahagian yang selalu dititikberatkan oleh semua baik lelaki mahupun perempuan. Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup berhabis wang ringgit terutamanya wanita bagi mendapatkan kulit yang sihat dan bebas cela.
Namun, masalah jerawat seringkali menghantui. Ditambah dengan jeragat atau tompokan di bahagian wajah, pasti bertambah stress. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh digunakan oleh anda untuk menghilangkan masalah ini.
Perkongsian oleh Zilla Janis yang tular di laman sosial facebook ini boleh dijadikan panduan. Hanya menggunakan cuka apple, dalam tempoh seminggu sahaja tompok hitam di mukanya makin pudar.
Jom kita ikuti perkongsian gadis ini seperti di bawah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !
Tak sangka cuka apel ni bagus untuk hilangkan jeragat!
Bukan tu ja. Tompok hitam kat muke pon boleh pudar.Dah seminggu zilla cube dap dap cuka epal ni kat muke. Alhamdulillah menjadi. Tompok hitam kat muke pudar. Senang je nak buat. Serius senang.
1sudu cuka epal.
1sudu air suam.
Kapas.
Campurkan 1 sudu cuke epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk. Gaul sebati. Ambik kapas. Rendam sikit kat dalam cuke epal tadi. Pastu dap dap kat seluruh muke. Pastikan muke korang bersih ye.
Untuk lebih jelas, jom tengok gambar di bawah ini.
Celop kapas dalam air suam sikit, sebab nanti nak dap dap kat muke uolss kan.
Bagusnye cuke epal ni untuk jeragat sebab cuke epal ni bersifat antiseptik tau untuk menyingkirkan bakteria dari jeragat dan menyucikan kulit. Lepas 3 ke 4minit lepastu boleh cuci muke dengan air suam. Amalkan hehari. Untuk kesan yang lebih cepat. Makin hari jeragat pudar. Hati pon riang ria.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!