Cheesekut Tiramisu dessert yang sedap sangat kalau dimakan waktu sejuk. Lapisan biskut yang dicelup dalam bancuhan bancuhan kopi instant, diselang selikan dengan adunan cheese yang lemak berkrim rasanya. Dessert ni pernah viral pada suatu masa dulu, dan Che Nom share cara mudah nak sediakannya. Tak perlu guna oven, tak perlu guna telur dan juga tanpa gelatin.
.
Bahan-Bahan:
250g krim keju
3/4 cawan susu pekat (anggran 1/2 tin)
250g krim putar tenusu
biskut cream cracker
1 pek kopi segera premix
3/4 cawan air panas
serbuk koko
Ads
.
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk lapisan adunan cheese:
Lenyekan krim cheese sehingga lembut.
Masukkan susu pekat kemudian adun sampailah pekat sebati.
Dalam mangkuk berasingan, tuang whipping cream dan putar sehingga menjadi kental dan pekat.
Tuang whipping cream dalam adunan creamcheese tadi dan kacau sebati.
Cara-cara untuk melapis cheesekut tiramisu:
Bancuh Nescafe 3 in 1 dengan 3/4 cawan air panas.
Celup biskut dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam bekas.
Lapis selang-seli biskut dengan adunan creamcheese.
Sejukkan sekurang-kurangnya 5-6 jam ataupun semalaman.
Bila dah sejuk boleh keluarkan dan hias dengan taburan serbuk koko diatas.
Ads
Tips:
Jangan pukul whipping cream terlalu lama, jika tidak ia akan pecah dan cair.
Jangan rendam biskut dalam bancuhan Nescafe terlalu lama, takut nanti lembik.
Untuk kepingan biskut kecil yang nak disusun ditepi-tepi biskut, biskut hendaklah dipatahkan mengunakan pisau agar potongan biskut sekata dan tidak hancur.
Ads
Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:5 jam, Jumlah Hidangan:5 orang
Resepi Oleh: Che’ Nom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jimat betul dengan hanya satu adunan boleh buat sampai dua jenis kuih, memang jimat! Ikuti perkongsian resepi dari Siti Noor Rohaida Shuib
Baru nak minum pagi …
Rasanya modal tak smpi rm5 semua ni kot, blh hidang bagi anak2 mkn puas ckit …
Sebab tu dari dulu saya pilih masak dari rumah …
Donut ni tak pyh nk uli teruk2,bhn X byk …siap blh buat burger sekali
Alhamdulillah
Resepi donut simple
Tepung gandum 1/2 kilo
Majerin 2 sudu
Yis 5g(Guna 1/2 dari sebungkus 11g)
*gula 1sudu makan
*susu pekat 1sudu makan
*garam 1sudu teh
*Air 13/4cawan
Yang Bertanda* bancuh sekali
Gaul tepung dgn majerin smpi sebati
Masukkan yis dan gaul2
Masuk yg bertanda *
Uli sampai sebati tutup bekas biar 30 minit…
Bila doh dah naik,tumbuk2 utk buang angin
Bentuk bulat2,(nak senang tekak Guna jari Ibu & penunjuk ,bentuk jadi cantek n padat )
Susun dlm talam yg di tabur tepung gandum kering…
Biar naik sikit …bentukkkan lubang di tengah …
Goreng Guna API sederhana …
Siap
Utk burger bentuk bagi leper …
InshaAllah jadi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2019 masih ada lagi yang tidak suka bergambar? Jika kita hadir ke majlis pekahwinan pada hari ini rata-ratanya akan diserikan lagi oleh photobooth untuk tetamu yang hadir. Ia adalah sebagai kenag-kenangan untuk para tetamu yang menghadiri majlis mereka. Anda pasti tidak mahu untuk melepaskan semua momen yang tidak dapat dilupakan semata-mata dengan gambar dan latar belakang yang telah di hiasi. Mungkin jika anda menempah harganya agak mahal, tetapi untuk menjimatkan kos anda boleh lakukannya sendiri.
Terdapat banyak idea dan corak yang anda boleh hias mengikut tema anda. Barang-barangnya juga anda boleh membuatnya sendiri kerana ia tidaklah begitu susah. Mari kita lihat antara idea latar belakang photobooth yang boleh menjadi inspirasi anda.
#1 Papan hitam
Foto : pinterest
Dekorasi ini adalah sangat menarik kerana anda boleh menulis segala informasi tentang perkahwinan anda di situ.
#2 Kertas kipas bunga
Foto : pop wed
Latar belakang ini sangat mudah di buat ini sehingga anda tidak perlu menghiasnya lebih kerana kertas ini sudah membantu anda untuk menaikkan lagi kemeriahan yang ada. Anda hanya tinggal membeli paper fan dan juga menempelkannya di backdrop!
#3 Kertas crepe
Foto : ruffledblog
Latar belakang ini juga mudah kerana ia juga hanya memerlukan kertas untuk dijadikan backdrop. Anda hanya cuma perlu menggantungkannya dari atas sahaja. Tugas anda hanya tinggal membeli kertas crepe bewarna-warni di kedai.
#4 Bunga segar gantung
Foto : brit.co
Dekorasi bunga ini nampak begitu sweet dan menarik kerana ia tergantung hingga ke bawah. Bajetnya juga tidak terlalu mahal.
#5 Kayu palet
Foto : salvabrani
Tidak memerlukan banyak hiasan, anda hanya memerlukan kayu yang masih cantik kemudian di jadikan sebagai latar belakang dan di hiasi dengan bunga-bunga agar kelihatan lebih segar. Anda juga boleh menghiasi nya dengan lampu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini lempeng bukan sebarang lempeng, lempeng dibuat daripada nasi. Bukan tepung seperti yang kebiasaan di buat.
Jadi jika ada lebihan nasi pada waktu malam, buatlah lempeng keesokannya untuk sarapan pagi
Bahan :
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 ketul kiub pati ayam/kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
Cara :
1.Kisar nasi dengan 1 cawan air hingga hancur halus
2.Tambah 2 cawan air dalam pengisar tadi, kemudian masukkan tepung, kiub pati ayam/ikan bilis dan sedikit garam.
3.Kisar sehingga sebati. Jika adunan kurang pekat, tambahkan sedikit lagi tepung.
4.Panaskan kuali non stick, sapu sedikit minyak dan tuang sesenduk adunan. Biarkan masak seketika hingga bahagian bawah agak garing kekuningan dan terbalikkan. Tunggu sampai masak dan angkat
5.Ulang sehingga habis adunan. Sedia dihidang. Sedap dicicah dengan kuah kari/sambal sardin/sambal ikan bilis
*Setiap kali nak tuang adunan tu..sapu juga sedikit minyak dlm kuali untuk dapat lempeng yang menarik.