Resepi Wantan Mee Kicap & Sup Dumpling Homemade Untuk Mereka Yang Ingin Tukar Selera Berbuka Nanti

Share

Setelah beberapa hari berbuka asyik dengan menu yang lebih kurang sama, apa kata harini kita cuba resepi wantan mee kicap homemade yang dikongsi wanita ini di Masak Apa Hari Ni (MAHN). Pasti suami makan bertambah!

Alhamdulilah…
Iftar Ramadhan ke-10. Menu simple lepas dah bosan makan nasi.
Wantan Mee Kicap dengan Sup Dumpling Homemade. Nak best & layan lagi…siapkan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih Goreng. Naik ke bulan layan diaa…
.
Since ramai yang DM, WhatApps tanya mengenai resipi ni. So, saya sharekan resipi Wantan Mee Kicap & Sup Dumpling Homemade dekat bawah ni ye.

RESIPI : Wantan Mee Kicap & Sup Dumpling

Wantan Mee Kicap
Bahan-bahan Mi Wantan Kicap:

Mi Wantan – ( dicelur & letakkan sedikit minyak untuk x melekat )
Sos Tiram
Kicap
Minyak Bijan

Cara-caranya :

Satukan kesemua bahan ( Sos Tiram, Kicap, Minyak Bijan ) di dalam bekas. Kemudian, masukkan Mi Wantan yang telah dicelur ke dalam bekas yang berisi bahan² kicap tadi. Gaul rata sehingga semua sebati & kicap meresap elok ke dalam Mi Wantan tadi.

Bahan-bahan sampingan :

Sawi / Pak Choy – dicelur seketika
Cendawan Shitake Kering – direndam dalam air panas sehingga lembut. Toskan lebihan air

Bahan-bahan untuk inti Dumpling :-

Isi Ayam / Isi Udang
Cendawan Shitake Kering – direndam dengan air panas, toskan lebihan air.
Daun Bawang
Lobak Merah – ( dipotong dadu kecil² )
Bawang Merah/Bawang Holland – ( dipotong dadu kecil² )
Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Kiub Ayam / Stok Ayam
Tepung

Cara-caranya :

Kisar halus isi ayam/isi udang dengan cendawan shitake kering yang telah direndam tadi. ( Kalau nak senang, kisar sekali dengan isi ayam/isi udang tapi kalau x potong dadu kecil² ) bersama sedikit garam, sos tiram, lada sulah, kiub ayam/stok ayam.
Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang serta bawang yang telah dipotong tadi serta sedikit tepung. Gaul rata untuk pastikan semuanya sekata.
P/S : Pastikan inti dumpling xpenuh sangat sebab kulit dumpling mudah terkoyak. Gunakan 1 sudu kecil je untuk letak inti tu. Lekatkan kulit dumpling tu gunakan air & tekan sedikit untuk padatkan dan kemaskan inti di dalam kulit dumpling tersebut. Kemudian, boleh kukus dalam 20 minit.

Bahan-bahan untuk Sup Dumpling :

Kiub Ayam/Stok Ayam
Air
Kobis Cina panjang ( jika suka )
Dumpling – ( yang telah dikukus )
Daun Bawang
Bawang Goreng

Cara-caranya :

Masukkan air, kiub ayam/stok ayam, kobis panjang ( jika suka ) dan dumpling yang telah dikukus tadi. Renehkan seketika sehingga mendidih dan boleh dihidangkan dengan taburan daun bawang serta bawang goreng.

Nota :
Untuk menambahkan kesedapan Wantan Mee Kicap, boleh sediakan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih. Memang terangkat.

Selamat Mencuba!

IKLAN