Jom kami kongsikan resepi sup ikan oleh saudara Haerme Abd Rahman aka HangHungryChef. Memang menarik resepinya dan unik sebab ia menggunakan rebusan tulang dan rempah sup homemade (tanpa rempah instant). Kata beliau, rebusan tulang ni lah yang akan menghilangkan bau hanyir ikan dan menjadikannya lebih sedap. Jom kita sama-sama tengok resepi sup ikan beliau ini selengkapnya.
RESEPI SUP IKAN MERAH / SIAKAP SEDAP & SIMPLE
Mula-mula kita tengok bahannya dulu ya.
BAHAN-BAHAN
bawang merah
bawang putih
halia
daun sup dan daun bawang
cili padi
tomato
ikan siakap / ikan merah
limau nipis
tulang lembu 300gm
rempah sup homemade* (bahan & cara nak buat rempah sup homemade ni dekat bawah)
*BAHAN-BAHAN UNTUK REMPAH SUP HOMEMADE
biji ketumbar 1/2 sudu teh
jintan putih n manis 1/2 sudu teh
lada sulah biji dan lada hitam 1/2 sudu teh
cengkih 4 biji
daun salam 2 helai
bawang putih kering 2 ulas
halia kering 1 inci
bunga lawang 2 kuntum
– – semua bahan ini disangai dan dikisar kering ya
CARA-CARA
1. REBUS TULANG LEMBU
Pertama sekali, kita rebus dulu tulang lembu dalam periuk.
Ads
2. MASUKKAN HALIA
Kemudian masukkan halia yang dah siap diketuk.
3. TUMIS
Dalam kuali yang lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai hangus sikit. Hangus sikit sahaja ya jangan sampai rentung nanti pahit pulak sup ikan tu nanti. Seterusnya masukkan rempah sup homemade tadi. Tumis sampai garing ya.
Ads
4. MASUKKAN BAHAN TUMISAN KE DALAM SUP REBUSAN TULANG
Bila dah siap tumis tadi, pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang yang mula-mula tadi tu. Mungkin ada yang pelik sebab apa pakai tulang? Sebabnya nak potong hanyir ikan kita jap lagi. Ok bila dah masukkan tu jangan lupa tambah air sikit.
5. MASUKKAN TOMATO
Lepas tu masukkan tomato.
Ads
6. MASUKKAN DAUN SUP
Lepas tu kita bolehlah masukkan daun sup yang tersimpul rapi. Masa ni dah boleh perasakan ia secukupnya dengan garam.
7. MASUKKAN IKAN
Lepas dah perasakan tu kita bolehlah masukkan ikan. Bila masuk je ikan alam periuk, terus tutup api dapur dan tutup terus periuk tu dan tunggu 15 minit ok. Ini rahsianya nak dapatkan isi ikan yang pejal, mantap, ngam ngam je masak…
8. PERAH LIMAU
Akhir sekali, jangan ko lupa perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi potong.
Fuh, tak sabar nak makan kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempunyai siku hitam pastinya mengurangkan keyakinan diri bagi kebanyakan wanita. Biasanya bahagian badan lain yang mudah mengalami perubahan warna seperti ini ialah lutut.
Kedua-dua siku dan lutut adalah bahagian tubuh yang mempunyai warna kulit yang cenderung lebih gelap daripada bahagian lain. Ini kerana kedua-duanya bahagian ini merupakan bahagian yang paling banyak mengalami geseran.
Untuk korang yang ada masalah siku dan lutut hitam, bolehlah cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Malique Hamdan
BERIKUT DIKONGSIKAN PRODUK-PRODUK YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH SIKU & LUTUT HITAM
Dove Peeling (sheabutter) The Ordinary Peeling Solution Vaseline (serum burst lotion)
Skrub dengan Dove, bilas dan sapu dengan The Ordinary peeling solution. Biarkan selama 10 minit. Kemudian sapukan Vaseline. Konsisten pakai pasti hasilnya menakjubkan!
Perbezaan antara sebelum menggunakan produk-produk ini dengan selepas menggunakannya.
Memang ketara jelas kelihatan bahagian siku kelihatan cerah. Hitam-hitam pada siku juga hilang malah kulit kelihatan sihat dah lembut. Bakal pengantin baru kenalah cuba ni ye! Janganlah hanya kulit wajah sahaja yang cerah bersih tapi bahagian siku dan lutut kehitaman!
Ini lempeng bukan sebarang lempeng, lempeng dibuat daripada nasi. Bukan tepung seperti yang kebiasaan di buat.
Jadi jika ada lebihan nasi pada waktu malam, buatlah lempeng keesokannya untuk sarapan pagi
Bahan :
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 ketul kiub pati ayam/kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
Cara :
1.Kisar nasi dengan 1 cawan air hingga hancur halus
2.Tambah 2 cawan air dalam pengisar tadi, kemudian masukkan tepung, kiub pati ayam/ikan bilis dan sedikit garam.
3.Kisar sehingga sebati. Jika adunan kurang pekat, tambahkan sedikit lagi tepung.
4.Panaskan kuali non stick, sapu sedikit minyak dan tuang sesenduk adunan. Biarkan masak seketika hingga bahagian bawah agak garing kekuningan dan terbalikkan. Tunggu sampai masak dan angkat
5.Ulang sehingga habis adunan. Sedia dihidang. Sedap dicicah dengan kuah kari/sambal sardin/sambal ikan bilis
*Setiap kali nak tuang adunan tu..sapu juga sedikit minyak dlm kuali untuk dapat lempeng yang menarik.
Masa Penyediaan: 30 minit, Masa Memasak:20 minit, Jumlah Hidangan:6 orang
Resepi Nasi Daging Air Asam ni sangat terkenal di sebelah utara tanah air. Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau kenduri-kendara. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam. Kelebihan masak menggunakan daging yang banyak urat ialah rasa daging tu lagi menarik dan sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Masa dapat dijimatkan jika anda ada pressure cooker.
Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos
500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
5 cawan air rebusan daging
1 cawan sudu cair
1 helai daun pandan, carik dan simpul
2 1/2 sudu besar rempah kurma
1 batang serai, dititik
3 sudu besar minyak sapi
1 -2 sudu besar minyak sayuran
1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri
Sedikit kismis hitam
Bahan untuk rebusan daging:
1 sudu besar rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air dalam anggaran 7 cawan lebih
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar, hiris nipis
5 ulas bawang putih, hiris nipis
3 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Bahan untuk air asam:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, potong kecil
6 biji cili merah, potong kecil
1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi
1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
2 sudu besar sos ikan Thai
3 sudu besar gula
1-2 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
Sedikit perahan jus limau nipis
Cara Penyediaan, cara untuk memasak:
-Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
-Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. -Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
-Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
-Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.
-Cara untuk air asam:
-Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.
Tips:
Kalau nak dapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang.
Resepi Oleh: Che' Nom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!