Selalunya untuk masak, zup zap, cepat sahaja siap kan? Namun yang melecehkan ialah penyediaan bahan mentah.
Jadi solusi mudah hasil perkongsian Khabbab Jamalludin ini memang sesuai untuk menjimatkan masa di dapur.
“Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
Ads
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.
Ads
*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza
1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.
2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni :
Ads
-IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah.
-SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila !
-BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Perkongsian Amiereo Adipati dilaman Facebooknya berkenaan hiasan rumah berjaya menarik perhatian ramai. Tiada alasan untuk dia menghias rumah tersebut sehingga kelihatan sangat cantik. Yang menarik lagi, rumah itu dihias dengan bajet yang rendah dan hanya menggunakan barang barang dari kedai RM2, kedai barangan DIY dan Shopee.
RUMAH PAPAN BERUBAH WAJAH
Dari sebuah rumah papan yang biasa, penghuni ini berjaya menghias dan mengubah wajah rumah tersebut kelihatan cantik dan selesa untuk dihuni. Bajet yang digunakan hanya bawah seribu ringgit, pemuda ini membuktikan tiada yang mustahil untuk merealisasikan rumah idaman dengan bajet yang rendah.
Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka. Kita kemas apa yang patut, nak raya kan, puasa baru dua hari dik. 4 bulan dulu masa mula2 menyewa rumah ni sangat sangat teruk, memang menangis dalam hati. Ramai kawan kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni tapi nak buat mcm mana takda pilihan. Kebetulan keadaan sangat mendesak sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang.
Hanya ada masa seminggu je untuk pindah, dengan keadaan kewangan pun kurang, lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah utk saya. Takda lah mahal sangat tapi tak kan kita nak duduk dlm keadaan mcm tu kan, stress bak hang. So kita tuch up sikit sikit bagi lawa, modal pun tak berapa ada sgt. Aircond tu ambik kat kedai lama.
Walau pun guna barang barang diy, kedai Rm2 dan cowboy je, lampu gantung tu beli kt shopee murah, budget uolzz. Lagi pun rumah sewa kan, kerusi pulak ambik kerusi lama, lebih 30 thn dah ambik kat rumah arwah mak. Just spray putih, langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter. Ikut kan modal cat ada lah dalam rm300. Jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit sikit.
“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”… Walau pun raya tahun ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home. duduk rumah jgn merayau jgn melilau..kita jaga kita..
Alangkah nikmatnya kalau dapat minum laicikang ketika cuaca panas. Sebenarnya tak susah mana pun nak buat laicikang. Paling puas hati bila dapat letak macam-macam bahan ikut selera kita.
Air laicikang merupakan minuman yang dicampur dengan pelbagai bahan yang dimasak atau direndam seperti biji selasih, kembang semangkuk, longan kering, laici, kacang tanah dan sebagainya.
Selain membuatnya untuk minuman seisi keluarga, korang juga boleh menghidangkan air laicikang kepada tetamu yang hadir. Buat korang yang baru berkahwin, bolehlah hidangkan minuman ini pada ahli keluarga dan tetamu yang datang bertandang ke rumah.
Marilah kita cuba buat sendiri Laicikang seperti dikongsikan oleh Salizawati Salleh
RESIPI LAICIKANG
BAHAN-BAHAN:
Longan kering
Daun Pandan
Buah kembang semangkuk
Gula kabung/gula merah
Barli
Gula batu (jika ada)
Biji selasih
Buah kundur
Buah kabung (ditapis dan rendam dalam air baru)
Air secukupnya
*Anggaran terpulang kepada anda*
(Boleh juga tambah buah goji, kurma cina, buah teratai, telur puyuh, fungus dan apa saja yang kita suka)
CARA PENYEDIAAN:
1.Rendam longan kering, buah kembang semangkuk, barli dan biji selasih untuk seketika sehingga kembang.
2. Sambil itu, anda boleh rebus gula kabung, gula batu, daun pandan, bali dan longan kering. (Sekiranya anda gunakan gula merah, anda dinasihatkan untuk rebus asing dan tapis dahulu untuk buang habuk di dalam gulanya).
3. Apabila longan dan barli sudah kembang, anda boleh masukkan biji selasih dan kembang semangkuk(dibuang bijinya). Kacau untuk seketika kemudian tutup apinya.
4. Kemudian masukkan buah kundur yang telah dipotong dadu dan buah kabung.
5. Kacau untuk kali terakhir. Siap! Bolehlah dihidang panas ataupun sejuk. Puas bila minum pada hari yang panas.
Bilik pengantin pastinya menjadi tumpuan tetamu di hari perkahwinan. Masa majlis kahwinlah mak-mak atau rakan pengantin keluar masuk nak tengok seri pengantin ataupun cuci mata tengok hiasan bilik pengantin. Selain dekorasi bilik, meja solek yang kosong juga boleh dihias dengan bingkai gambar buatan sendiri dan letakkan gambar pra-perkahwinan anda. Barulah namanya bilik pengantin! Boleh juga jadikan hadiah untuk pengantin.
Eh! Nak buat pun tak susah ye. Hanya ikut langkah mudah ini.
BAHAN-BAHAN:
Bingkai gambar rona emas, kertas hiasan, gunting, reben satin, reben manik, manik mutiara, gam tembak, lilin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Mula-mula, guntingkan reben satin mengikut ukuran lilin.
2. Setelah itu, gamkan reben tersebut pada bahagian bawah lilin.
3. Seterusnya, guntingkan kertas hiasan mengikut ukuran pada bingkai gambar.
4.Kemudian, masukkan kertas tersebut di dalam bingkai gambar.
5. Letakkan gam pada bahagian sisi bingkai gambar.
6. Tampalkan reben manik pada gam tersebut di bahagian tepi. Susunkan lilin dan mutiara hiasan di tepi bingkai gambar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!