Memang tidak boleh dilihat secara mata kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini ‘membantu’ mendatangkan rezeki bagi suaminya.
Wahai isteri, jika mahu rezeki suami mu mengalir deras, latih diri untuk jadi isteri seperti ini.
1. Isteri yang sentiasa bersyukur
Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
2. Isteri yang bertawakal kepada Allah
Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).
Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
3. Isteri yang mempunyai pegangan agama
Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi karena empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.
“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Ads
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.
Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang tidak lekang dengan zikir
Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang sentiasa mengeratkan silaturahim
Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Ads
6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipat gandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.
Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri yang bertakwa
Orang yang bertakwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
Ads
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya
Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.
Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang luar biasa fadhilatnya. Solat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.
“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
10. Isteri yang taat dan melayani suaminya
Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.
Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun membangun. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat sosok bertubuh langsing dan seksi sememangnya menjadi idaman lelaki. Mungkin juga kerana mereka dipengaruhi oleh penampilan model-model wanita yang sering tampil dengan tubuh ‘kurus sekeping’ di pentas fesyen.
Pernah tertanya-tanya mengapa lelaki sukakan wanita yang bertubuh kurus. Alasan mereka, wanita yang bertubuh kurus dan langsing nampak lebih seksi dan menawan. Seorang wanita yang kurus mempunyai bentuk dan ukuran badan berbentuk (curve) atau lebih tepat seperti jam pasir.
Mungkin ketika masih anak dara bentuk tubuh sebegini bukan masalah bagi ramai wanita. Walau bagaimanapun apabila sudah beranak pinak untuk mengekalkan bentuk tubuh sempurna sebegini bukanlah semudah A – Z. Jadi tidak wajarlah kiranya kaum lelaki meletakkan syarat agar wanita ‘wajib’ kekal langsing selepas berkahwin atau bersalin.
Boleh sahaja jika suami ingin isteri kekal kurus dan langsing selepas berkahwin atau bersalin tetapi kenalah dengan caranya.
Sediakan Bajet Untuk Isteri
Tiada benda yang percuma dalam dunia ini. Kalau mahukan isteri kekal kurus dan langsing, suami kenalah keluarkan duit belanja sikit. Janganlah kedekut. Seperti juga kereta, tentunya perlu diservis agar selalu ‘tip-top’. Begitu juga dengan isteri anda. Sediakan bajet setiap bulan agar isteri berpeluang mendapatkan rawatan pelangsingan di pusat-pusat pelangsingan. Bukan senang hendak kekalkan bentuk tubuh yang langsing. Perlu ada modal.
Daftar Keahlian Di Gimanasium
Buat kejutan dengan mendaftarkan isteri sebagai ahli di gimnasium. Dengan cara ini isteri anda dapat bersenam dengan selesa. Boleh juga hadiahkan isteri dengan mendaftarkan isteri anda untuk mengikuti kelas Zumba. Kalau hendak tahu, Zumba bukan hanya dapat membantu isteri untuk kekal langsing tetapi juga dapat menambah kekuatan stamina tubuh.
Korbankan Masa Untuk Menjaga Anak-anak
Luangkan masa untuk menjaga anak-anak ketika isteri keluar beriadah. Ringan-ringankan tulang untuk membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, melipat kain dan sebagainya. Dengan cara ini, anda dapat meringankan beban isteri dan secara tidak langsung isteri pun rasa gembira dan senang hati.
Bagi Sokongan Moral
Agar isteri mencapai matlamat untuk kekal kurus dan langsing, jangan lupa untuk memberikan sokongan moral kepada isteri. Sokongan daripada pihak suami amat penting bagi memastikan isteri anda terus bersemangat dan tidak mudah berputus asas.
Sediakan Menu Sihat Untuk Isteri
Sesekali sediakan makanan untuk isteri. Jika tidak mahir memasak, apa salahnya anda belikan sajian makanan sihat untuk dinikmati oleh isteri. Dengan cara ini anda dapat menggalakkan isteri makan menu yang sihat bagi menambah nilai usahanya untuk mengawal/menurunkan berat badan.
Suami Pun Mesti Jaga Badan
Kalau hendak isteri kurus dan langsing, suami pun kenalah jaga berat badan. Jangan hanya isteri sahaja ‘digesa’ untuk menjaga penampilan diri. Kenalah seimbang, baharulah adil. Untuk para suami, jika anda mahu lihat isteri sentiasa kekal kurus dan langsing, para isteri pun tentu mahu lihat suaminya kurus dan sado atau sekurang-kurangnya tidak boroi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah disunatkan membaca ayat qursi ketika hendak tidur dan apakah kelebihannya Di antara perkara yang sunat dibaca ketika hendak tidur ialah ayat Qursi. Dan kelebihanyya ialah sepanjang dia tidur itu dia berada dalam penjagaan Allah dan syaitan tidak dapat datang kepadanya.
1.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw telah berkata bagiku: إذا أويتَ إلى فراشِكَ فاقرأ آيةَ الكرسي ، فإنه لن يزالَ معكَ من اللّه تعالى حافظ ، ولا يقربَك شيطانٌ حتى تُصْبِحَ
Apabila kamu meletakkan belakangmu pada tempat tidurmu maka bacalah ayat Qursi maka sungguhnya sentiasalah atasmu itu penjagaan Allah Taala dan syaitan tidak akan menghampirimu sampai waktu subuh.”
(Hadith Imam Bukhari) Dan dikatakan bahawa seorang yang tidur pada malam hari tanpa membaca ayat Qursi adalah orang yang tidak cerdik.
2.Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. kata beliau : ما أرَى أحَدًا يَعقِلُ دخَلَ الإسلامَ يَنامُ حتى يَقرأَ آيةَ الكُرسيِّ.
Tidak aku lihat seorang pun yang cerdik di dalam Islam tidur sebelum membaca ayat Qursi.”
(Riwayat Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar pada Al-Futuhat Rabbaniah)
Dan begitu juga selain ayat Qursi disunatkan sama membaca surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq dan An-Nas dan akhir surah Al-Baqarah sebelum tidur.
3.Berkata Imam Nawawi : يُستحبّ أن يقرأ عند النوم آية الكرسي، وقل هو الله أحد، والمعوذتين ،وآخر سورة البقرة، فهذا ممّا يهتمّ له، ويتأكّد الإعتناء به، فقد ثبت فيه أحاديث صحيحة
Disunatkan membaca ketika hendak tidur akan ayat Qursi dan Al-Ikhlas dan Al-Falaq dan An-Nas dan akhir surah Al-Baqarah. Maka ini adalah perkara yang sangat penting dan diambil berat dengannya. Maka sungguhnya telah datang beberapa hadith yang sahih pada menyebutnya.”
(Kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran) Wallahua’lam Ustaz Azhar Idrus
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat bakal bergelar ratu sehari pastinya mahu diri dilihat anggun dan berbeza penampilan dari hari kebiasaan. Namun perlu diingat setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza, begitu juga dengan jenis kulit wajah yang berbeza. Jangan bimbang, juru mekap pasti tahu apa yang sewajarnya dilakukan bagi mengatasi kekurangan pada wajah bakal pengantin.
Buat bakal pengantin, berikut diberikan beberapa tip yang sesuai buat anda. MUA Taufeeq Adam berkongsi tip manfaat ini.
1)Warna
Pemilihan warna foundation hendaklah sesuai dengan jenis kulit serta pemilihan warna hijab juga memainkan peranan penting bagi menghasilkan look yang sempurna.
2) Cahaya
Cahaya yang mencukupi diperlukan ketika mekap. Bagi mengelakkan bayang dan memastikan mekap blending dengan baik.
3) Penggunaan kanta lekap
Warna kanta lekap/ contact lens hendaklah sesuai dengan mekap dan wajah seseorang pengantin. Bagi mendapatkan raut wajah yang lebih lembut dan ayu serta menaikkan seri pengantin.
4) Pemilihan jenis tudung
Jenis tudung sangat memainkan peranan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
5)Pemilihan warna dan jenis lipstik
Pemilihan warna dan jenis lipstik hendaklah sesuai dengan bentuk bibir dan warna yang sesuai dengan hijab.
6) Penggunaaan mekap yang kalis geseran dan waterproof
Pemilihan mekap yang waterproof serta kalis geseran adalah sangat sesuai bagi pengantin berhijab untuk mengelakkan mekap terkena pada hijab.
7)Kurangkan contouring
Kurangkan contouring terutama di bahagian pipi dan tengkuk kerana ia tidak sesuai dan menggelapkan wajah pengantin berhijab. Ini kerana apabila berhijab. ia akan menghasilkan bayang pada wajah dan menghalang cahaya terus ke wajah.
8)Penggunaan foundation 2 tona lebih cerah dari warna kulit
Adalah sangat penting bagi kita mengetahui bahawa penggunaan 2 tona lebih cerah ini bersesuaian dengan pengantin berhijab. Ini kerana apabila berhijab ia akan menghasilkan bayang pada wajah. Maka penggunaan 2tona lebih cerah ini membantu menghasilkan mekap yang seimbang.
9)Penggayaan tudung
Mestilah sesuai dengan bentuk muka pengantin dan mestilah kemas.
Tip pemilihan aksesori
Pemilihan aksesori untuk pengantin berhijab perlulah sesuai dipadankan dengan busana si pengantin.
1)Pengunaan crown yang nipis dan tidak terlalu tinggi amat sesuai dipadankan dengan pengantin berhijab.
2) Material yang digunakan berasaskan batu permata, berlian, Swarovski serta biji mutiara juga disarankan bagi menaikkan lagi seri aksesori yang berkiluan serta tampak lebih mewah.
3)Jika mahu nampak lebih simple, tidak perlu memakai sebarang aksesori akan tetapi penggunaan hijab atau veil yang diseliputi lace serta jahitan manik yang penuh adalah pilihan yang bijak dan sering digunakan pada masa kini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!