Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.
PERTAMA
Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.
KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Ads
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SHAITON & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.
Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?
tandas kotor
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?
☑️ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
☑️ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
☑️ Sinki dalam bilik air berkerak?
☑️ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
☑️ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?
Bila bilik air kotor, Shaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.
Ads
Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Shaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?
☑️ Syaiton dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!
Ads
☑️ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).
☑️ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
☑️ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.
Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh karena itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kredit : Siti Nadiah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan wanita zaman sekarang ramai yang memiliki kerjaya yang bagus dan hebat. Malah, ada juga yang menerima gaji bulanan lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Keadaan ini membuatkan wanita lebih berdikari dan tidak mengharapkan lelaki dalam hidup mereka.
Namun, berbeza jika anda sudah berkahwin. Jika suami meminta anda untuk berhenti kerja, anda terpaksalah mengikut kata suami. Namun, janganlah berhenti begitu sahaja. Pastikan ada alasan yang kukuh diberikan sebelum anda berhenti. Pastikan anda ada harta dan simpanan sendiri sebelum nekad untuk berhenti kerja.
Seperti perkongsian Azizul Azli Ahmad, kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini antara sebab kenapa wanita perlu ada harta sebelum menjadi seorang isteri.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahkan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan sendiri. Tak cerita semua bukan dosa.
Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila-bila masa boleh dijemput pergi dan digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Tidur lewat sering dikaitkan dengan peningkatan berat badan atau obesiti tetapi tahukah anda, makan lewat turut menjadi faktor yang menyumbang kepada obesiti. Satu kajian yang akan dibentangkan di ENDO 2019, perjumpaan tahunan Endocrine Society yang diadakan di New Orleans, Los Angeles menyatakan bahawa obesiti boleh berlaku apabila sering makan lewat atau menangguhkan waktu makan.
Menurut penyelidik utama kajian tersebut, Adnin Zaman daripada University of Colorado in Denver, kajian lalu telah menyatakan lewat makan dan tidur sering dikaitkan dengan obesiti, walaubagaimanapun, beberapa kajian telah menilai kedua-dua masa makan dan tidur dalam kalangan individu dewasa yang mempunyai obesiti, dan ianya tidak jelas samada lewat makan di siang hari berkaitan dengan tempoh masa tidur yang lebih pendek atau lemak badan yang lebih tinggi.
Kajian ini menggunapakai tiga jenis teknologi yang berbeza untuk merekodkan waktu tidur, aktiviti fizikal dan corak pemakanan peserta. Kajian menggunakan satu set kaedah baru untuk pengukuran serentak tidur harian, aktiviti fizikal, dan pola waktu makan yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang berisiko untuk meningkatkan berat badan. Kajian yang berlangsung selama satu minggu ini telah melibatkan 31 individu dewasa yang obes dan memiliki berat badan berlebihan yang puratanya berumur 36 tahun dengan 90% daripada mereka adalah wanita. Mereka didaftarkan dalam percubaan penurunan berat badan yang berterusan yang membandingkan sekatan kalori harian kepada pemberian makanan yang terhad, yang bermakna mereka hanya boleh makan pada waktu tertentu sahaja. Peserta memakai peranti elektronik activPAL di bahagian paha mereka. Peranti ini mengukur berapa banyak masa mereka dihabiskan dalam aktiviti fizikal dan semasa mereka tidak aktif. Mereka juga memakai Actiwatch, yang menilai corak tidur / bangun. Peserta diminta untuk menggunakan aplikasi telefon yang dipanggil MealLogger untuk memotret dan merekodkan kesemua pengambilan makanan dan makanan ringan sepanjang hari.
Para penyelidik mendapati bahawa secara purata peserta mengambil makanan sepanjang tempoh 11 jam pada siang hari dan tidur selama 7 jam setiap malam. Individu yang makan lewat pada siang hari, juga lewat dalam waktu tidur, tetapi mereka tidur dengan jumlah masa yang sama seperti mereka yang telah selesai makan lebih awal. Waktu makan yang lewat dikaitkan dengan indeks jisim badan yang lebih tinggi serta lemak badan yang lebih tinggi.
Memandangkan pemantau aktiviti yang boleh dipakai terus dan telefon pintar kini berada di mana-mana dalam kalangan masyarakat moden, ianya tidak lama lagi boleh digunakan untuk memantau tingkah laku selama 24 jam berkenaan bagaimana untuk kita menyediakan pendekatan pencegahan dan rawatan terhadap obesiti.
Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat-ingat. Baik dimakan dengan Pisang Goreng, Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya. Sambal kicap memang pelbagai gunanya, jadi memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak dan jadikan stok simpanan.
Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.
1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
2. Kisar lama
Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
3. Masak Lama
Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power. Jom tiru.
cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
Puan Aini – Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi.
Puan Nisa – Boleh campur belacan goreng pada yang suka.
Puan Fawzika – Goreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat.
Selamat mencuba.
Credit : Fatimah Naamat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!