
AMBIL HATI
Sebelum berjumpa dengan bakal ibu mentua, cuba kenali dengan lebih mendalam setiap kegemarannya. Risik-risiklah dari pasangan anda apa yang bakal ibu mentua suka. Makanan kegemarannya, hobi, topik perbualan yang menjadi tarikan dan macam-macam lagi.
Nak ambil hati ibu mentua samalah macam mengambil hati ibu sendiri. Betul tempat yang ‘dicuit’, seronoklah bila tinggal bersama nanti!
BELAJAR MENERIMA
Masa awal perkenalan, sudah tentu anda tahu bakal suami anda adalah anak emak. Setiap tingkah laku dan perkara yang berlaku dalam hidupnya semua dibawah kawalan ibu. Jadi anda perlulah belajar menerima dari awal lagi. Kalau rasa tak selesa, sepatutnya anda sudah menjauhkan diri sebelum memikirkan untuk berumahtangga.
JAGA MARUAH DIRI DAN PASANGAN
Penampilan adalah salah satu perkara yang menjadi keutamaan untuk dinilai. Bukan sahaja anda perlu jaga penampilan diri depan mentua tetapi lakukanlah kerana Allah Taala. Sudah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk menjaga aurat, baik yang sudah berkahwin mahupun masih bujang.
PEMURAH
Janganlah terlalu berkira dengan bakal mentua. Setiap kali anda menjenguk kedua orang tua, bawalah buah tangan yang boleh menggembirakan hati mereka. Rajin bertanya pada pasangan apakah kegemaran ibunya.
CARI TOPIK PERBUALAN
Apabila bersama mereka, carilah topik yang boleh dibualkan. Sekiranya anda buntu, lihat sahaja sekeliling atau bincangkan hal semasa. Anda juga boleh bertanya tentang kesihatan mereka dan aktiviti yang sering mereka lakukan ketika ini. dari situ nanti, banyaklah benda yang hendak dibualkan.
Kredit foto hiasan: Instagram Kartina Aziz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI