Rukun Nikah Yang Wajib Diketahui Oleh Bakal Pengantin, Penting!

Share

Adalah menjadi kewajiban bagi bakal pengantin mengetahui 5 rukun nikah supaya pernikahan mereka adalah sah. Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya.

Adalah penting untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil tahu tentang rukun nikah. Perkahwinan bukan semata-mata untuk menyatukan dua jiwa.
Ia lebih kepada ibadah dan pelaksanaan tanggungjawab dari pihak suami dan isteri.

Di antara perkara wajib diketahui oleh bakal pengantin adalah rukun dan syarat nikah. Ianya menentukan samada sahnya sebuah ikatan perkahwinan. Anda perlu tahu sekiranya ada di antara rukun dan syarat nikah yang gagal dituruti, maka sesuatu pernikahan itu akan menjadi tidak sah.

๐™๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฃ ๐™‰๐™ž๐™ ๐™–๐™

1. Pengantin lelaki (calon suami)
2. Pengantin perempuan (calon isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan qabul (akad nikah)

๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐™๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐˜ฝ๐™–๐™ ๐™–๐™ก ๐™Ž๐™ช๐™–๐™ข๐™ž

๐Ÿ”ธBeragama Islam

๐Ÿ”ธBukan mahram dengan bakal isteri

๐Ÿ”ธBukan dalam keadaan ihram haji atau umrah

๐Ÿ”ธLelaki yang tertentu

๐Ÿ”ธBerkahwin dengan kerelaan sendiri (perkahwinan tidak sah jika ia dipaksa)

๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™—๐™–๐™ ๐™–๐™ก ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž

๐Ÿ”ธBeragama Islam

๐Ÿ”ธBukan seorang khunsa

๐Ÿ”ธBukan mahram dengan bakal suami

๐Ÿ”ธBukan dalam keadaan ihram haji atau umrah

๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐™’๐™–๐™ก๐™ž

๐Ÿ”ธ Seorang yang adil

๐Ÿ”ธ Beragama Islam

๐Ÿ”ธ Baligh

๐Ÿ”ธ Lelaki

๐Ÿ”ธ Merdeka

๐Ÿ”ธ Tidak kafir, murtad atau fasik

๐Ÿ”ธ Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah

Jenis-Jenis Wali

๐Ÿ”ธWali mujbir:

Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dgn persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yg nak dikahwinkan)

๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐™Ž๐™–๐™ ๐™จ๐™ž

๐Ÿ”ธBeragama Islam

๐Ÿ”ธLelaki

๐Ÿ”ธBaligh

๐Ÿ”ธBerakal

๐Ÿ”ธMerdeka

๐Ÿ”ธSekurang-kurangnya dua orang

S๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐™„๐™Ÿ๐™–๐™—

๐Ÿ”ธPernikahan dengan menggunakan perkataan nikah atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama secara tepat dan jelas.

๐Ÿ”ธTiada tempoh tertentu untuk diikat (contoh nikah kontrak/mutaah)

๐Ÿ”ธTidak secara taklik

๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐™Œ๐™–๐™—๐™ช๐™ก

๐Ÿ”ธLafaz terima mestilah sesuai dengan lafaz ijab

๐Ÿ”ธLafaz perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas.

๐Ÿ”ธDilafazkan sendiri oleh pengantin lelaki atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)

___________________________________________________________________

Begitu cantik, tersusun dan mudah prosesnya. Inilah sebenarnya urusan pernikahan yg mengikut sunnah Rasulullah SAW. Semoga ia bermanfaat buat kita.

ย 

ย 

ย 

ย 

ย 

ย 

ย 

ย 

kredit : afkanopi

IKLAN