Adalah menjadi kewajiban bagi bakal pengantin mengetahui 5 rukun nikah supaya pernikahan mereka adalah sah. Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya.
Adalah penting untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil tahu tentang rukun nikah. Perkahwinan bukan semata-mata untuk menyatukan dua jiwa.
Ia lebih kepada ibadah dan pelaksanaan tanggungjawab dari pihak suami dan isteri.
Di antara perkara wajib diketahui oleh bakal pengantin adalah rukun dan syarat nikah. Ianya menentukan samada sahnya sebuah ikatan perkahwinan. Anda perlu tahu sekiranya ada di antara rukun dan syarat nikah yang gagal dituruti, maka sesuatu pernikahan itu akan menjadi tidak sah.
𝙍𝙪𝙠𝙪𝙣 𝙉𝙞𝙠𝙖𝙝
1. Pengantin lelaki (calon suami)
2. Pengantin perempuan (calon isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan qabul (akad nikah)
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘽𝙖𝙠𝙖𝙡 𝙎𝙪𝙖𝙢𝙞
🔸Beragama Islam
🔸Bukan mahram dengan bakal isteri
🔸Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
🔸Lelaki yang tertentu
🔸Berkahwin dengan kerelaan sendiri (perkahwinan tidak sah jika ia dipaksa)
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙗𝙖𝙠𝙖𝙡 𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧𝙞
🔸Beragama Islam
🔸Bukan seorang khunsa
🔸Bukan mahram dengan bakal suami
🔸Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Ads
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙒𝙖𝙡𝙞
🔸 Seorang yang adil
🔸 Beragama Islam
🔸 Baligh
🔸 Lelaki
🔸 Merdeka
🔸 Tidak kafir, murtad atau fasik
🔸 Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Jenis-Jenis Wali
🔸Wali mujbir:
Ads
Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dgn persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yg nak dikahwinkan)
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙎𝙖𝙠𝙨𝙞
🔸Beragama Islam
🔸Lelaki
🔸Baligh
🔸Berakal
🔸Merdeka
🔸Sekurang-kurangnya dua orang
S𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙄𝙟𝙖𝙗
🔸Pernikahan dengan menggunakan perkataan nikah atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama secara tepat dan jelas.
🔸Tiada tempoh tertentu untuk diikat (contoh nikah kontrak/mutaah)
Ads
🔸Tidak secara taklik
𝙎𝙮𝙖𝙧𝙖𝙩 𝙌𝙖𝙗𝙪𝙡
🔸Lafaz terima mestilah sesuai dengan lafaz ijab
🔸Lafaz perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas.
🔸Dilafazkan sendiri oleh pengantin lelaki atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Sampai tahap diamnya seorang perempuan, itu bahaya. Risau jika emosinya mula terganggu dan memendam rasa. Jadi suami kena ambil peduli, tak boleh anggap keadaan ini normal. Siapa tahu hatinya ada terusik?
Bak kata Puan Farizal Radzali, salah satu sifat makhluk Allah yang bernama perempuan ialah banyak cakap. Sebab bercakap itu adalah terapi buat dirinya. Walau kadang bercakap pun ada banyak salahnya. Nak mengenali lebih dekat makhluk Tuhan ini, jemput baca.
Diamnya Seorang Perempuan
Tapi bila seorang wanita itu diam, itu adalah kerana dia sedang menjaga dirinya dan orang-orang disekelilingnya.
Diamnya seorang anak, kerana dia takut kata-katanya akan membuatkan dia menyinggung hati ibu ayahnya lalu dia berdosa kepada ibu ayahnya.
Diamnya seorang ibu, kerana dia takut andai anak-anak melawan lalu membuatnya tersinggung, maka berdosalah anaknya.
Diamnya seorang isteri, kerana bimbang kedua-duanya mendapat dosa. Dia takut dirinya mendapat dosa melalui kata-katanya. Dia bimbang suaminya ikut berdosa kerana gagal membimbing dirinya untuk menjadi isteri yang mampu menjaga kata-katanya.
Diamnya seorang kakak/adik, kerana dia tak nak timbulkan perbalahan dengan saudara yang berkongsi rahim dengannya.
Diam adalah lebih baik dari berkata-kata. Namun andai diamnya kerana memendam rasa sakit, mudaratlah akhirnya.
Andai diamnya kerana emosi yang gagal, bermakna diri dan hatinya sedang musnah perlahan-lahan.
Andai diamnya menjadi dendam, musnahlah segalanya.
Jadi, buat golongan lelaki yang baru bergelar suami, fahami lah hati seorang perempuan. Biar sampai lumat untuk menjaga hubungan rumah tangga. Moga sampai tua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.
Si suami tu rajin-rajinlah bangun sahur sendiri, tak perlu hari-hari isteri kejut. Kesian isteri penat. Namun, isteri-isteri boleh rileks waktu sahur kerana sebenarnya tak perlu memasak pun. Sebab makanan ini mampu memberi tenaga kepada anda sepanjang hari.
Jadi tak perlu lah susah-susah nak memasak. Sediakan je sajian ini!
1. Roti serat (whole grain)
Anda boleh makan roti serat bersama jem kesukaan anda seperti mentega kacang. Ini boleh menambah tenaga anda.
2. Oatmeal
Oatmeal juga adalah salah satu sajian ringkas dan mudah para isteri boleh sediakan untuk seisi keluarga kerana ia mempunyai bahan-bahan lain seperti buah-buahan, chia seed, flax seed dan lain-lain.
3. Roti bersama telur hancur + sayur bayam
Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur dan balutkan dengan roti adalah satu hidangan yang cukup mengenyangkan.
4. Buah-buahan Segar
Pisang: Selain sebagai penghasil vitamin B6 dan vitamin C, ianya juga mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat.
Tembikai: Buah tembikai memiliki kandungan vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.
5. Bubur ikan bilis
Anda boleh masakkan bubur malam sebelum sahur. Tidak kira bubur nasi atau bubur kacang, ianya mudah dicernakan dan mudah dimakan di waktu pagi!
Kita ni kadang-kadang bukan tak nak peluk tapi dibesarkan dengan culture, ‘ahh malulah dah kahwin kan. Faham-faham sendiri dah la’. Walhal apa yang kita tak tahu, kadang-kadang kita perlukan setiap pelukan untuk membahagiakan hati yang mungkin pada hari itu sedang berduka, mungkin ada yang sedang menderita. Perkongsian lelaki ini, benar-benar membuka mata kita semua.
Mengikut kajian. Isteri perlu di peluk 3 kali dalam tempoh sehari untuk bagi emosi mereka lebih tenang. Saya cuba teknik ini dari bulan 1 lagi, nampaknya setiap bulan ada peningkatan dari segi emosi isteri.
Isteri nampak lebih ceria, lebih tenang untuk kawal emosi apabila anak meragam, sangat cekap untuk menenangkan suami ketika emosi suami tidak stabil.
Rupanya apabila kita kerap peluk isteri terutama ketika mereka dalam keadaan penat hormon oxytocin akan dirembeskan dengan lebih baik. Hormon ini akan buatkan mereka rasa tenang dan bahagia.
Jadi. Para suami ambil peluang hari ini untuk peluk isteri dengan penuh kasih sayang. Katakan kepada mereka yang kita sangat sayang dan sangat hargai mereka.