Semakin banyak kes rumah tangga retak, yang lalu lalang di media sosial pun memang cukup merisaukan. Hubungan suami isteri semakin ‘terbiar’ dengan masalah remeh sehingga hilang rasa cinta.
Rumah Tangga Retak, ‘Murahnya’ Nilai Sebuah Perkahwinan
Sebelum terjebak dengan masalah rumah tangga, ini merupakan 3 asas proses hubungan suami isteri menjadi lebih kuat dan tidak tergugat dengan gangguan yang datang.
Anda mungkin anggap remeh tetapi kalau 3 perkara ini dijaga, insya-Allah hubungan jadi lebih kuat.
1. Hadap telefon/gajet memanjang
Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di telefon bimbit. Tiktok, Instagram, Facebook. Lepas habis satu, terus naik lagi satu. Memang melekat jelah mata di telefon. Setkan peraturan bila boleh tengok telefon. Dulu kami kerap bergaduh tentang telefon. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan peraturan:
Ads
-Tidak menggunakan telefon ketika memandu
-Penumpang sebelah dalam kereta tidak menggunakan telefon
-Tidak menggunakan telefon sewaktu makan dengan keluarga
-Tidak menggunakan telefon ketika meluangkan masa dengan pasangan dan anak-anak
-Tidak menggunakan telefon apabila berkomunikasi secara fizikal
Contohnya pasangan tengah nak bercerita, atau luah perasaan ke, janganlah dengar sambil hadap telefon. That is so rude. Atau tengah sama-sama membeli-belah, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah membeli-belah sama-sama kan. Mungkin kita rasa ada sesetengah aktiviti tu tak berkait dengan kita.
Tengah shopping ikan, ayam, sayur suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, jadi lebih baik dia main phone saja. Speasis orang macam ni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?
Ads
2. Melengahkan solat
Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih diri berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat-cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita. Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca Al-Quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc.
Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.
3. Tidak jaga waktu tidur
Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dan sebagainya. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.
Ads
Contoh begini:
Isteri tidur jam 10 malam, suami main game sampai jam 2 pagi atau sama-sama baring atas katil, tapi masing-masing hadap telefon berjam-jam sehingga tertidur atau suami dah tidur jam 12 pm, isteri tengok Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi di satu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab tak nak diganggu tangisan anak. Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur.
Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya masalah komunikasi. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa-rasa kalau ada tak puas hati, meminta maaf dan sebagainya. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.
Sekarang kes perceraian meningkat mendadak, cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara di atas ini yang tidak dijaga. Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi gembira dan selamat untuk semua ahli keluarga.
Sumber: Maryam Aziz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teguran manis, bila jadi mentua nanti, jangan sesekali cakap belakang pasal menantu. Kalau rasa tak ‘ngam’ sangat, cuba terima kekurangannya dan sempurnakan dengan didikan kita.
Bila Jadi Mentua
Bagi anda yang menantu pula, beringatlah. Bak kata Puan Normaliza Mahadi, kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.
Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ini:
1. Kalau anak perempuan, minta menantu bagi mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu itu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Suka hati dia oranglah nak susun perabot macam mana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang.
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup.
6. Tak payah gosip ngan anak-anak lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang juga.
7. Kalau anak dengan menantu bergaduh, bagitau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu itu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya itu busy kerja. Jangan menyesal pula.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah itu tak lupa.
Jadi, beringatlah bila dapat pangkat sebagai mentua. Kalau kita sebagai menantu, layanlah mentua macam mak ayah sendiri. Jangan biasakan ada ‘benteng’. Barulah akan dapat rasa keluarga baharu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat bakal pengantin yang ingin membuat kelainan anda boleh lakukan make over diri dengan mengubah warna rambut. Coloring memang membuat anda kelihatan lebih menarik dan tidak membosankan. Namun setiap teknik pewarnaan pasti memberikan kesan buruk pada rambut. Rambut menjadi kering dan pecah-pecah. Maka sebelum memutuskan untuk mewarnai rambut, baca dulu panduan berikut ini:
1. Dapatkan info warna
Sebelum mula mewarnai rambut cari contoh warna rambut yang sesuai dengan kulit anda. Browsing terlebih dahulu foto selebriti yang warna kulitnya sama dengan anda dan lihat warna rambut apa yang sesuai dengan mereka. Dengan begitu anda tidak terkejut dengan hasil.
2. Rawat rambut
Sebulan atau setidaknya seminggu sebelum anda mewarna rambut, rawatlah rambut. Rajinlah menggunakan perapi dan masker rambut. Tapi ingat, sehari sebelum melakukan pewarnaan, sebaiknya anda tidak melakukan perawatan. Ia bagi memudahkan warna masuk dan melekat pada rambut.
3. Lebihkan warna rambut
Jika anda mewarna sendiri, pastikan anda melebihkan warna rambut, apalagi jika rambut anda panjang. Ketika mewarna rambut di salun, pastikan hair stylist menggunakan warna rambut yang banyak.
4. Uji sama ada alergi dengan warna digunakan
Sebelum mengaplikasikan warna rambut, cuba produk di belakang telinga. Cara ini untuk menguji apakah kulit anda alergi. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bila tidak terjadi reaksi gatal atau panas, maka anda boleh terus mewarna.
5. Membeli shampu khas untuk berwarna
Sebelum proses pewarnaan Anda juga perlu menyiapkan produk perawatan rambut setelah pengecatan rambut. Pastikan membeli shampo, kondisioner dan masker rambut khusus rambut diwarnai. Selain menjaga warna rambut agar tetap intens, produk perawatan rambut khusus tersebut dapat merawat rambut setelah proses kimiawi dari pengecatan rambut.
Pewarna rambut telus air
Sering timbul di fikiran apakah pewarna rambut yang digunakan telus air dan boleh dibawa solat. Kini rangkaian pewarna rambut Garnier Color Naturals diperkuasakan dengan bahan semula jadi untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air.
Garnier berusaha memudahkan untuk cantik dan guna tanpa was-was. Ini sebabnya jenama Garnier sinonim dengan bahan berasaskan alam semula jadi. Selain daripada teknologi boleh telus air, rangkaian pewarna rambut Colors Naturals Garnier yang baharu ini adalah bebas ammonia. Ini bermakna bukan sahaja krim ini memberikan tekstur rambut yang lebih baik, merawat rambut serta memberikan warna menarik dan berbau wangi sewaktu penggunaan.
Garnier Color Naturals ini menggunakan bahan-bahan berasaskan alam semula jadi seperti minyak zaitun, avocado dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan minggu. Garnier Color Naturals adalah dibukti secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau x5, menutup uban dan senang digunakan.
Lihat dan rasakan perbezaan rambut anda dengan pewarna rambut Color Naturals Garnier! Rangkaian ini kini boleh didapati dalam kit RM19.90 (berbilang guna) dan dan sachet RM8.90 (kegunaan sekali) di seluruh negara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam merealisasikan perkahwinan impian, aksesori dekorasi juga memainkan peranan yang amat penting. Antaranya penggunaan reben sebagai aksesori mampu untuk menghasilkan majlis perkahwinan yang indah.
Penggunaan reben cukup sinonim dalam dunia perkahwinan dan menjadi pelengkap perkahwinan agar tampak lebih cantik.
Entri kali ini berkongsikan panduan dan cara menggunakan riben dalam suntikan dekorasi majlis perkahwinan.
Kad Kahwin
Kad jemputan perkahwinan dengan buatan tangan anda akan kelihatan hebat apabila anda menambah satin atau reben sifon yang sepadan dengan tema perkahwinan. Anda juga boleh menyelaraskan alat tulis perkahwinan anda dengan reben. Pastikan juga bahawa menu, kerusi, meja dan tempat-tempat yang akan dikunjungi dihiasi dengan reben supaya ia kelihatan indah dan harmoni.
Busana Pengantin
Hiasi busana pengantin dengan reben dan rasakan kelainannya. Anda boleh menggunakan satin yang lebar, reben organza atau reben sifon sebagai ikatan bagi baju-baju atau hiasan pakaian lain. Anda juga boleh sepadan reben pada tudung dengan tema warna perkahwinan.
Dewan
Ini adalah salah satu tempat yang terbaik untuk penggunaan reben. Gunakan riben lebar yang sepadan dengan tema warna untuk menghiasi dewan perkahwinan. Terdapat banyak cara untuk menggunakan riben pada tempat seperti meja, kerusi, tiang dan juga siling.
Kek
Anda boleh menghiasi kek dengan reben. Ataupun cara lain anda boleh jadikan reben sebagai hiasan di atas meja di mana kek akan diletakkan.
Kereta
Tiada kereta perkahwinan tanpa reben. Jadi, dengan menambahkan riben jalur lebar pada bonet kereta atau ikat satin reben akan menjadikan kereta perkahwinan nampak lebih menarik.
Cenderahati
Pengantin biasanya memberikan cenderahati perkahwinan kepada tetamu untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi datang ke majlis perkahwinan. Ingat ya setiap tetamu yang hadir, mendoakan agar setiap perkahwinan pasangan pengantin agar hidup dengan bahagia, di beri kesihatan yang baik, kekayaan, kesuburan dan kehidupan yang panjang. Jadi ambil kesempatan ini dengan menjadikan cenderahati anda unik dengan menggunakan reben yang sepadan dengan kotak cenderahati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!