Hubungan

Rupanya Bila Suami Yang Pilih, Dia Suka Dan Jadikan Hadiah, Itulah Yang Isteri Akan Pakai Beriya-Iya

Share

Baca kisah ini untuk menjadikan anda sebagai seorang suami yang kisah pada isteri anda. Selamat berbahagia 🙂

Orang rumah aku ini anak dato. Namun dalam ramai-ramai adik beradik dia, dia yang paling tak pandai bergaya. Shopping apalah lagi. Jenis ringkas sangat-sangat.

Emak dia sampai bising-bising ke dia sebab pergi kerja selalu pakai baju sama. Beg tangan dia RM90. Kasut dia pula jenama Aerosoft dari Thailand, kalau convert, RM19.90. Haha.

Aku selalu main-main, “Da, bergayalah sikit, abang kan orang kenal.” Dia geleng. Katanya malu dan tak pandai. Kahkah.

Jadi tadi, aku dah geram, pergi beli beg tangan.

1 untuk dia pergi majlis.
1 untuk dia pergi kerja.

Kemudian bawa dia pergi cari kain yang sepatutnya dia pakai. Aku bantu dia pilih untuk kali pertama selepas 11 tahun kahwin ini.

Ambil yang begini, tidak yang begitu. Mahal tak apa, bukan dia bayar.

Masuk dalam kereta sampailah ke rumah, dia senyum manjang. Dia memang jenis tak reti nak sweet-sweet. Aku reda jelah. Aku sesekali pandang muka dia. Dia pun duk pandang-pandang aku juga. Kami ketawa.

Baru aku tahu, orang rumah kita ini rupanya perlukan kita juga untuk bantu dia jadi lebih terampil. Dan dia akan hargai kita sangat-sangat. Selama ini aku fikir yang aku tak tahan tunggu depa nak beli barang. Namun jika kita bantu, ia mempercepatkan.

Rupa-rupanya apabila kita (suami) yang pilih, suka, dan jadikan itu sebagai hadiah, itulah yang dia akan pakai beriya-iya.

Sebab bagi dia, orang yang dia pilih berbelas dan berpuluh tahun dulu itu adalah sebuah pilihan yang tepat. Dan semestinya setiap yang baik diberi oleh tangan suami kepada isterinya, pastinya ada kemanisan dalam hidup berumah tangga.

Fikir balik, dulu gaji kecil. Ulang tahun kelahiran dia pada 2007, aku hanya dapat beli bunga sahaja dalam tak sampai RM10. Haha.

Hari ini, bukan ada istimewa apa pun. Aku cuma nak merasa tengok muka gembira dia, punyalah dia sabar dengan aku. Budak kampung yang dulunya tak pernah ada apa-apa.

Semoga kita semua terus dimurahkan rezeki. Dan terus berbahagia sampai syurga.

Amin.

Khairul Hakimin Muhammad,
Suamimu paling sweet.

Gambar sekadar hiasan

IKLAN